YTL Communications Sdn Bhd melalui perkhidmatan telekomunikasi Yes, syarikat pertama yang menawarkan rangkaian 5G di Malaysia telah melancarkan ‘5G for All’, sebuah kempen terulung yang membuka jalan buat rakyat Malaysia untuk mengakses rangkaian 5G, bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.
Menariknya, Yes Infinite dan Yes Infinite+ ini menawarkan kelajuan internet sehingga 20x lebih pantas daripada pelan 4G sedia ada dengan harga bermula serendah RM58 sebulan.
Dalam masa yang sama, beberapa pengumuman baharu termasuk pelan-pelan Infinite terkini yang dipasarkan pada kadar termurah di pasaran, ‘5G for All’ akan merintis masa hadapan yang dikuasakan 5G untuk seluruh rakyat Malaysia.
Syarikat Telco Pertama Di Malaysia Tawarkan 5G
Lebih mengujakan ialah jalinan kerjasama dengan peranti strategik yang membekalkan telefon-telefon dikuasakan 5G membolehkan para pelanggan untuk menikmatinya secara percuma apabila mereka mendaftar untuk pelan tersebut.
“Lima bulan yang lalu, kami menjadi syarikat telco tempatan yang pertama untuk menawarkan 5G. Hari ini menandakan sebuah lagi pencapaian utama kami menerusi pelancaran fasa perjalanan kami yang seterusnya untuk membolehkan seluruh rakyat Malaysia mengakses pelan-pelan 5G dengan mudah.
“Walaupun harga barangan semakin meningkat akibat inflasi semasa, kami sebaliknya menurunkan harga pelan data sebanyak 300% kepada sekitar RM0.30 per GB menerusi pelan data dan peranti percuma kami yang terkini, di mana ia menawarkan kelajuan data sebanyak 20 kali ganda,” ujar Dato’ Yeoh Seok Hong, Pengarah Utusan YTL Communications Sdn Bhd.
Ads
Pelan Mudah Alih Yes Infinite dan Yes Infinite+
Jelas Dato’ Yeoh Seok Hong lagi, pelanggan juga boleh mendapatkan pelan khas mudah alih Yes 5G yang dikenali sebagai YesInfinitebermula sekarang.
“Selain itu, pelan ini menawarkan data tanpa had, panggilan telefon tanpa had serta penggunaan data yang tidak dihadkan oleh Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy, FUP) dengan harga serendah RM58 sebulan ,”tambahnya.
Malah, pelanggan juga boleh memilih empat pelan yang dibahagikan mengikut harga dan kuota data hotspot iaitu pelan basic berharga RM58 sebulan dengan 10GB peruntukan hotspot dan pelan Standard dengan kuota 40GB berharga RM88.
Manakala, pelan premium pula berharga RM118 sebulan dengan kuota 70GB dan pelan Ultra menawarkan peruntukan hotspot 100GB dengan harga RM178 sebulan.
Ads
Butiran pelan-pelan Infinite dan Infinite+ adalah seperti berikut:
Yes Infinite
Basic
Standard
Premium
Ultra
Harga
RM58/bln
RM88/bln
RM118/bln
RM178/bln
Data 5G dan 4G tanpa had
Panggilan Tanpa Had
Hotspot
10GB
40GB
70GB
100GB
Infinite+:
kontrak 36 bulan disertakan dengan telefon pintar 5G PERCUMA
TIADA Dasar Penggunaan Saksama (FUP)
TIADA bayaran pendahuluan
TIADA caj tersembunyi
TIADA kejutan bill
* Berdasarkan purata penggunaan data sekitar 200GB menerusi pelan Infinite Basic
Telefon Pintar Percuma
Selain itu juga, Yes turut menawarkan telefon pintar 5G percuma bersama kontrak 36 bulan bersama pelan Yes Infinite+ yang akan dibuka mulai 9 Jun depan.
Tidak ketinggalan,Yes turut mengadakan program tukar telefon 4G kepada tunai dengan hanya bawa peranti anda ke kedai Yes terpilih berhampiran anda untuk diperiksa, dan wang tersebut akan dikreditkan ke dalam dompet aplikasi MyYes.
Ads
Di samping itu, orang ramai juga boleh mendaftar pelan Yes Infinite dan Yes Infinite+ mulai sekarang di yes.my, aplikasi MyYes, kedai YES terpilih dan kedai rakan kongsi iaitu OPPO, Samsung, vivo dan Xiaomi.
Kelebihan Pelan Infinite
“Siri pelan Infinite ini telah dicipta berdasarkan keperluan dan kesesuaian para pelanggan. Dengan data berkelajuan tinggi ‘tanpa batasan’ sama ada bagi rangkaian 4G atau pun 5G pada setiap masa, para pelanggan boleh menikmati kadar kelajuan sehingga 20 kali ganda dengan harga yang lebih murah sebanyak 300%.
