Bagi yang sedang berdiet, yogurt memang menjadi pilihan sebagai salah satu makanan yang perlu ada. Lebih-lebih lagi bila digandingkan dengan buah-buahan dan salad. Begitu juga dalam masakan tertentu, perlu ada ini bagi menyedapkan lagi hidangan tersebut.
Memandangkan yogurt ini agak masam, bagi sesetengah orang, jadi ia tidak boleh disimpan terlalu lama, sementelah tidak tahan lama bila sudah dibuka. Kadang-kadang, makannya hanya sekali, selepas itu tersimpan di dalam peti sehingga lupa untuk dimakan atau digunakan.
Akhirnya, ia di buang ke dalam tong sampah, Sebabnya tidak mahu ada yang sakit perut atau masalah kesihatan lain. Sayang memanglah sayang seba harganya pun boleh tahan juga.
Perkongsian daripada pakar dietitian ini boleh membuatkan anda sedikit lega terutamanya yang suka mengambil yogurt dalam makanan diet. Walaupun sudah tamat tempoh, anda masih boleh makan tetapi kena ada caranya. Inilah panduan yang diberikan oleh Fatimah Salim.
Bolehkah Yogurt Yang Melepasi Tarikh Luput (Expired) Dimakan?
Yogurt merupakan makanan separa pejal yang disediakan melalui fermentasi susu oleh bakteria yang baik (aka probiotik) seperti Lactobacillus delbrueckii subspecies bulgaricus dan Streptococcus thermophilus. Dengan kata lain, susu sengaja dibasikan.
Ads
Semasa proses fermentasi, bahan kimia lactose (iaitu komponen gula dalam susu) akan ditukarkan oleh bakteria kepada bahan kimia asid laktik. Peningkatan jumlah asid laktik akan membuatkan rasa yogurt menjadi masam dan teksturnya menjadi padat.
Sekiranya anda takut untuk memakan makanan yang telah melepasi tarikh luput, ketahuilah kecuali susu formula bayi, untuk kebanyakkan produk makanan lain, tarikh luput hanya bertujuan menentukan kualiti, bukan isu keselamatan produk berkenaan. Ini bermaksud makanan sebegini adalah SELAMAT untuk dimakan.
Lebih Masam
Begitulah juga yogurt. Ya, tarikh luput pada yogurt adalah untuk pengeluar menjamin kualitinya sehingga tarikh ini sahaja. Ini benar kerana yogurt yang sudah melepasi tarikh luput, akan berubah menjadi lebih masam dan teksturnya akan menjadi lebih berair disebabkan pertambahan jumlah bakteria yang beraktiviti. Inilah yang dinamakan kualitinya sudah berkurangan.
Apabila dimakan begitu saja, sesetengah sistem penghadaman tidak tahan lalu boleh menyebabkan cirit birit dan sakit perut. Namun jika dicampurkan dalam masakan, tiada masalah kerana bakteria ini akan mati dengan suhu memasak.
Namun, tidaklah bermakna yogurt itu boleh disimpan selama mungkin. Umumnya yogurt kosong (plain yogurt) yang BELUM dibuka boleh dimakan setelah sebulan daripada tarikh luput. Bagi produk yang telah dibuka terutamanya yang telah disenduk ke mulut, biasanya selamat setelah tempoh seminggu. Ini kerana yogurt telah terdedah dengan bakteria luar daripada air liur pada senduk dan udara yang akan mempercepatkan ianya rosak.
Ads
Bagi yogurt berbuah atau berperisa pula, biasanya lebih mudah rosak disebabkan pertumbuhan yis dan kulat.
Yogurt yang sudah rosak ini sebenarnya boleh ditentukan melalui deria melalui hidung, mata dan lidah kita. Selain daripada yogurt menjadi lebih masam dan berair, perubahan lain dari segi rupa, warna, bau dan rasa adalah indikasi ianya sudah tidak selamat dimakan.
Makanan yang telah dicemari bakteria luar, berkulat atau beryis boleh menyebabkan keracunan makanan. Antara gejala keracunan makanan ini adalah cirit birit, sakit perut dan muntah-muntah. Sekiranya gejala berterusan, dapatkan rawatan dengan segera.
Tip Untuk Memanjangkan Jangka Hayat Yogurt:
1. Setelah dibeli, cepat-cepat simpan dalam peti sejuk. Suhu yang sejuk boleh memperlahankan aktiviti bakteria sedia ada dalam yogurt.
Ads
2. Tidak perlu membuka bungkusan yogurt selagi belum dimakan atau digunakan.
3. Sekiranya anda menyenduk yogurt, pastikan senduk adalah bersih termasuklah tidak terdedah dengan air liur. Ini boleh mengelakkan kontaminasi bakteria luar daripada udara dan air liur.
