Mana-mana perempuan sekali pun bila sebut saja KASUT, terujanya lain macam. Yang jenis hantu kasut, siap ada macam-macam jenis koleksi kasut dalam rak.
Jenis tumit tinggi, wedges, but, sandal.. haa semua ada. Silap-silap, hobi membeli je, pakainya belum tentu.
Macam pelakon Yatt Hamzah, 38 ini, akuinya dalam instagram miliknya, suatu ketika dulu kasut menjadi kegilaannya. Bukan kasut jenis biasa-biasa, tapi kasut bertumit paling tidak 4 inci tingginya malah lebih.
Kini, ibu kepada tiga orang puteri ini mahu let go koleksi kasut tumit tinggi yang masih elok dalam jagaan dan simpanannya. Katanya, niatnya itu adalah sebahagian daripada usaha HIJRAH dirinya.
“Siapa hantu kasut di sini? Inilah sebahagian dari Hijrah saya. Sebahagian dari koleksi kasut-kasut lama kesayangan saya yang masih elok dan akan dikorbankan.”
“Dulu kalau keluar wajib pakai kasut tumit tinggi at least 4 inci. Selalunya 6 inci. Harga tak usah cakap lah. Paling minimum RM199, itu pun lepas SALE.”
“Sekali beli bukan 1-2 PASANG tapi 5-6 PASANG.”
“Tapi tu dulu. Sekarang saya pakai tumit getah tak sampai 2 inci pun. Tak mahal mana pun. So siapa hantu kasut kat sini? Nak tak kasut-kasut Bonda ni? Bonda SIZE 8-9 ALA2 SIZE SUPERMODEL TAU.”
Tulis ibu kepada Suci Hanania Malika, 7, Suci Humaira Iqlima yang lahir pada 27 Disember tahun lalu dan Suci Hayfaa Medina yang dilahirkan awal April tahun ini.
Sungguh Hijrah itu susah. Kita melepaskan apa yang kita sayang. Tapi Allah janji akan gantikan denga yang paling baik buat kita. Salam MAAL HIJRAH 1440H.
“Dah masuk Tahun Baru Hijrah 1440 dalam Kalendar sebenar kita sebagai Muslim. Subhanallah, cepatnya waktu berlalu pergi. Rugilah jika kita biarkan waktu pergi dengan sia-sia. Semoga kita tak buang waktu, semoga kita makin baik. Makin dekat denganNya.”
“Berubahlah.. Hijrah. . Seiring waktu. BerHijrah tak mudah, tapi kalau tak mula sekarang, bila lagi. Kita tak hidup selamanya. Mati itu bila-bila. Kalau tak sempat Hijrah macam mana?”
Hijrahlah sekarang sementara masih di dunia.. Sebelum kita “diHijrahkan” ke alam sana.
“Tapi sungguh, Hijrah itu tak mudah. Sangat susah.. Sampai sekarang diri ini masih minta kekuatan padaNya. Kerana Dia yang pilih untuk kita Hijrah. Kerana Dia tahu kita mampu. Kita kuat. Seperti Nabi kita Sang Kekasih Allah.”
Sebab itu Allah pilih kita jadi Umat nya. Terima kasih Ya Rasulullah krn tunjukkan kami erti Hijrah sebenar. Dear Muhammad, we miss you so much. Sungguh aku rindu pada mu Sang KekasihNya.
Sumber/Foto : Yatt Hamzah