Macam-macam cara nak bercuti ke Langkawi. Ada yang naik kapal terbang, kereta dan bas. Wanita ini berkongsi pengalaman ke Langkawi naik tren ETS Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dengan anak kecilnya. Bagi anda yang nak merasa perjalanan advanture begini boleh bawa anak-anak naik tren ETS (Perkhidmatan Tren Elektrik) sementara cuti sekolah masih berbaki.
Kata Hidayah Ismail dalam status facebooknya, “Mama Harraz Adriey share serbs sedikit pergi Langkawi naik ETS. Untuk yang ada anak-anak tu kena try bawa naik ETS. Seronok sangat-sangat.
“Insya Allah next year daddy bawa semua pergi lagi. Nak pergi semua tempat pula lepas ini.”
Bila dah sampai Langkawi, jangan lupa melawat tempat-tempat menarik terutama keliling pulaunya yang cantik itu. Wanita ini juga kongsikan destinasi yang mereka pergi dan cenderahati yang sempat di bawa pulang.
Beli tiket ETS dari KL Sentral ke Arau (RM73 Dewasa) * Ini harga tiket sehala
Beli tiket sebulan awal (Lagi awal lagi bagus)
Jangan lupa beli tiket pergi dan balik. * Wanita ini beli tiket di kaunter ETS. Anda juga boleh layari KTM Online untuk info lanjut berkenaan jadual perjalanan dan senarai tambang tren ETS.
Ada 3 jenis tempat duduk.
Kalau nak selesa masa membeli tiket, minta seat menghadap arah pergi.
Ada seat yang menghadap berdepan. Dekat bawah kerusi pula ada plag.
Harraz Adriey seronok sangat.
Ambil teksi pergi ke jeti Kuala Perlis dalam 30 minit (RM26 1 teksi) dekat situ ade tempat teksi.
Naik feri dari jeti Kuala Perlis turun ke Langkawi dalam 1 jam 15 minit (RM18 dewasa)
Korang boleh sewa kereta dekat sini. Macam-macam kereta ada
Harraz dengan Mama nak pergi pulau
Sampai di Beras Basah Island
Cantik sangat-sangat air dekat sini.
Korang boleh mandi (kalau bawa anak-anak, bawa baju untuk tukar)
Dekat sini korang boleh tengok helang banyak makan kulit ayam.
Harraz mandi.
Tasik Dayang Bunting. Sampai juga akhirnya. Mendaki bawa Harraz Adriey
Beli cenderahati untuk kenangan Mama & Harraz (lupa nak beritahu gambar ni RM10 je tau)
Siapa yang rasa malam-malam tu tak nak pergi tempat shopping. Pergi la sini bawa anak-anak. Macam-macam ada kat sini.
Dekat sini ada kedai-kedai jual cenderahati & pakaian. Kat sini kira murah-murah juga. Tak sempat pergi Beras Terbakar. Orang kata kat situ murah-murah juga cenderahati & pakaian.
Dia dah tak sabar nak turun.
Dari segi harga coklat & pinggan mangkuk korang kena tengok dekat Coco Valley @ Haji Ismail Group * Ada juga netizen yang kongsikan di Idaman Suri pun boleh dapat harga murah.
Tempat wajib singgah beli minyak gamat. Macam-macam jenis minyak korang boleh beli kat sini.
Tak beli banyak pun. Ni je dapat beli.
Banyak tempat penginapan murah kalau korang booking dari awal. Boleh try kat sini Travelog.com untuk harga yang murah.
Naik feri nak balik. Beli ticket feri awal-awal tau (RM18 dewasa)
Harraz main lari-lari dalam feri.
Selamat sampai di jeti Kuala Perlis dalam 1 jam 15 minit.
Pastikan korang keluar awal dari sini sebab selalunya feri ada problem lambat.
Ambil teksi pergi ke Arau (RM26).
Alhamdulillah! Yeyyy dah sampai KL Sentral. Perjalanan dalam 5 jam.
Macam kitaorang tiket ETS pukul 5.15 petang.
Pukul 2 naik feri bertolak dari Langkawi (pastikan korang jangan lambat sebab feri selalu problem datang lmbt) takut korang lambat sampai ke KTM Arau)
Naik teksi pukul 4.00 petang sampai KTM Arau 4.30 petang. Sempat beli makanan & minuman sikit dekat KTM.
Pukul 10 malam selamat sampai KL Sentral (simpan tiket balik baik-baik) Tiket balik naik tren ETS RM73.
Sumber/Foto : Facebook Hidayah Ismail