Yang kekal hanyalah Allah, selautan manusia hadir untuk solat jenazah isteri Ustaz Farid Ravi. Innalillahiwainnailaihirojiun. Kepada Allah kita datang dan kepadanya kita kembali.

Diuji pemergian insan dicintai sesuatu yang sukar untuk kebanyakan kita menerimanya. Namun tiada yang kekal kecuali Allah taala.

Yang Kekal Hanyalah Allah

Inilah dikongsikan oleh pendakwah terkenal, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi Bin Abdullah petang semalam di fbnya apabila diuji pemergian isteri dicintainya, Datin Hajah Suziana di Hospital Serdang jam 5.40 petang semalam.

Yang Kekal Hanyalah Allah, Selautan Manusia Hadir Untuk Solat Jenazah Isteri  Ustaz Farid Ravi

Yang Kekal Hanyalah Allah, Selautan Manusia Hadir Untuk Solat Jenazah Isteri  Ustaz Farid Ravi

Kongsi Ustaz Ravi, “kepada semua yang mengenali isteri saya mohon doakan kebaikan dan keampunan untuk almarhumah. Juga mohon dimaafkan salah dan silap al-Marhumah sekiranya ada berhutang mohon dihalalkan atau tuntutlah hutang almarhumah daripada saya. Doa saudara dan saudari saya dahului dengan ucapan jazakumullah khairan kathira.

“Perginya insan yang paling mengenali saya dan banyak jasanya. Abang doakan agar Ummi ditempatkan bersama para solihin. Semoga Abah kuat jaga hadiah ummi 6 orang dengan baik. Tenanglah ummi di sana,” tulisnya.

Allahyarhamah Ustazah Datin Hjh. Suziana Binti Mohd. Soyong merupakan seorang guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di SMK Bandar Seri Putra, Selangor, telah berkhidmat lebih kurang 15 tahun. Pemergiannya cukup dirasai dan tak hairanlah dihadiri selautan manusia untuk bersama-sama solat jenazah.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Guru Mengaji, Ustazah Taslimah Meninggal Saat Pimpin Bacaan Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 5

Allahyarham Hafal 30 Juzuk Al-Quran, Bersyahadah Dengan Sempurna Sebelum Dijemput Ilahi

Kebaikan ARWAH Siti Sarah, Ramai Isteri Insaf Bagai ‘Dilempang’ Ke Alam Realiti

Ads

‘Entah Apa Amalannya..’ Isteri Meninggal Tenang Di Atas Riba Suami

Yang Kekal Hanyalah Allah, Selautan Manusia Hadir Untuk Solat Jenazah Isteri  Ustaz Farid Ravi
Ustaz Ravi sebak kehilangan isteri tercinta, tulisnya hanya Allah yang kekal
Yang Kekal Hanyalah Allah, Selautan Manusia Hadir Untuk Solat Jenazah Isteri  Ustaz Farid Ravi
Ramai menyolatkan jenazah arwah Ustazah Hajah Suziana malam semalam
Yang Kekal Hanyalah Allah, Selautan Manusia Hadir Untuk Solat Jenazah Isteri  Ustaz Farid Ravi
Ramai mengucapkan takziah atas ujian kehilangan ini kepada Ustaz Ravi

Selautan Manusia Hadir Untuk Solat Jenazah Isteri Ustaz Farid Ravi

Solat jenazah semalam telah  diimamkan oleh Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir disusuli tahlil ringkas. Selesai solat, ahli kekuarga, rakan-rakan serta masyarakat setempat diberi kesempatan ziarah jenazah.

Subhanallah, Masya allah… menyaksikan lautan manusia yang hadir untuk solat jenazah di Masjid Seri Putra, Bangi. Moga ianya tanda husnul khatimah buat sahabat kami, kongsi Normasayu Mat Resid di fbnya.

Dari perkongsian rakan taulan, dapat dilihat Dr Farid dan keluarga cuba menenangkan anak-anaknya yang menangisi pemergian ibu mereka yang tercinta. Seorang darinya sedang menduduki SPM kala ini.

Sementara itu pendakwah Prof Madya Dr Ustaz Izhar Ariff  memaklumkan, beliau mengenali Ustaz Farid dan isteri pada tahun 2010 di mana kongsinya, ketika ayahnya meninggal dunia pada jam 12 tengah malam, Ustaz Ravi dan keluarga orang pertama sampai.

“Ayah saya cukup suka kepada beliau kerana dia (Farid Ravi) komited kepada al-Quran walaupun dia mualaf. Arwah ayah nak jumpa sangat dia tapi tak sempat.Tak ada rezeki tetapi orang yang solatkan ayah adalah Ustaz Mohd Farid Ravi,” katanya.

Ads

Sebelum menamatkan kuliah, Dr Izhar sempat mengingatkan jemaah supaya menghargai apa yang kita ada.

“Sahabat kita, guru kita kehilangan isteri tercinta. Saya tahu betapa sayangnya Ustaz Farid kepada isterinya,” katanya dalam keadaan sebak sambil mengingatkan bahawa tiada yang kekal. Isteri kita, diri kita, anak-anak kita akhirnya akan pergi.

Justeru pada masa yang sama beliau berharap jemaah terus mendekatkan diri dengan masjid dan surau kerana jemaah itulah kawan-kawan yang pada satu hari nanti, akan bersama solat jenazah, mendoakan kita.

“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Ads

Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.

Yang Kekal Hanyalah Allah, Selautan Manusia Hadir Untuk Solat Jenazah Isteri  Ustaz Farid Ravi

 

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI