Selepas tujuh tahun hidup sendirian, ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar selamat bernikah malam tadi. Disatukan dengan cinta hati barunya, Yin Shao Loong di rumah ahli keluarganya. Majlis akad nikah pasangan ini dihadiri kenalan serta keluarga terdekat kedua belah pihak.
Lelaki yang berjaya mencuri hati anak sulung kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ialah Yin Shao Loong yang merupakan seorang penyelidik bersekutu senior di Institut Penyelidikan Khazanah.
Difahamkan pasangan ini sudah lama berkenalan dan hanya keluar dating beberapa kali sahaja dan hubungan ini diketahui oleh kenalan rapat dan ahli keluarga sahaja.
Dalam satu kenyataan rasmi dari page fbnya, Yb Nurul Izzah memaklumkan pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.
Dalam pada itu, YB Nurul Izzah turut meminta doa dari orang ramai agar perkahwinan terbarunya ini diberkati.
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Rum: 21).
Kami memohon doa kalian semua – agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.
Dirinya pernah mendirikan rumahtangga bersama Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan berusia 13 dan 15 tahun.
Difahamkan, Yin Shao Loong juga merupkan duda anak satu dan pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang pembikin filem dan bercerai dua tahun lalu. Pasangan ini pernah bekerjasama di mana Yin pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Institut Pemikir PKR yang diketuai oleh Nurul Izzah.
Dalam satu kenyataan lain, ibunda Nurul Izzah, Wan Azizah dikatakan gembira dengan pernikahan ini dan mendoakan agar perkahwinan anak menantunya direstui dan berkekalan hingga ke akhir hayat.