‘Kini tidak ada lagi sebarang kerisauan untuk menambah nilai atau membeli pelan tambahan. Harga setiap pelan pula telah dihadkan secara efektif, lebih tinggi penggunaan anda, lebih tinggi penjimatan anda! Kami komited untuk menawarkan pengalaman 5G yang berbaloi untuk memenuhi keperluan para pelanggan Yes dengan lebih baik setiap hari,” ujar Dato’ Yeoh.
Berita baik buat pelanggan yang tidak memiliki telefon pintar yang disokong rangkaian 5G, kontrak 36-bulan Yes Infinite+ membolehkan para pelanggan untuk memiliki telefon pintar 5G secara PERCUMA.
Tiada sebarang bayaran pendahuluan, caj tersembunyi, dan kejutan bil. Hanya pada satu harga, didatangkan dengan kos dihadkan. Para pelanggan boleh memilih telefon pintar 5G PERCUMA tersebut bergantung kepada jenis pelan Yes Infinite+ pilihan mereka.
Ramai wanita sebenarnya turut ada cyst atas pelbagai faktor. Cyst ini tidaklah berbahaya seperti kanser, namun jika ia membesar pembedahan perlu dilakukan.
Menerusi perkongsian dilaman instagram Zulin Aziz,28, penyampai radio Suria FM ini, memberitahu dirinya baru dikesan mempunyai cyst.Ia bermula apabila Zulin dimasukkan ke hospital akibat sakit perut kerana cirit birit. Sebaliknya doktor dapat mengesan kehadiran cyst pada tubuh beliau.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Jumpa lagi 6 bulan doctor Shilpa. Saya harap benda tu hilang tak payah operation. Boleh keluarkan saya takkk….nak keje. Ni bukan scan baby yaa.. Ni namanya cyst. Bila masa pulak saya kawen. Saya masuk hospital sebab cirit birit tapi lepas tu baru saya tahu. Saya nak explain pun susah.Doakan baik-baik yaa❤.”
Sementara itu, dalam entri terbaru di laman instagram beliau, Zulin menjawab persoalan peminat dan rakan-rakan yang tidak dapat menghubunginya.Dia memberitahu,tidak berapa sihat dan masih sedang berehat.Cyst yang dihadapinya juga masih dalam keadaan tidak berbahaya, serta berharap cyst tersebut akan kecut dalam masa 6 bulan dan tidak perlu membuat pembedahan.
“Tak angkat call,reply whatsapp semua saya minta maaf. Bagi saya rehat dulu naa?. Saya pun dah tak sabar nak gelak-gelak guling-guling .Bosan dok lepuuu macam ni.. Terima kasih buat yang dm saya nak bantu saya cari ubat untuk sihat.Allah saja yang dapat membalas.InsyaAllah saya ikhtiar. Macam saya ada bagitau..cyst saya masih dalam keadaan tidak membahayakan. Tapi dia boleh membesar.Saya harap dia akan kecut supaya lagi 6 bulan saya tak perlu menjalani operation. Saya masih dalam keadaan tak berapa sihat disebabkan sakit perut.Jadi saya perlu rehat. Saya agak kecewa yang fitnah-fitnah saya tu. Apa kejadahnya saya nak mengandung bubuh kat instagram..awak tengok filem pengabdi setan banyak sangat ni tu terpengaruh. Pada haters tu awak seronok agaknya tengok saya sakit, saya doakan awak bahagia dunia akhirat.❤
Kepada Zulin Aziz, semoga cepat sembuh, jaga kesihatan diri, dapatkan rehat secukupnya dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Info Ekstra!
Cyst Ovariadalah masalah yang kerap berlaku kepada wanita. Dikatakan 3 dari 10 orang wanita dewasa menghadapi masalah ini. Kebanyakan cyst ovari bukanlah ketumbuhan kanser.
Berita baiknya hampir semua cyst ovari akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun terdapat cyst yang tidak hilang seperti biasa dan ini memerlukan rawatan.
Banyak faktor yang menyebabkan terjadinya cyst. Faktor utama sudah tentu pemakanan dan cyst boleh mengganggu dan menjejaskan fungsi kewanitaan. Kebiasaannya cyst yg berukuran 5cm kebawah, doktor tidak akan membuat apa-apa proses rawatan dan hanya memantau secara berkala jikalau tumbesaran cyst bertambah.