4. Pastikan tutup rapat yogurt bagi mengelakkan cemaran silang dari peti sejuk dan udara disebabkan aktiviti kerap membuka peti sejuk.
5. Bagi simpanan yang lebih lama, bekukan yogurt dalam peti sejuk beku. Suhu beku akan merencatkan aktiviti bakteria dalam yogurt. Cuma mungkin teksturnya sedikit berubah apabila dinyahbeku kelak.
Kesimpulannya, yogurt yang sudah melepasi tarikh luput masih lagi boleh dan selamat dimakan. Cuma pastikan rupa, warna, bau dan rasa yogurt masih berkeadaan elok.
MW: Lepas ni, kalau rasa dah lama dalam peti ais dan tak yakin nak makan, masukkan saja dalam makanan yang nak dimasak. Tapi, kenalah tengok warna, bau dan rasa dulu ye!
Biasanya bila nak potong atau jahit kain jenis pleated atau berlipat-lipat, ramai yang jahit jelujur dahulu satu persatu. Bukan apa bagi mengelakkan ukurannya ‘lari’ mahupun susah nak dijahit nanti. Namun sebenarnya, salah satu ilmu jahitan bila nak potong kain jenis pleated adalah lekatkan dengan masking tape terlebih dulu. Rupanya ia lebih memudahkan kerja dan menjimatkan masa berbanding perlu jahit jelujur satu persatu.
Berikut perkongsian daripada Tukang Jahit Zulaiha Ibrahimsebagai rujukan;
“Ramai yang tanya camne nak gunting kain pleated. Ni cara saya, tak kuasa nak jelujur kita. Bercinta nak jelujur satu persatu ni. Lambat kerja. Mula-mula dulu pun jelujur lama-lama..tengok masking tape ni ada je terletak. Try buat senang terus kerja. Dah jahit kain pinggang nanti cabut je.Nak kongsi ilmu sikit. Moga membantu pada yang nak tau.”
1.Ni pleated yang kecik sikit. Mana-mana pleated sama je caranya.
2.Tadaa….ni la dia..masking tape tak payah nak jelujur satu satu.
3. Ukur dan gunting labuh kain sepatutnya.
4. Ni bahagian luar. Lekat je, dah tak susah nak jahit.
5. Sis potong lurus je. Jadi la camni. Tapi belum jahit lagi.
Moga bermanfaat pada yang berminat nak mencuba.
Info Ekstra!
Masking tape tu solatape yang macam kertas tu, kita boleh koyakkan bila dah siap jahit.
Kain A Cut tu kena potong senget camtu la ye. Selepas itu, tepi jahit lurus macam biase. Punggung ikut saiz, bawah kembangkan ikut habis kain je..tapi tengoklah kesesuaiannya juga.
Kain tak perlu tambah kelonggaran dan boleh potong kecil sikit dari ukuran betul sebab nanti kainya akan memeri.
Pleated ni banyak jenis. Ada yang besar lipatannya ada yang kecik-kecil.
Hujung bawah kain tu perlu dijahit setengah inci @ bbseam. Saya tengok pada kesesuaian.
MW: Semoga perkongsian ilmu jahitan ini bermanfaat buat mak-mak yang nak cuba jahit kain jenis pleated. Cukup mudah rupanya bila guna masking tape, tak perlu susah payah nak jahit jelujur dahulu sebelum potong kain.
Pejam celik, pejam celik dah separuh perjalanan berpuasa sebelum sampai ke garisan Syawal. Cepat betul masa berjalan. Lepas ni masing-masing sibuk dengan biskut raya, baju raya (mungkin ada yang dah siap awal-awal lagi kan) dan berkira-kira untuk menyediakan duit raya pada orang-orang tersayang.
Namun, bukan itu yang ingin dibicarakan tetapi tentang anak-anak kita yang baru belajar berpuasa. Kalau anak yang dah berusia 8 tahun ke atas tidak menjadi masalah sebab mereka dah dilatih sebelum ini. Insya Allah mampu berpuasa penuh.
Tetapi bagaimana dengan anak yang baru berumur 7 tahun yang baru di ajar untuk berpuasa. Bagi saya, pada peringkat umur ini, memang sudah boleh mak-mak ajar untuk berpuasa tetapi janganlah memaksa mereka dan menetapkan umur 7 tahun anak mesti penuh berpuasa.
Begitu juga dengan anak saya, sebelum ini abang-abangnya bila masuk 7 tahun, terus berpuasa. Mula-mula bimbang juga takut mereka tidak mampu menghabiskan satu hari berpuasa terutamanya bila rasa dahaga memang tak boleh ditahan-tahan. Alhamdulillah, mereka boleh menghabiskan 30 Ramadan dengan jayanya.
