Yang Kuat Tu Awak, Kasihan Isteri Ni, Penat Bersalin Tadi..

Share

Bukan semua tapi ada sesetengah suami tetap merasakan yang isterinya KUAT walaupun selepas melalui episod pertarungan nyawa di dalam bilik bersalin. Dan kerana perasaan kuat menyatakan KUATnya isteri buatkan suami ‘take for granted’. Tak sedar betapa penat bersalin yang isteri rasai belum lagi hilang.

Baca luahan cerita benar yang berlaku pada Al Irfan Jani ketika mengambil isterinya yang baru saja melahirkan cahayamata mereka. Moga para suami terbuka hati dan mahu ambil ikhtibar.

Tak Apa, Kuat Lagi Ni..

Sewaktu mengiring isteriku keluar dari wad bersalin bersama bayinya, kami ditemani Abah dan ibuku Ama. Sambil menunggu di salah satu dari empat pintu lif, di belakang kami, datang seorang suami bersama isterinya.

Si isteri itu mengendong bayi yang baru dilahirkan. Perlahan-lahan si ibu ni menyusun langkah. Sesekali berhenti sebentar mencuri nafas.

Aduhai, bagaimana tidak aku merasa janggal sekali? Sedang aku pulak sedang menyorong kerusi roda isteriku dengan anak baru kami di pangkunya. Kasihannya kami pada si ibu ini.

Bersama kami menunggu lif, seorang lelaki bertaraf pakcik bagiku, tiba-tiba menegur tiga beranak ini,

Eh…. kenapa awak berjalan kaki ni? Kan ada kerusi roda? Jauh ni…”

Ama yang baru perasan turut menoleh, “Ha, ah. Awak (si suami) boleh turun ke tingkat bawah, tinggalkan IC/Lesen, dan ambilkan kerusi roda di kaunter untuk isteri. Isteri tinggal kejap duduk di sini.”

Sang ibu cuma tersenyum kelat. Jelas raut wajahnya tidak bermaya, letih melahirkan pun masih tersisa lagi.

Suaminya menjawab, “Tak apa, kuat lagi ni.”

Mendengar itu, entah kenapa ibuku begitu ‘fighter’ sekali… “Ehhh… Janganlah cakap macam tu. Yang kuat tu awak. Kesian dia (isteri) ni, penat bersalin tadi.”

Tak apa, ok lagi ni. Dekat je depan tu,” si suami menyambut lagi. Bertambah geram lagi kami bila mendapat respon begitu.

 

Eh Jauh Nak Ke Pintu Bawah Sana..

Pakcik tadi sedikit tinggi suaranya, “EH JAUHHH… JAUHH tau nak ke pintu bawah sana. Memang dekat bagi awak. Jauh bagi isteri tu

…”

Si suami dengan senyum paksa, “Ok je ni, takpe.” Isteri di belakangnya masih senyum kelat dari tadi.

Aku yang turut ‘mendidih’ ni, tiba-tiba nak join sekali, “Tengah hujan ni, bang. Jalan licin tau, bahayaa…”

Mungkin perasan situasi ini semakin ‘tegang’, Abah aku cepat-cepat menyelit,

Dah, dah, takpe. Dah orangnya taknak. Biarlaaa…”

Sekonyong-konyong sepi terus suasana.

Selang beberapa saat, pintu lif pun terbuka. Lalu semua orang pun masuk, membawa sepi bersama.

Phew, walau macam mana pun, kita kena berterima kasih pada Abah. Entah tak tau jadi apa kalau dibiar tegang suasana tadi.

Betutllah kata Abah, itu adalah pilihan dia. Mungkin amat biasa bagi sesetengah orang, untuk memilih jalan payah dalam hidupnya.

Aku sebagai suami, sejujurnya, faham benar kenapa lelaki itu tidak mengambil kerusi roda demi isterinya.

Kerana, aku yang lelaki pun TERCUNGAP-CUNGAP weh nak ambik kerusi roda tu.

Aku Lelaki Yang Tak Lalui 3 Zaman Ini

Diulangi, aku ni lelaki tau. Lelaki yang tidak lalui TIGA ZAMAN INI:

1) YANG TIDAK rasai loya muntah sakit kaki silang urat sembilan purnama macam perempuan masa mengandung

.

2) YANG TIDAK bertarung curi-curi nafas atau dipotong dijahit pada tubuh demi lahirkan nyawa baru bagai ibu yang melahirkan.

3) YANG TIDAK berhencut-hencut menyusui anak ikat perut jaga makan minum tenaga seperti ibu lalui detik-detik berpantangnya.

Aku ni lelaki tau, YANG TIDAK lalui ketiga-tiga zaman ini,

PUN BOLEH TERCUNGAP-CUNGAP nak pergi ambil kerusi roda ni dari tingkat bawah nak bawa naik ke atas?

Ambil kerusi roda tau, benda beroda tu. Aku tak kena pikul pun kat bahu.

Pun boleh tercungap-cungap?

Ko ghase?
Beza tak tercungap-cungap tu,
dengan TIGA ZAMAN tu?

Sumber/Foto : Al Irfan Jani

Published by
Netty Ah Hiyer