Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim timang ‘baby girl,’ Inara Raisa nama pilihan. Pelakon Zahirah Macwilson selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Jumaat lalu pada kira-kira pukul 8.58 malam di Perth, Australia.
Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Timang ‘Baby Girl’
Berkongsi foto keluarga, khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi Instagram sambil mempamerkan wajah bayi perempuannya yang diberi nama Inara Raisa.
Inara Raisa Nama Pilihan
“Alhamdulillah, keluarga kami lengkap dengan empat orang.
“Raikan puteri kami, Inara Raisa yang dilahirkan pada Jumaat lalu 31 Mei pada pukul 8.58 malam.
Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu turut mendoakan kesejahteraan bayi perempuannya.
“Terima kasih semua atas doa dan ucapan. Kami sangat bersyukur.
“Semoga Allah S.W.T melindungi dan limpahkan awak dengan keberkatan, Inara,” ujarnya.
Terdahulu, Aiman berkongsi gambar isterinya melakukan pemeriksaan ultra bunyi. Pasangan ini juga sebelum ini telah mengumumkan jantina anak kedua mereka dalam sebuah majlis istimewa bersama keluarga dan kenalan terdekat di kediaman mereka April lalu.
Untuk info, Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees pada 5 Januari 2021.
Beberapa hari lagi nak sambut raya, sempat lagi kalau mak-mak nak buat kuih lejen Biskut Mama Carey yang penuh nostalgia ni. Kena ikut resipi yang betul barulah biskutnya menjadi, malah ada tip tertentu untuk pastikan gula aisingnya cantik, kekal putih bersih dan tak kuning.
Berikut perkongsian resipi oleh Wa Fatiwa sebagai rujukan;
“Hmmm harum semerbak 1 rumah..baru keluar dari oven. Siapa suka biskut mama carey ni ??kita geng. Masa kecik-kecik dulu makcik suka makan belah atas je. Ok ni resepi dia..pasti menjadi..”
260 gm tepung red rose atau tepung gandum
50 gm tepung jagung
50 gm susu tepung
Cara Membuat Biskut:
1.Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2.Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan terus memukul.
3.Masukkan bahan yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
4.Masukkan doh dalam beg plastik kedap udara dan simpan dalam peti ais selama 15 minit.
5. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 150 C.
6.Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter ~ ketepikan
7.Keluarkan doh dari peti ais dan canai di atas 2 lapik plastik supaya ia tidak melekat-lekat.
8.Terap dengan acuan pilihan dan susun di atas dulang pembakar.
9.Bakar dalam oven dengan suhu 150 C selama 10 minit ~ setengah masak.Kemudian biarkan ia sejuk.
Sekarang kita sediakan icing
Bahan-Bahan:
1 biji putih telur
1 sudu besar tepung jagung
90 gm gula icing
Cara Membuat:
1.Pukul putih telur hingga kembang.
2.Masukkan gula icing dan tepung jagung dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
3.Masukkan adunan dalam piping bag dan paipkan icing atas biskut tadi.
4.Untuk lorekan atas biskut ~ celupkan lidi kecil di dalam coklat emulco dan lorekkan dengan corak pilihan.
5. Boleh juga taburkan manik gula untuk hiasan.
6.Bakar semula biskut dalam oven pada suhu 150C selama 10 minit lagi.
7.Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Tip Ekstra!
* Untuk dapatkan icing yang putih, bakar biskut sampai masak atau hanya 3/4 masak dahulu.
*Selepas letak icing bakar sekejap je.. sampai icing keras sahaja lepas tu dah boleh angkat.. sebab kalau lama dalam oven takut icing kuning.
Lagi satu pastikan suhu oven bertepatan.
Semoga bermanfaat, selamat mencuba!
Resipi Asal: norazlitaaziz
Kredit Resepi : Wa Fatiwa via mahn
Kredit Video : lli atiqa abd wahab via mahn
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Perkahwinan super mewah Lady Boss Sabah, Wennie & Khairuddin. Diangkat wedding of the year 2022. Tanpa sedar kita sudah hampir berada di penghujung tahun 2022. Pelbagai peristiwa dan momen kita cipta sepanjang tahun ini untuk tatapan peribadi dan umum.
Menghampiri penghujung tahun ini, di media sosial heboh tentang perkahwinan super mewah dan boleh dianggap sebagai wedding of the year melibatkan anak lelaki kepada Speaker Negeri Sabah iaitu Yb Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M Yahya dikenali sebagai Khairuddin.
Dalam video dan gambar yang dikongsi di media sosial, di maklumkan perkahwinan super mewah ini melibatkan pasangan sejoli, Zarwennie binti Dato’ Laja Besar bin Lulok (lebih dikenali sebagai Lady Wennie) bersama Khairuddin dan majlis penuh gemilang ini diadakan di Sabah Internasional Convention Centre, Kota Kinabalu, Sabah pada 3 Disember iaitu Sabtu.