Tetapi, berlainan dengan anak perempuan yang berusia 7 tahun. Dia hanya mampu berpuasa satu hari sahaja pada hari permulaan Ramadan. Pada hari pertama, saya berpesan, jika lapar atau dahaga bagitau saya dan izinkan untuk dia berbuka. Masuk hari kedua, hanya separuh hari, dia berpuasa. Mungkin terliur apabila melihat adik-adiknya makan. Tak kisahlah, sekurangnya dia merasa sudah berpuasa.
Dari masa ke semasa saya cuba meminta dia untuk berpuasa lagi. Tak penuh satu hari pun tak apa, sekurang-kurangnya dia tahu itu adalah perkara wajib dilakukan. Untuk usia 7 tahun saya tidak terlalu memaksa, biar dia lakukan dengan sendirinya.
Tidak Janjikan Ganjaran
Sesetengah ibu menjanjikan akan memberikan hadiah atau apa-apa yang diminta apabila anak berjaya berpuasa penuh di bulan Ramadan. Tidak bagi saya. Kenapa? Bukan tidak memberi sokongan atas kesungguhan anak untuk berpuasa tetapi saya tidak mahu dia berpuasa semata-mata untuk mendapat hadiah atau ganjaran.
Paling penting, bila habis puasa, masanya untuk meraikan hari raya dengan penuh gembira. Hadiah yang mampu diberi hanyalah doa mak agar menjadi anak yang soleh dan solehah. Itu yang paling mujarab.
Tip Latih Anak Puasa
1. Minta anak tidur awal supaya senang untuk kejutkan dia bila bangun sahur nanti.
2. Buat makanan kegemaran anak. Kadang-kadang mak tak kisah pasal lauk apa nak dimakan, asalkan anak berselera tiap kali berbuka dan bersahur.
3. Pastikan masa bersahurm, anak-anak akhiri makanan dengan minum air kosong. Ini untuk elakkan mereka terasa haus dan letih pada siang hari.
4. Sesetengah anak terutamanya yang baru mula belajar puasa, pantang nampak makanan walau pun sekadar snek adiknya. Semuanya sedap. Jadi, janganlah tunjuk makanan itu depan dia. Atau mak-mak boleh aje pujuk bagitau, bila berbuka baru boleh makan.
5. Waktu petang, masa untuk mereka bermain. Jadi, elakkan anak-anak daripada bermain yang boleh mengeluarkan tenaga yang banyak. Ini untuk mengelakkan mereka rasa dahaga.
6. Selain berpuasa. Ajarlah sekali anak-anak untuk mendirikan solat, baca al-Quran bersedekah dan sebagainya. Jangan hanya sekadar berpuasa tetapi tidak bersolat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memasak telur rebus adalah cara yang paling mudah untuk mak-mak lakukan. Hanya guna air yang mendidih dan biarkan beberapa minit.
Namun, masalah yang sering dilalui oleh mak-mak selepas merebus telur adalah keadaan telur rebus yang tidak cantik, nampak mengerutu. Kadang-kadang nak kupas kulitnya terkopek sekali dengan isi.
Ada macam-macam cara yang mak-mak gunakan supaya telur rebus nampak cantik ‘kejadiannya’, berkilat dan paling penting senang untuk dikupas.
Salah satunya adalah perkongsian daripada Basiroh Kz ini boleh membantu mak-mak untuk memastikan telur rebus nampak berkilat, kenyal dan mudah dikupas. Katanya, petua ini diperolehi daripada kenalannya dari Indonesia.
Telur Rebus Cantik ‘Kejadian’, Berkilat & Mudah Dikupas
Mungkin sudah ramai yang dah tahu petua ni.
Dulu saya gagal bila rebus telur, mesti pecah atau kulit jadi berkerutu. Tapi, bila dapat dari kenalan di Indonesia, barulah dapat hasil yang begini.
Petua yang mudah sangat.
Cara-caranya:
Masukkan 2 sudu kecil garam halus dan 2 sudu kecil cuka masakan.
Rebus dengan menggunakan api sederhana. Insya Allah telur jadi berkilat, kenyal dan tak mudah pecah serta sangat mudah dikupas.
Pastikan semasa merebus telur:
1. Paras air pastikan tenggelam telur. 2. Tak perlu tunggu air mendidih dulu, terus masukkan telur dalam air biasa dan rebus sehingga mendidih. 3. Resu dalam masa lebih kurang 10 minit saja. 4. Bila dah cukup masanya, terus buang air. 5. Teknik nak mudah kupas kulitnya, gunakan belakang sudu dan ketuk-ketuk manja. Bila kulit dah retak, senang nak kupas.
Mingguan Wanita : Kalau dah selalu gagal masak telur, boleh guna cara ini juga. Paling penting, masukkan dua bahan ini semasa merebus.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...