Sumber/Sumber Foto :  Instagram Bonda Rozita Ibrahim

“Yati jaga arwah mak 24 jam tanpa henti, kemuliaan dia buat saya malu” begitulah luahan ibu kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri, Bonda Rozita Ibrahim apabila terkenangkan betapa besarnya pengorbanan pekerjanya yang berasal dari negara seberang, Indonesia bernama Yati.

Mempunyai pembantu rumah sememangnya amat mengurangkan beban ketika seseorang atau sesuatu keluarga itu sibuk bekerja dan menguruskan banyak perkara. Namun bukannya mudah untuk mendapat pekerja yang rajin dan setia.

“Yati Jaga Arwah Mak 24 Jam Tanpa Henti”

Meluahkan rasa tentang pembantu rumah, Bonda Rozita begitu sebak apabila terpaksa berpisah dengan pekerjanya yang banyak berjasa.

Apatah lagi wanita yang bernama Yati itu telah menjaga arwah ibu Bonda Rozita dengan baik. Sebagai majikan Bonda Rozita berasa sangat bersyukur dan akui Yati menjaga arwah ibunya lebih baik berbanding dirinya. Segala luahannya adalah sebagai iktibar, dimana sebagai insan kita perlu hormat menghormati tanpa mengira status diri.

“Yati Jaga Arwah Mak 24 Jam Tanpa Henti, Kemuliaan Dia Buat Saya Malu” Bonda Rozita “Yati Jaga Arwah Mak 24 Jam Tanpa Henti, Kemuliaan Dia Buat Saya Malu” Bonda Rozita

“Kemuliaan Dia Buat Saya Rasa Malu”

“Sekadar Iktibar saja sy up..!!  Semua orang ingin kehidupan yang baik – kita majikan juga mahu kehidupan yang baik ..!!

“Mereka orang miskin yang setia & baik hargailah moment terakhir dengan sedekah!!

“Yati jaga arwah Mak saya 24 jam tanpa henti ..!! Mandi makan basuh berak , usap Mak sy sebelum tidur ..!! Sedangkan saya tak buat begitu pada Mak saya ..!! Kemuliaan dia menjaga Mak saya sangat buat saya malu.

“Saya sayang semua pekerja saya walau Indon & melayu – lebih2 lagi yang banyak jasa , berbuat baik dlm pekerjaan – saya suka menguji kesetiaan pekerja ..!!

Ads

“Yati ni semua dia nak pakaikan saya – butang baju , kasut kalau boleh sependa pun dia nak pakaikan “ dia sayang sy kerana dia tak pernah ada ibu sejak kecil – umur dia sebaya KRI “ dia tak sedar yang rakam – saya pakai mic – Tiga hari sebelum balik dia dah nangis hari-hari

“Pekerja adalah jiwa & keperluan yang utama dalam life saya – nili sayang , setia, amanah , team work adalah senjata kejayaan dlm rumah sampai keluar rumah,” kongsi Bonda yang berasa indah bila kita disayangi dan menyayangi orang.

Mereka Setia & Baik

Bonda Rozita juga menyatakan sebagai manusia biasa dia akan menyayangi mereka yang berbuat baik dengan dirinya.

“Yang terbaik, bila hilang kosong jiwa bonda , siapa pun dia status asal makhluk, saya akan sayang kod yang berbuat baik!!

“Meskipun sejak buat rumah hutan Pekerja Indonesia saya rugi berjuta sebab bayar agen & buat permit, mereka tak setia , kabur atau selingkuh banyak tingkah susah uruskan mereka dibandingkan Melayu

“Biarlah mereka, tapi saya kenang jasa mereka yang lain, kerana Mereka yg terbaik itu “kami saling memerlukan” masih ramai kenang budi baik saya ..kami saling membalas budi..!!

Ads

“Tanpa mereka saya tak boleh kerja sejauh ini – Rumah hutan ni diterokai bersama Orang Indonesia yang setia dengan bonda.

“Masuk , lari , tu biasa bagi bonda berjiwa kebal .. Saya tak pernah tunjuk di media apa saya bagi pada staf Indon & Melayu ..!! Tak nak jadi fitnah!!” sambung Bonda Rozita.

“Yati Jaga Arwah Mak 24 Jam Tanpa Henti, Kemuliaan Dia Buat Saya Malu” Bonda Rozita

“Keikhlasan Bonda Dengan Staff Memang Terbaik” Netizen

Menerusi ruangan komen ramai netizen yang memberikan maklum balas yang baik. Malah ramai yang kagum dengan keikhlasan Bonda Rozita melayan staff nya.

“Yati Jaga Arwah Mak 24 Jam Tanpa Henti, Kemuliaan Dia Buat Saya Malu” Bonda Rozita “Yati Jaga Arwah Mak 24 Jam Tanpa Henti, Kemuliaan Dia Buat Saya Malu” Bonda Rozita “Yati Jaga Arwah Mak 24 Jam Tanpa Henti, Kemuliaan Dia Buat Saya Malu” Bonda Rozita

Baca Disini : “Saya Bercerai Dengan Ayahnya Tak Memisahkan Anak Anak..” Rozita Ibrahim

Ads

“Senyum & Sebak Lalui Saat Ni Melihat Anak Perempuan Kami Yang Baik Budi Bertarung Sakit” Bonda Rozita Ibrahim

Baca Sini : “Tak Semua Orang Miskin Meminta-Minta, Ayat ‘Malas’ Tak Sesuai Digunakan” Bonda Rozita

Mingguan Wanita : Tabik dengan sikap Bonda Rozita yang pemurah.

Sumber/Sumber Foto :  Instagram Bonda Rozita Ibrahim

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI