Ketika ini Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah sedang hamil 6 bulan dan sedang mengerjakan umrah bersama suami, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, anak sulungnya, Suci Hanania Malika dan bayi perempuannya, Suci Humaira Iqlima, 11 bulan.
Perjalanan umrah kali ini sedikit sebanyak Yatt sudi berkongsi pengalamannya itu dengan para peminatnya. Kadangkala Yatt maklumkan keadaan dirinya. Ada juga ketikanya dia bertanyakan pendapat dari rakan-rakan IGnya.
“Alhamdulillah, ini kali ke-4 saya menunaikan umrah. Tapi kali pertama bersama suami tercinta dan pengalaman pertama membawa bayi 11 bulan disamping sedang hamil 6 bulan.” Luahnya dalam instagram miliknya ketika berada di Masjid Nabawi.
Pada 11 Disember lalu, Yatt dan keluarga bertolak ke Lapangan Terbang Madinah untuk memulakan ibadah umrah mereka.
“Memang mencabar tapi Alhamdulillah Allah telah memudahkan segalanya. Dari saat bertolak di KLIA dalam pesawat selama 8 jam lebih. Hinggalah urursan imigresen di Airport Madinah dan check in hotel.
Umrahnya kali ini Yatt bertolak bersama 2 bas jemaah Malaysia bersama HalcentDiscoveruHolidays. Yatt juga memohon maaf kepada kenalannya untuk kesalahan dan kekhilafan yang dilakukan sama ada sedar ataupun tidak.
“Halalkan makan minum saya dan keluarga dan mohon doakan kami selamat pergi balik serta dikurniakan barakah dan umrah yg mabrurah. Ameen Ya Allah.”
“Saya juga buka peluang kepada sesiapa yang ingin mengirimkan doa, boleh DM saya di IG ini. In shaa Allah saya akan usaha terbaik mendoakan buat semua dari sini..” luahnya tulus.
Ads
Sharelah Tip Dengan Saya – Yatt Hamzah
Tambah Yatt lagi, jika tak kuat memang dirinya boleh stress sehingga boleh mengganggu urusan ibadahnya.
“Tapi setakat ni apa yang kami risaukan tak berlaku. Alhamdulillah, anak-anak sangat coorperative dan memahami. Si kenit baik sangat behave sangat tak banyak ragam.
“Adalah sekali sekala merengek pendek sebab nak susu dan mengantuk. Bagi dia kenyang BF kat mana-mana je then settle! Si kakak Nia pula sangatlah rajin membantu.
“Cuma kadang-kadang je buat Bonda & abah pening denga pertanyaan bertalu-talu walau di mana sahaja! Tengah termengah-mengah berlari masuk Raudhah pun dia sempat pot pet lagi.
Tanya Yatt, “Kalau ada ibu bapa yang berpengalaman bawa anak-anak kecil umrah lagi-lagi para ibu yang hamil, sharelah tips dengan saya. Mudah-mudahan bermanfaat untuk orang lain juga.”
Ads
Usaha Dan Doa Wanita Hamil Power Di Sini
Akuinya bukan mudah bagi ibu hamil sepertinya terutama yang dah memasuki trimester ke-3 untuk travel jauh apatah lagi buat ibadah umrah.
“Dengan masih susukan bayi 11 bulan yang lasak teramat! Dulu saya tak boleh bayangkan, sekarang saya sedang alaminya..Amat mencabar!
“Kena angkut beg tangan sendiri, beg makanan baby dan beg sejadah! 3 beg sekali angkut! Dengan dukung baby Iqlima jika dia meragam. Dengan melayan karenah Kak Nia yang kadang-kadang moody. Dengan melayan jemaah-jemaah Malaysia, Brunei Singapore nak selfie lagi! Hehehe..”
“Macam penat macam susah kan. Percayalah bila saya kata, semua jadi mudah di sini! Wallahi Allah bantu sangat-sangat bila berada di sini!
“Akan ada saja bantuan yang datang. Ramai yang offer nak bawa beglah, nak dukung anaklah. Ruang solat akan mudah terbuka walaupun dah bersesak dalam Masjid dengan jemaah dari 1 dunia.
Ads
Tapi Allah Maha Besar. Allah Maha Baik. Bersangka baik dan bergantunglah hanya pada Dia. Banyak-banyak doa, MAKBUL in shaa Allah!
So ibu-ibu dan bakal-bakal ibu, DON’T WORRY, BE HAPPY je di Tanah Suci Mekah & Madinah sebab doa dan usaha wanita hamil power di sini. Malaikat mendoakan setiap saat, Allah makbulkan setiap permintaan..Percayalah”
Antara Cara Yatt Diamkan Bayinya Ketika Umrah
Tip buat ibu bapa yang bawa anak-anak kecil seperti bayi 11 bulan ni ke Umrah “Get them BZ with toys or ur makeup (for babygirls) or plastic cup air zam-zam pun boleh!”
Ini pula tip umrah bulan 12 : Mesti Bawa Untuk Baby
√ Baju sejuk
√ Minyak panas (yuyi, balm hangat, etc)
√ Vaselin petrol jelly
√ Minyak bayi
√ Losyen
√ Sunblock
“Madinah sejuk sangat 7-15 darjah celsius sampai terpaksa pinjam bulu beruang untuk lil Mujahidah kenit.”
Saya tak tahu sebab diceraikan, Adibah akui sudah berusaha pertahan rumahtangga dibina 28 tahun. Ajal maut jodoh pertemuan semuanya sudah tertulis sejak di luh mahfuz lagi. Dengan siapa kita dijodohkan, dengan siapa kita sehidup semati juga adalah aturan Allah dalam kehidupan manusia.
Manusia itu hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Namun sebenarnya agak berat untuk menerima kenyataan bila rumahtangga dengan wujudnya insan lain di hati pasangan kita.
“Saya Tak Tahu Sebab Diceraikan”
Inilah yang dilalui oleh Adibah Abdul Mutalib, bekas madu kepada pelakon Miera Liyana yang perceraiannya bersama suami, Rosland Othman, 50 mendapat perhatian beberapa hari lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Adibah berkata, dia reda dengan perceraian dilaluinya itu walaupun jauh di lubuk hatinya dia masih tertanya kesilapan apa sudah dilakukan terhadap bekas suami sehingga diceraikan.
Banyak laporan berita berkaitan perceraian itu dikongsikan, termasuk video Adibah yang ditemubual media ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Adibah berkata, dia reda dengan perceraian dilaluinya itu walaupun jauh di lubuk hatinya dia masih tertanya-tanya kesilapan apa sudah dilakukan terhadap bekas suami sehingga diceraikan.
“Saya sudah reda dengan keputusan perceraian ini kerana sudah berusaha untuk cuba mempertahankan rumah tangga dibina selama 28 tahun. Tapi, kesudahannya begini dan Allah Maha Tahu.
“Saya percaya Allah juga mahu memberikan yang terbaik untuk saya dengan semua yang berlaku ini walaupun saya tidak tahu apa kesalahan diri yang sebenarnya hingga membawa perceraian,” katanya.
Adibah Akui Sudah Berusaha Pertahan Rumahtangga Dibina 28 Tahun
Adibah yang ingin terus melangkah membina kehidupan baharu berkata, dia sedar perlu kuat semangat untuk bangkit semula.
Katanya, dia bersyukur banyak mendapat sokongan positif daripada anak-anak, keluarga dan kenalan rapat yang sentiasa bersamanya.
Khamis lalu, Adibah sah diceraikan talak satu oleh suaminya juga ahli perniagaan, Rosland di hadapan hakim Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 sudah hidup bersama selama 28 tahun dan dikurniakan lima anak perempuan berusia 11 hingga 26 tahun.
Pada 7 April lalu, Rosland memfailkan cerai terhadap Adibah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Bagaimanapun, Adibah menolak permohonan cerai difailkan Rosland itu kerana masih sayang dan mahu menyelamatkan perkahwinan yang sudah lama mereka bina.
Justeru, mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian berkenaan.
Pada Julai 2020, Rosland berkahwin kali kedua dengan Miera Leyana. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
Biar pun ada larangan merokok di tempat makan, namun masih ada segelintir pelanggan merokok yang buat-buat lupa. Macam tiada rasa bersalah pula bila asap itu berterbangan ke meja bersebelahan.
Kejadian yang disaksikan sendiri oleh Eddie Dieana ini sedikit lucu juga untuk dikisahkan. Bila mana, ayah ini menegur pelanggan yang merokok di kedai makan.
Namun, tegurannya mendapat balasan acuh tak acuh saja. Sehinggalah ayah itu membuat tindakan balas yang di luar jangkaan sesiapa pun.
