Yang Terkesan Wabak Covid-19, Dibenarkan Tangguh Bayar Bulanan Bank Sehingga 6 Bulan

Share

Anda yang terkesan wabak Covic-19, melalui Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020, dibenarkan untuk membuat penangguhan bayaran bulanan dengan pihak bank sehingga 6 bulan.

Bagi pekerja bermajikan, gaji selama tempoh dua minggu tidak bekerja itu dibayar sepenuhnya oleh majikan (wajib), bagaimana pula dengan para peniaga yang bekerja sendiri. Dan masih menanggung hutang setiap bulan dengan institusi perbankan.

Justeru, perlaksanaan program ‘financial relief’ yang disepakati oleh bank-bank utama di Malaysia ini adalah satu berita yang melegakan hati semua. Lelaki ini, BroOhsem, Akhtar Syamir

membuat inisiatif menghubungi bank RHB dan CIMB dan berkongsi infonya

Katanya, “Setakat ini Bank-Bank utama di Malaysia sudah mula buat program “financial relief” untuk pelanggan yang terkesan dengan masalah COVID 19 sekarang.”

Antaranya membenarkan penangguhan bayaran bulanan sehingga 6 bulan untuk yang ada masalah gaji dan yang perniagaannya terjejas disebabkan wabak COVID 19.”

Ini memang satu inisiatif yang bagus. Memang membantu tatkala ramai pekerja yang tak dapat bekerja, peniaga-peniags yang kehilangan mata pencarian dan lain-lain lagi.”

Mana nak fikir kelangsungan hidup sekarang dan bayaran bulanan masa depan lagi. Sila hubungi talian bantuan bank masing-masing untuk pertanyaan lanjut.

Maybank : 1300886688
CIMB : 0362047788
Ambank : 0321788888
RHB : 039206 8118
Bank Rakyat : 1300805454
Public Bank : 1800225555
Affin Bank : 1800883883

Ini Yang Perlu Disediakan, Untuk Bank RHB Dan CIMB

Update :

1. Saya dah call RHB, mereka minta saya email customer.advocacy@rhbgroup.com. Kemudian, sertakan :
– Nama
– No. Kad Pengenalan
– No. Telefon
– Email
– Jenis Pinjaman

  • Perlu ada dokumen tambahan seperti surat majikan yang mengatakan anda perlu cuti tanpa gaji / tolak gaji dan lain-lain.
  • Untuk yang bekerja sendiri, sertakan sijil SSM dan bank statement 3 bulan.
  • Mereka akan menilai permohonan dan membalas email dalan 3 hari bekerja.

2. Saya dah call CIMB, mereka maklumkan financial relief hanya untuk yang dijangkiti dan yang ada masalah dengan gaji serta yang perniagaan tak berjalan buat yang bekerja sendiri. Perlu dapatkan borang di cawangan terdekat (kurang bijak) dan mereka akan pertimbangkan. Kena ada surat permohonan dan surat pengesahan dari majikan.

Apa pendapat korang? Perlu ke tak? Saya rasa sangat-sangat perlu.

Share post ni supaya semua orang tahu.

Keratan Akhbar Penangguhan Pembayaran..

 

MW : Saat-saat diuji pandemik Caovid-19 begini, keprihatinan sesama insan itulah yang paling mahal harganya.

Baca sini : COVID-19 : Pertama kali China tiada kes jangkitan baru, hantar bantuan ke Malaysia

Sumber/Foto : Akhtar Syamir, yang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa. Dan berkongsi info di Supergroup Telegram BroOhsem Fans http://t.me/broohsemfans

Published by
Netty Ah Hiyer