Terdapat dua rawatan Cyst iaitu:
1.Laparoskopi
Dilakukan dengan membuat tiga lubang dibahagian pelvik. Satu lubang untuk dimasukkan kamera dan 2 lubang lagi utk peralatan untuk membuang cyst tersebut. Kebiasaannya rawatan ini dilakukan sekiranya cyst berukuran kecil atau lokasi mudah untuk dicapai. Cyst yang berjisim cecair biasanya menggunakan kaedah ini. Kaedah ini juga digunakan untuk mengambil sample (biopsy) untuk ujian kanser.
2.Pembedahan
Pembedahan adalah pilihan terakhir yang diberikan oleh doktor, sekiranya anda disahkan mempunyai cyst yang bersaiz besar, pembedahan diperlukan untuk megeluarkanya. Sesetengah cyst mengakibatkan kerosakan ovari dan terpaksa dibawa keluar sekali bersama sama dengan cyst. Apa-apa pun dapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu.
Selamat bernikah 5 November lalu, pengantin baru Kamal Adli & Uqasha Senrose sama cantik sama padan. Tahniah diucapkan buat pelakon, Kamal Adli, 35, dan pasangannya Uqasha Senrose, 29 yang telah selamat diijabkabulkan.
Pasangan yang sebelum ini telah mengemparkan peminat apabila Kamal membuat kejutan melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah Meletop Era 2020 kemudiannya telah mengikat tali pertunangan pada April lalu.
Selamat Bernikah 5 November Lalu
Kali ini peminat sekali lagi dikejutkan apabila pasangan ini mengakui sudah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan secara tertutup pada 5 November lalu. Seperti mana yang dipetik menerusi portal Astro Gempak, Kamal sah bergelar suami kepada Uqasha dengan dua kali lafaz.
Pasangan ini juga telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin disisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi.
Mas Kahwin RM22.50
Seperti yang difahamkan, Kamal telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM22.50 sebagai mas kahwin. Pengantin perempuan juga turut menerima tujuh dulang hantaran dibalas tujuh dari pihak pengantin lelaki pula.
Antara mereka yang hadir pada majlis yang bertemakan dalam taman antaranya adik beradik Uqasha, Idayu, Datin Nina Juren dan Michael Ang. Selain itu pasangan juga diraikan dengan kehadiran 100 tetamu yang terdiri dari sanak saudara dan kenalan.
Puteri Sarah pertahankan tindakan ibu mertua. Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya Syamsul Yusof mendapat perhatian orang ramai.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Puteri Sarah Pertahankan Tindakan Ibu Mertua
Dek kerana terlalu marah dengan anaknya, ibu Syamsul, Datin Fatimah Ismail lantang memberikan komen pedas terhadap anaknya itu.
Ibu mana yang tidak marah apabila anak membuat pengakuan bernikah lagi satu tanpa mendapat restu. Syamsul telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, baru-baru.
Kelantangan ibu Syamsul mendapat kecaman hebat netizen. Puteri Sarah seperti mana dilaporkan Harian Metro mempertahankan tindakan ibu mentuanya yang memberikan komen ‘menusuk hati’ dan pedas terhadap anaknya itu.
“Saya faham perasaan ibu mentua saya ketika ini. Memang dia tak puas hati dan sedih dengan apa yang berlaku.
“Saya juga nak jelaskan di sini, orang luar tidak tahu apa yang terjadi sehingga dia bertindak meluahkan ketidakpuasan hatinya yang mendapat kecaman dan hentaman teruk daripada orang ramai.
“Ada sebab kenapa dia jadi begitu. Hanya saya, pihak di sebelah sana dan Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) saja tahu,” luahnya.
“Cari Dulu Punca Kenapa Kami Jadi Begini”
Ibu kepada dua anak ini juga menerangkan jangan sewenang-wenangnya mengecam tindakan yang dilakukan ibu mertuanya dalam menegur Syamsul.
“Tiada orang yang tiba-tiba nak ‘melantun’ (mengamuk) atau ‘meroyan’ tanpa sebab. Mesti ada sebab kenapa dia dan saya jadi begini.
“Jadi sebelum anda kecam, cari dulu punca kenapa kami jadi begini serta kenapa saya berdiri di sini (berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk permohonan tuntutan cerai). Bukan saya suka-suka atau tiba-tiba ke pejabat agama sebelum ini,” sambungnya.
Puteri Sarah sebelum ini telahmemfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Permohonan cerai berkenaan difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Sewaktu hadir, Puteri Sarah ditemani adik-beradik selain peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakilinya.
Puteri Sarah juga menyatakan tarikh sebutan kes permohonan cerai terhadap suaminya ditetapkan Mahkamah Syariah di pada 7 Mac depan yang juga jatuh sehari sebelum ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka pada 8 Mac.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...