“You Ni Dah Macam Monster…” Komen Suami Bila Tengok Saiz Badan Isteri Berubah

Share

Saiz badan isteri berubah tidak seharusnya dijadikan alasan kukuh untuk suami komen sesedap hati pada kaum isteri. Ya, mungkin dulu masa bercinta wanita itu body masih slim, rajin bercantik-cantik dan bila sudah berkahwin lain pula jadinya!

Agaknya wanita dah mula malas atau tak sempat? Haaa… tahu tak bila dah kahwin bajet kaum wanita ini akan dibahagi-bagi, kadang rela lebihkan anak-anak walau diri sendiri tak berapa nak cantik.

Sebenarnya terlalu memandang kepada faktor kecantikan membuatkan ada sesetengah rumah tangga bergoncang akibat suami berubah hati apabila si isteri mula mengabaikan penampilan diri mungkin kerana terlalu selesa dengan kehidupannya.

Alasan suami, isteri sudah tidak lagi sedap di pandang, sedangkan di luar semakin banyak pilihan. Namun kalau memang ada berlaku seumpama itu, rasanya niat asal perkahwinan itu sendiri sudah tidak betul iaitu memilih pasangan hanya kerana kecantikannya.

Nah, sebelum pergi lebih jauh, ikuti berapa pendapat daripada Puan Intan Dzulkefli

Bila Saiz Badan Isteri Berubah

Kebanyakan isteri, akan sentiasa ambil serius setiap kata suaminya, deep inside her heart, no matter how brutal is she before marrying you.

Biarlah berapa ramai orang lain kutuk dia, hina dia, lemparkan kata sinis, insyaAllah dia boleh tetap bangkit, semacam kata-kata orang luar itu boleh dibuang begitu sahaja. Namun, tidak jika ianya datang dari suami.

Begitulah yang terjadi pada seorang isteri ini. Yang pernah bekerjaya hebat, namun, ambil keputusan untuk jadi stay at home mom. Tentulah rutin hidupnya dia akan berubah. Dulu mungkin selalu bermekap, kini mungkin dah tak sempat.

Sikap Suami Yang Suka Komen Isteri

Si suami, dah terbiasa waktu isteri bekerja, kebanyakan masa nampak isteri cantik, menjaga penampilan. Yelah, waktu bekerja, si isteri pun ada sumber kewangan yang banyak untuk jaga maintenance.

Biasalah isteri, dia ingat suami sama sahaja sepertinya. Tetap sayang walau bagaimana rupa suami pun. Boroi ke, gemuk ke, hitam ke, gigi berkarat akibat rokok ke, tetap dia terima seadanya.

Namun, rupanya suaminya tidak begitu. Hanya satu ayat yang ringkas. Akhirnya menyebabkan si isteri bagaikan tersedar dari mimpi.

“You ni dah macam monster dah,” kata suami yang mengajuk fizikal si isteri yang sudah kian berubah.

Ya, isteri memang ambil hati.

Lalu, si isteri cuba ambil positif, dia pun ambil keputusan berbisnes online. Alhamdulillah, sokongan bekas rakan sekerja juga banyak membantunya. Dapatlah dia income mencecah 4 angka sebulan. Fikirnya dapatlah dia buat modal beli segala keperluan mencantikkan diri memandangkan suami hanya beri duit keperluan dapur semata selama dia bergelar surirumah.

Namun, tidak tercapai juga hasratnya itu apabila suami mula mengendeng minta dibahagikan tugas membayar komitmen bulanan (rumah, kereta, duit belanja rumah) bersama-sama sebagaimana waktu dia bekerjaya dulu.

Lucu sungguh kan akhlak suami yang sebegini?

Beri duit kepada isteri hanya cukup beli sabun mandi, tapi minta isteri cantik macam Che Ta, macam Nora Danish.

Wah, tahu pula isteri orang semua cantik. Tetapi lupa barangkali sebab apa isteri sendiri tak cantik. Sebab diri sendiri tu miskin & berkira!

Sudahlah miskin harta, tanggungjawab pun miskin, akhlak pun miskin. Allahuakbar. Tak tahu langsung nak tundukkan pandangan dari memandang segala yang tak halal & bandingkan dengan isteri sendiri. Kemudian macam bagus nak demand itu ini.

Astaghfirullahal adzhim.
Ittaqullah!

Buat lelaki di luar sana, janganlah buat isteri kalian seperti ini. Takutlah balasan di akhirat nanti. Muhasabahlah semula betapa berat sebenarnya tugas kalian sebagai ketua keluarga.

Jangan sesekali ambil kesempatan atas kasih sayang isteri. Janganlah terlalu disusahkan jalan isteri ke syurga sebagai tiket isteri. Takut apabila dia dah move on, dia lebih redha memilih berusaha untuk masuk syurga bukan sebagai isterimu.

Hargailah Isteri

Wahai para suami yang budiman, jika mahukan isteri untuk jadi BIDADARI dalam rumahtangga, sediakanlah SYURGA rumahtangga untuknya terlebih dahulu.

Isteri adalah amanah. Bukannya amah. Jadikan isteri bidadari, bukannya hamba abdi.

Kisah ini dikongsikan hanya sebagai pedoman. Saya pasti di luar sana ramai yang berdepan kerenah suami yang demand macam-macam dari isteri tetapi kedekut & berkira. Semoga Allah jauhkanlah kita dari jadi sebegini. Semoga Allah pelihara rumahtangga kita sentiasa. InsyaAllah.

“Ya muqallibal qulub tsabbit qulubana a’la Deenik wa ‘ala thaa’tiq,”

“Ya Allah yang membolak balikkan hati, teguhkan hati kami dalam agamaMu & ketaatan kepadaMu.”

Amiin amiin ya Allah.
Wallahu ‘alam.

Published by
Nadia