Laluan masuk ke dewan SICC dihiasi gerbang indah dan cukup memukauBagai di dunia avatar dan alam fantasi. Penuh kemewahan di majlis Lady Wennie dan Khairuddin iniPelamin rekaan Reka Teemor yang mengambil masa 14 hari untuk disiapkan bagi wedding super mewah ini
Berdasarkan dewan SICC dihiasi indah, ramai mendakwa majlis perkahwinan ini menelan belanja tak kurang RM5 juta ke atas. Bahkan dari komen-komen ada mengatakan ianya mencecah RM20 juta, walllahualam.
Kos ini mencecah tinggi kerana berdasarkan makluman di IG RekaTeemor, majlis bertunang diadakan empat hari sebelum berlangsungnya resepsi mewah ini. Artis terkenal Indonesia, Afgan dipanggil menyanyi di majlis ini, tak kurang juga Dayang Nurfaizah dan Velvet. Bahkan setiap tetamu yang hadir diberikan doorgift termos, flower tea selain dessert ditulis Z&K.
Saat pengantin berarak masuk, pasti tumpuan tidak hanya tertumpu kepada pasangan sama cantik sama padan ini tetapi reka bentuk pelamin yang menjadi idaman ramai ini diilhamkan dari rekaan Reka Teemor yang diberi kebebasan untuk menghiasi dewan besar ini dan pastinya sentuhan dari perancang perkahwinan sohor ini menjadi tumpuan ramai kerana terlalu cantik dan seolah berada di alam fantasi.
Difahamkan, untuk majlis super mewah ini, masa diambil kira-kira 2 minggu untuk disiapkan sepenuhnya
Di IG perunding perkahwinan terkemuka, Reka Teemor pemiliknya, Faiz Sabari dan isteri, Rozana Muntaz berkongsi momen yang pasti tidak akan dilupakan oleh pasangan sama cantik sama padan, Lady Wennie dan Khairuddin.
Tulisnya :- Suasana malam yang diimpikan dan menjadi kenangan indah. Terima Kasih @ladywennie kerana memberi kebebasan yang hakiki kepada Team Reka Teemor! hakiki tu hahaha .
14 hari bertungkus lumus bersama-sama bergabung tenaga mengejar masa, memerah minda & tenaga dan bersengkang mata. Kita tidak dapat menghasilkan impian Lady Boss Sabah ini tanpa sokongan dan semangat untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa dari rakan seperjuangan dalam industri.
Akhirnya kami anak anak watan ini dapat menzahirkan rekaan yang bertaraf dunia yang akan menjadi kenangan indah bersama.
Sesungguhnya kami hanya merancang namun Allahlah memberi kemudahan, jatidiri, iltizam dan ilham untuk menjayakan resepsi seumpama ini, Allahummabarik, Ya Fatah Ya Razak Ya Rahman Ya Rahim, Alhamdulilah.
Sepatutnya bila dah masuk tahun 2019, cerita-cerita tak enak tentang kerenah ibu bapa dah makin berkurangan, atau tiada langsung.
Nampaknya, sama saja ceritanya. Masih juga parah. Ini teguran daripada Akhtar Syamir yang sedih dengan situasi anak sekolah rendah yang terpaksa makan di atas lantai kantin sekolah.
Sebabnya kerusi yang dikhaskan untuk anak-anak sekolah ini dah di ‘conquer’ mak ayah anak orang lain. Moga teguran ini akan lebih membuka mata mak ayah agar lebih memahami hak murid di kantin sekolah.
Tak Rasa Bersalah Ke Ambil Tempat Yang Dikhaskan Untuk Murid
Kenapa perkara sebegini masih terjadi? Tahun lepas tak tengok facebook ke? Beribu – ribu orang kecam perangai ibu – bapa duduk di kerusi kantin ni. Tapi hari ini masih terjadi.
Kalau pun tak tengok facebook, takde rasa bersalah ke bila ambil tempat yang dikhaskan untuk murid? Tak tengok keliling ke sampai ada murid yang kene duduk atas lantai?
Yang terpaksa kotor seluar, yang terpaksa tak selesa makan tu anak orang. Macam mana kalau jadi kat anak sendiri? Mesti marah jugak betul tak?
Walau Anak Orang Sekalipun, Mak Ayah Tak Boleh Penting Diri
Sekolah dah sediakan tempat duduk yang mencukupi. Kenapa pada masa lain cukup je tempat duduknya? Kenapa pada minggu pertama atau hari pertama jadi tak cukup? Sudah tentulah ibu – bapa yang duduk dan menafikan hak murid untuk makan dengan selesa.
Kita di era maklumat di hujung jari, tapi maklumat tu tak masuk dalam kepala. Masih tebal dialaskan dengan sikap pentingkan diri ibu – bapa itu sendiri.
Sepatutnya kita dah boleh amalkan sikap peduli pasal orang lain. Bila nak buat sesuatu, lihat keadaan sekeliling. Jika ada orang lain buat, itu bukan tiket untuk anda buat jugak. Jadi orang yang bertanggungjawab.
2019 dah ni. Bila la nak berubah?
Apa perasaan korang tengok gambar tu? Masih terjadi tak kat sekolah anak korang?