Kata ibu anak tiga, Hanna Baa dia sudah berfikir sedalam-dalamnya sebelum mendedahkan perbuatan curang antara suaminya dengan adik angkatnya, yang digelar Yaya.
Pendedahannya itu semata mahu memberi pengajaran kepada wanita lain supaya tidak menjadi mangsa sepertinya. Akuinya dia mahu membuktikan yang dia di pihak yang benar.
Bukan niatnya mahu memfitnah atau menjatuhkan mana-mana pihak, “Saya tak mahu ulas panjang sebab saya ada bukti. Dan akan panjangkan isu ini kerana dia menuduh saya memfitnahnya.”
Dalam dakwaannya sebelum ini, Hanna tak menyangka gadis yang dianggap sebagai adik ini, yang didengari rintihannya, tergamak bercinta dengan suaminya sendiri.
Dalam keadaan dirinya ketika itu hamil, sehinggalah melahirkan dan berpantang.
IKLAN
Hanna Kasihan, Yaya Tak Ramai Kawan Sebab Takut Dipergunakan
Menurut Hanna, dia mula mengenali Yaya pada akhir Disember 2018. Ketika itu dia menghadiri kursus berkaitan perniagaan di Kuala Lumpur.
“Daripada situ, saya berkawan dengannya kerana mahu dia mengenali dunia luar disebabkan sebelum ini, dia dakwa hidupnya hanya ada ibu bapa.
“Saya kasihan sebab dia tidak mempunyai kawan, malah dia sendiri mengaku tidak ramai kawan kerana takut dipergunakan.
IKLAN
“Tak sangka saya yang akhirnya menjadi mangsa,”
Selepas pendedahan itu, Hanna tidak mahu lagi memikirkan apa yang telah dilaluinya itu. “Hati saya sudah tawar. Hubungan dengan suami pun dingin terutama selepas pendedahan itu.” Malah, dakwanya dia juga sudah puas menasihati keduanya mengenai hubungan mereka itu.
IKLAN
Tidak sama sekali dia berniat mahu menjatuhkan Yaya, tetapi tindakannya itu adalah demi dirinya dan anak-anak yang dianggap menjadi mangsa.
Ketika ini, Hanna juga sudah memfailkan penceraian ke atas suaminya dan melantik peguam. Malah, menyerahkan semua urusan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.
Gelagat tiga bulus, Garfield (Oyen), Maya (Abu0abu) dan Kora (muka gelap badan putih) ini ternyata menghiburkan. Kisahnya, macam-macam usaha tiga bulus ni buat nak bagi sepahkan rumah owner kesayangan, Zuraita Mohd Anua.
Sudahnya, usaha mereka semua gagal.
Mencuit hati betul setiap jalan cerita yang dikongsikan pemiliknya pada setiap gambar yang dikongsi. Apa pun, pelihara kucing ini kalau hati ikhlas memang mengundang bahagia di hati. Murah rezeki pun iya.
Kongsi Zuraita tentang anak-anak bulusnya dalam grup Kucing Sepah Apa Hari Ini?. “Kami cuba untuk sepahkan rumah tapi rumah tetap kemas semula seperti sediakala. Mungkin ada pari-pari yang telah mengemaskannya kembali!”
Misi Sepahkan Rumah Bermula
Kami cuba untuk makan bersepah tapi tetap tak berjaya. Makanan tak tumpah-tumpah. Elok je dalam bekas.
Saya sengaja gugurkan bulu tapi si bulat putih itu telah membersihkannya sepantas kilat. Saya gagal lagi menyepahkan rumah.
Kami berdua cuba untuk bergaduh supaya keadaan rumah huru hara tapi ternyata kami sukar memulakan permusuhan.
Kami main aucak sambil cuba merosakkan bunga di atas meja tapi bunga itu kelihatan kebal dan tak goyah walau apapun.
Selagi Belum Berjaya..
Saya cuba minum gaya orang mabuk supaya tumpah tapi rupanya saya pun tak tahu orang mabuk itu bagaimana. Kesudahannya, saya minum dengan tertib sekali.
Saya cuba untuk cakar tetapi seakan ada mata ibu peri yang melirik. Saya jadi takut dan cuma duduk sopan di atas kerusi ini.
Saya ingin jatuhkan bunga itu tapi bunga itu baik, tidak pernah sekali cuba menjatuhkan saya.
Saya cuba untuk tinggalkan sedikit benang carik di atas sofa ini tetapi kuku saya tidak mahu melakukannya.
Kami berdua cuba untuk menyepahkan katil yang sudah kemas ini namun ternyata gagal kerana katil itu terlalu empuk untuk kami landing.