Bersarapan Di Kedai Makan Dengan Isteri Dan Anak-anak
Pagi tadi saya bawa isteri dan anak-anak bersarapan di kedai makan.
Sedang saya tengah leka menyuap anak-anak makan. Saya dapati orang bersebelahan meja dengan saya menyalakan rokok.
Mujur angin datang dari arah belakang saya. Jadi asap rokok tu tak menghala ke arah isteri dan anak-anak saya. Tetapi menghala ke meja makan di sebelah sana.
Saya lihat abang di meja makan yang terkena asap rokok tu bingkas bangun lalu menegur brother di meja sebelah tadi.
“Bro, kalau nak hisap rokok. Boleh isap jauh sikit tak? asap rokok kena dekat anak-anak aku lah.”
Tegur abang tu dengan nada yang agak sopan.
Tapi malangnya brother yg isap rokok tu tidak mengendahkan teguran abang tersebut malah berkata.
“Aku isap rokok dekat meja aku je. Tak ada kaitan pun dengan meja makan kau. Kalau kau tak boleh nak bau, kau pindahlah meja lain”
jawab brother tersebut.
Abang yang menegur tadi hanya terdiam dan menggelengkan kepala tanda tidak puas hati cara brother tadi jawab.
Tak lama berselang, nampak abang tadi bangun semula. Tapi beliau tak menghala ke brother yang isap rokok tu. Sebaliknya beliau pergi ke arah anak beliau.
Dalam hati saya terfikir. “Agaknya dia nak amek anak dia pindah tempat lain lah kot.”
Abang tersebut dua 3 kali tinjau ke arah pampers anak perempuan beliau.
Ingatkan apalah yang dia nak buat.
Rupanya dia bukak pampers anak dia yang penuh taik tadi. Dia biar terbuka dekat atas meja makan.
Saya tengok brother yang isap rokok tadi tersembur air dari mulut dia.
“Huish, selekeh. Taik pun letak atas meja.”
“Ini meja makan aku. Tak ada kaitan dengan meja kau. Kalau kau tak boleh tengok kau pindah meja lain.” jawab abang tersebut.
Akhirnya Pelanggan Merokok Pindah Ke Meja Lain
Brother yang isap rokok tadi terus ambil air dan nasi goreng dia dan pindah ke meja paling hujung dalam kedai makan tu sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Saya yang menyaksikan kejadian tu hanya mampu tersenyum. Tanda setuju dengan tindakan abang yang buka pampers tu.
“Hahahahahha”
Lawak apa lah yg diorang berdua buat pagi-pagi ni.
Tindakan abang tu betul-betul di luar jangkaan saya. Saya jangka abang tu akan bawa isteri dan anak-anak dia pindah meja. Rupanya beliau buat 1 tindakan bijak untuk balas dendam terhadap brother tu tadi.
Mingguan Wanita : Kadangkala bila teguran secara halus tak jalan, bila ‘main’ kasar macam ayah itu buat barulah nak sedar.
“Doakan saya agar diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab” begitulah luahan Nelydia Senrose yang mengakui dirinya yang masih baru dalam penghijrahan memohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku.
Akui Nelydia bukannya sesuatu yang mudah untuk terus kekal istiqamah.
“Doakan Saya Agar Diberikan Iman Yang Kuat Untuk Kekal Berhijab”
Nelydia dan suami yang baru pulang dari mengerjakan ibadah haji turut berasa kecewa apabila dirinya tidak konsisten dalam pemakaian hijab.
“Kalau orang lain kecewa, saya lebih kecewa dengan diri sendiri.
“Doakan agar saya diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab. Selama ini pun memang saya mencari sesuatu yang tidak lengkap dalam diri,” ujarnya.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Nelydia juga akui sebagai insan biasa dia turut mempunyai kelemahan diri.
“Saya sedar yang saya tidak sepatutnya buat macam itu, tapi saya hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan diri.
“Sebagai manusia adakalanya iman kita ada turun dan naik. Ia bukan satu perkara yang mudah bagi seseorang yang baru berhijab untuk kekal istiqamah.
Teguh Dengan Pendirian
“Saya percaya apa yang dilakukan (berhijab) ini adalah yang terbaik. Cuma saya perlu teguh dengan pendirian ini. Insya-Allah dan doakan saya menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari,” ungkapnya.
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...