Ketika ini Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah sedang hamil 6 bulan dan sedang mengerjakan umrah bersama suami, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, anak sulungnya, Suci Hanania Malika dan bayi perempuannya, Suci Humaira Iqlima, 11 bulan.
Perjalanan umrah kali ini sedikit sebanyak Yatt sudi berkongsi pengalamannya itu dengan para peminatnya. Kadangkala Yatt maklumkan keadaan dirinya. Ada juga ketikanya dia bertanyakan pendapat dari rakan-rakan IGnya.
“Alhamdulillah, ini kali ke-4 saya menunaikan umrah. Tapi kali pertama bersama suami tercinta dan pengalaman pertama membawa bayi 11 bulan disamping sedang hamil 6 bulan.” Luahnya dalam instagram miliknya ketika berada di Masjid Nabawi.
Pada 11 Disember lalu, Yatt dan keluarga bertolak ke Lapangan Terbang Madinah untuk memulakan ibadah umrah mereka.
“Memang mencabar tapi Alhamdulillah Allah telah memudahkan segalanya. Dari saat bertolak di KLIA dalam pesawat selama 8 jam lebih. Hinggalah urursan imigresen di Airport Madinah dan check in hotel
.Umrahnya kali ini Yatt bertolak bersama 2 bas jemaah Malaysia bersama HalcentDiscoveruHolidays. Yatt juga memohon maaf kepada kenalannya untuk kesalahan dan kekhilafan yang dilakukan sama ada sedar ataupun tidak.
“Halalkan makan minum saya dan keluarga dan mohon doakan kami selamat pergi balik serta dikurniakan barakah dan umrah yg mabrurah. Ameen Ya Allah.”
“Saya juga buka peluang kepada sesiapa yang ingin mengirimkan doa, boleh DM saya di IG ini. In shaa Allah saya akan usaha terbaik mendoakan buat semua dari sini..” luahnya tulus.
Tambah Yatt lagi, jika tak kuat memang dirinya boleh stress sehingga boleh mengganggu urusan ibadahnya.
“Tapi setakat ni apa yang kami risaukan tak berlaku. Alhamdulillah, anak-anak sangat coorperative dan memahami. Si kenit baik sangat behave sangat tak banyak ragam.
“Adalah sekali sekala merengek pendek sebab nak susu dan mengantuk. Bagi dia kenyang BF kat mana-mana je then settle! Si kakak Nia pula sangatlah rajin membantu.
“Cuma kadang-kadang je buat Bonda & abah pening denga pertanyaan bertalu-talu walau di mana sahaja! Tengah termengah-mengah berlari masuk Raudhah pun dia sempat pot pet lagi
.Tanya Yatt, “Kalau ada ibu bapa yang berpengalaman bawa anak-anak kecil umrah lagi-lagi para ibu yang hamil, sharelah tips dengan saya. Mudah-mudahan bermanfaat untuk orang lain juga.”
Akuinya bukan mudah bagi ibu hamil sepertinya terutama yang dah memasuki trimester ke-3 untuk travel jauh apatah lagi buat ibadah umrah.
“Dengan masih susukan bayi 11 bulan yang lasak teramat! Dulu saya tak boleh bayangkan, sekarang saya sedang alaminya..Amat mencabar!
“Kena angkut beg tangan sendiri, beg makanan baby dan beg sejadah! 3 beg sekali angkut! Dengan dukung baby Iqlima jika dia meragam. Dengan melayan karenah Kak Nia yang kadang-kadang moody. Dengan melayan jemaah-jemaah Malaysia, Brunei Singapore nak selfie lagi! Hehehe..”
“Macam penat macam susah kan. Percayalah bila saya kata, semua jadi mudah di sini! Wallahi Allah bantu sangat-sangat bila berada di sini!
“Akan ada saja bantuan yang datang. Ramai yang offer nak bawa beglah, nak dukung anaklah. Ruang solat akan mudah terbuka walaupun dah bersesak dalam Masjid dengan jemaah dari 1 dunia.
Tapi Allah Maha Besar. Allah Maha Baik. Bersangka baik dan bergantunglah hanya pada Dia. Banyak-banyak doa, MAKBUL in shaa Allah!
So ibu-ibu dan bakal-bakal ibu, DON’T WORRY, BE HAPPY je di Tanah Suci Mekah & Madinah sebab doa dan usaha wanita hamil power di sini. Malaikat mendoakan setiap saat, Allah makbulkan setiap permintaan..Percayalah”
Tip buat ibu bapa yang bawa anak-anak kecil seperti bayi 11 bulan ni ke Umrah “Get them BZ with toys or ur makeup (for babygirls) or plastic cup air zam-zam pun boleh!”
Ini pula tip umrah bulan 12 : Mesti Bawa Untuk Baby
√ Baju sejuk
√ Minyak panas (yuyi, balm hangat, etc)
√ Vaselin petrol jelly
√ Minyak bayi
√ Losyen
√ Sunblock
“Madinah sejuk sangat 7-15 darjah celsius sampai terpaksa pinjam bulu beruang untuk lil Mujahidah kenit.”
Sumber/Foto : Instagram Yatt Hamzah