Saya melihat jam lagi 0.02 saat menunjukkan masa untuk saya membuat sepah. Tapi ya, saya sekadar terdiam kerana saya merasa cantik dalam posisi ini. Saya berhasrat untuk maintain cantik sahaja.
Ya kami bertiga rupanya tak pernah membuat sepah. Kami begitu behave. Yang suka membuat sepah itu rupa-rupanya anak manusia ini!!! Lihat saja mejanya. Belum lagi dalam lemarinya. Ya ampun!
MW : Hahaha.. rupanya bukan kucing-kucing comel ini yang sukan buat sepah ya..
Bekas 1st lady didapati bersalah 3 tuduhan rasuah, maksimum 20 tahun sabit kesalahan. Nampaknya lanskap politik tanahair semakin mendebarkan. Jika minggu lalu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang. Dan bakal berhadapan dengan lebih banyak pertuduhan dan masih dalam perbicaraan.
Hari ini, isterinya Datin Seri Rosmah pula didapati bersalah oleh hakim Mahkamah Tinggi di atas atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Memetik Harian Metro, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.
Kini Rosmah akan mengemukakan rayuan.
Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram, Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam, Nadia Mohd. Izhar dan Poh Yih Tinn.
Sementara pembelaan diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, Datuk Jagjit Singh dan Azrul Zulkifli Stork.
Pada 15 November 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua tuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.
Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit dekat sini antara Mac dan April 2016.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek sama di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.
Kesemua kes itu diperintahkan untuk dibicarakan bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan perbicaraan bermula pada 5 Februari 2020.
JANGAN BUANG JEANS BURUK, SERTAI KELAS MENJAHIT BERSAMA KAMI
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lisa takut terleka dengan kata pujian. Ketika bersua wajah dengan pelakon cantik yang juga isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim, Datin Lisa Surihani akui dirinya dibelenggu perasaan takut andai terleka dengan kata-kata pujian yang diberikan.
Ketika ditemui pada acara pertunjukan fesyen Ariani Layar Raya 2023 yang turut menyaksikan pelantikannya sebagai duta tudung jenama popular itu bersama Bella Dally dan Uyaina Arshad.
Lisa yang sering mendapat pujian ramai sejak tampil bertudung bimbang lahir perasaan suka dengan semua itu.
Lisa Takut Terleka Dengan Kata Pujian
Ibu kepada tiga cahaya mata Yahaira Leanne, 8; Yusof Leonne, 6, dan Yunos Laith, 2, turut mengakui dirinya cuba menjaga pertuturan dan tingkah laku sebaik mungkin.
“Sejujurnya, saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang lahir perasaan suka dengan semua itu.
“Bagaimanapun saya cuba menjaga cara pertuturan dan tingkah laku sebaiknya.
“Semua ini datangnya daripada Allah.
“Sebagai manusia biasa, ada ketika hati kita rapuh dan mudah berbolak balik.
“Jadi kita kena cuba sebaiknya untuk kekal istiqamah terutamanya pada saat kita jatuh tersungkur.
“Sentiasa berdoa agar kita tidak mudah berputus asa dalam perjalanan ke arah kebaikan itu,” luahnya.
Teruja Diberi Tanggungjawab Baharu
Lisa ketika ditemubual juga berasa teruja dirinya yang dilantik sebagai salah seorang duta Ariani.
“Saya teruja dengan kerjasama ini dan seronok menggalas tanggungjawab baharu ini.
“Walaupun sejak kecil saya sudah biasa menjadi model katelog untuk pakaian, namun kali ini rasa sedikit kekok kerana perlu menggayakan tudung di depan kamera.
“Bagaimanapun alhamdulillah semuanya berjalan lancar kerana ramai yang membantu dan memberi panduan kepada saya ketika menjalani sesi fotografi tersebut,” jelasnya.
Menyentuh tentang kerjayanya dalam seni, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia edisi ke-23 dan 26 kini lebih cenderung kepada bidang pengacaraan yang turut memberi cabaran baharu buatnya.
“Kecenderungan saya mungkin lebih berat kepada bidang pengacaraan. Saya minat untuk berlajar perkara baharu dan memperbaiki kekurangan yang ada.
“Bagaimanapun dari segi proses menerima satu-satu tawaran itu, ia masih sama seperti dulu di mana saya akan meneliti beberapa faktor sebelum sebelum menyatakan persetujuan,” kongsinya.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak syurga berusia 2 hari meninggal, saluran pencernaan bengkak selepas diurut nenek. Tidak semua pandangan orang lama boleh diikuti meskipun ramai mendakwa terlebih dahulu...