YES Lancar Yes Infinite+, Pelan Termurah, Terpantas & Tanpa Batasan Serendah RM58 Sebulan Dengan Telefon 5G Percuma

Share

YTL Communications Sdn Bhd melalui perkhidmatan telekomunikasi Yes, syarikat pertama yang menawarkan rangkaian 5G di Malaysia telah melancarkan ‘5G for All’, sebuah kempen terulung yang membuka jalan buat rakyat Malaysia untuk mengakses rangkaian 5G, bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.

Menariknya, Yes Infinite dan Yes Infinite+ ini menawarkan kelajuan internet sehingga 20x lebih pantas daripada pelan 4G sedia ada dengan harga bermula serendah RM58 sebulan.

Dalam masa yang sama, beberapa pengumuman baharu termasuk pelan-pelan Infinite terkini yang dipasarkan pada kadar termurah di pasaran, ‘5G for All’ akan merintis masa hadapan yang dikuasakan 5G untuk seluruh rakyat Malaysia.

Syarikat Telco Pertama Di Malaysia Tawarkan 5G

Lebih mengujakan ialah jalinan kerjasama dengan peranti strategik yang membekalkan telefon-telefon dikuasakan 5G membolehkan para pelanggan untuk menikmatinya secara percuma apabila mereka mendaftar untuk pelan tersebut.

“Lima bulan yang lalu, kami menjadi syarikat telco tempatan yang pertama untuk menawarkan 5G. Hari ini menandakan sebuah lagi pencapaian utama kami menerusi pelancaran fasa perjalanan kami yang seterusnya untuk membolehkan seluruh rakyat Malaysia mengakses pelan-pelan 5G dengan mudah.

“Walaupun harga barangan semakin meningkat akibat inflasi semasa, kami sebaliknya menurunkan harga pelan data sebanyak 300% kepada sekitar RM0.30 per GB menerusi pelan data dan peranti percuma kami yang terkini, di mana ia menawarkan kelajuan data sebanyak 20 kali ganda,” ujar Dato’ Yeoh Seok Hong, Pengarah Utusan YTL Communications Sdn Bhd.

Pelan Mudah Alih Yes Infinite dan Yes Infinite+

Jelas Dato’ Yeoh Seok Hong lagi, pelanggan juga boleh mendapatkan pelan khas mudah alih Yes 5G yang dikenali sebagai Yes Infinite bermula sekarang.

“Selain itu, pelan ini menawarkan data tanpa had, panggilan telefon tanpa had serta penggunaan data yang tidak dihadkan oleh Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy, FUP) dengan harga serendah RM58 sebulan ,”tambahnya.

Malah, pelanggan juga boleh memilih empat pelan yang dibahagikan mengikut harga dan kuota data hotspot iaitu pelan basic berharga RM58 sebulan dengan 10GB peruntukan hotspot dan pelan Standard dengan kuota 40GB berharga RM88.


Manakala, pelan premium pula berharga RM118 sebulan dengan kuota 70GB dan pelan Ultra menawarkan peruntukan hotspot 100GB dengan harga RM178 sebulan.

Butiran pelan-pelan Infinite dan Infinite+ adalah seperti berikut:

Yes Infinite Basic Standard Premium Ultra
Harga RM58/bln RM88/bln RM118/bln RM178/bln
Data 5G dan 4G tanpa had
Panggilan Tanpa Had
Hotspot 10GB 40GB 70GB 100GB
Infinite+:
kontrak 36 bulan disertakan dengan telefon pintar 5G PERCUMA
vivo Y55+ 5G Xiaomi Redmi Note 11 Pro 5G
ATAU
Samsung Galaxy A33 5G
OPPO Reno7 5G
ATAU
Samsung Galaxy A53 5G
vivo X80 5G
ATAU
Samsung Galaxy S22 5G
Faedah TIADA Dasar Penggunaan Saksama (FUP)
TIADA bayaran pendahuluan
TIADA caj tersembunyi
TIADA kejutan bill

* Berdasarkan purata penggunaan data sekitar 200GB menerusi pelan Infinite Basic

Telefon Pintar Percuma

Selain itu juga, Yes turut menawarkan telefon pintar 5G percuma bersama kontrak 36 bulan bersama pelan Yes Infinite+ yang akan dibuka mulai 9 Jun depan.

Tidak ketinggalan,Yes turut mengadakan program tukar telefon 4G kepada tunai dengan hanya bawa peranti anda ke kedai Yes terpilih berhampiran anda untuk diperiksa, dan wang tersebut akan dikreditkan ke dalam dompet aplikasi MyYes.


Di samping itu, orang ramai juga boleh mendaftar pelan Yes Infinite dan Yes Infinite+ mulai sekarang di yes.my, aplikasi MyYes, kedai YES terpilih dan kedai rakan kongsi iaitu OPPO, Samsung, vivo dan Xiaomi.

Kelebihan Pelan Infinite

“Siri pelan Infinite ini telah dicipta berdasarkan keperluan dan kesesuaian para pelanggan. Dengan data berkelajuan tinggi ‘tanpa batasan’ sama ada bagi rangkaian 4G atau pun 5G pada setiap masa, para pelanggan boleh menikmati kadar kelajuan sehingga 20 kali ganda dengan harga yang lebih murah sebanyak 300%.

‘Kini tidak ada lagi sebarang kerisauan untuk menambah nilai atau membeli pelan tambahan. Harga setiap pelan pula telah dihadkan secara efektif, lebih tinggi penggunaan anda, lebih tinggi penjimatan anda! Kami komited untuk menawarkan pengalaman 5G yang berbaloi untuk memenuhi keperluan para pelanggan Yes dengan lebih baik setiap hari,” ujar Dato’ Yeoh.

Berita baik buat pelanggan yang tidak memiliki telefon pintar yang disokong rangkaian 5G, kontrak 36-bulan Yes Infinite+ membolehkan para pelanggan untuk memiliki telefon pintar 5G secara PERCUMA.

Tiada sebarang bayaran pendahuluan, caj tersembunyi, dan kejutan bil. Hanya pada satu harga, didatangkan dengan kos dihadkan. Para pelanggan boleh memilih telefon pintar 5G PERCUMA tersebut bergantung kepada jenis pelan Yes Infinite+ pilihan mereka.

Jangan buang masa lagi! Miliki 5G menerusi pelan mudah alih Yes Infinite dan Yes Infinite+ sekarang menerusi dalam talian di yes.my dan Yes Stores. Para pelanggan juga boleh mendaftar di semua cawangan Yes, OPPO, Samsung, vivo, Xiaomi dan rakan-rakan kongsi yang mengambil bahagian mulai 9 Jun 2022.

Published by
Nur Syazwani Mehat