Asyik nak guna ayat ‘itu kerja isteri’, habis apa yang golongan suami boleh buat? Zaman sekarang ini, isteri pun cari duit sama ya. Jangan sedap balik rumah, kritik isteri pemalas!
Cuba ringankan tulang dan buat mana yang patut, mana yang tak siap lagi suami kena lah selesaikan. In shaa Allah rumahtangga itu tidak akan kelat.
Dan rasanya mak-mak cukup setuju dengan pandangan saudara Firdaus Shakirin kali ini, jemput hadam.
Itu Kerja Isteri?
“Sebelum nak jadi suami, tanya diri sendiri, dah bersediakah kita JIKA…”
Kita balik setelah seharian bekerja, buka pintu rumah tapi isteri tak sempat nak masak sebab anak buat perangai, anak merap, nak melekat berdukung je dengan isteri sampai dia tak boleh nak buat kerja.
Ads
Baju bertimbun dalam bakul, rumah bersepah dengan mainan, anak-anak yang lain tak mandi lagi.
Adakah kita mampu mempamerkan senyuman lalu terus ke dapur untuk memasak atau keluar membeli dan membungkus makanan?
Adakah kita akan menyinsing lengan baju kita lalu memandikan anak-anak kita?
Ads
Adakah kita akan mengemas rumah, mengutip satu persatu mainan anak-anak kita dan meletakkan ditempat yang sepatutnya?
Adakah kita akan membasuh baju dan menggantungkannya diampaian? Adakah kita akan melipat pakaian-pakaian yang telah siap dicuci?
Atau kita biarkan sahaja dengan menganggap bahawa itu adalah kerja isteri? Nanti dia dah free, baru dia buat? Atau kita tanya isteri…
Ads
“Kenapa tak masak lagi, kenapa tak kemas rumah lagi, kenapa baju-baju tak basuh lagi, kenapa anak-anak tak mandi lagi, apa yang awak buat kat rumah hari ini?”
Buatlah Sama-sama
Jika kita tidak bersedia untuk bersama-sama “berperang” menguruskan rumahtangga, menguruskan anak-anak, maka JANGAN KAWIN LAGI. Sebab hanya orang yang tahu apa itu tanggungjawab, apa itu tolak ansur, apa itu keperluan untuk saling memahami dan melengkapi sahaja yang layak untuk MENDIRIKAN RUMAHTANGGA dan rumahtangga yang didirikannya insyaAllah akan bahagia.
Yang dah SET dalam otak, itu kerja isteri, itu dia kena buat sendiri, segala serbi letak atas bahu isteri, biar dia tanggung dan hadap sendiri, maka TOLONG KEKAL MEMBUJANG.
Jangan kahwin… awak tak sesuai untuk “hidup” dalam alam rumahtangga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami selalu minta layanan macam raja, tapi ada tak layan isteri macam puteri raja. Ramai suami berharap isteri melayan dirinya macam raja. Bukan sekadar jaga makan minum, pakai malah serba serbi mesti tip top.
Suami Selalu Minta Layanan Macam Raja
Bagaimanapun sedarkah suami, jika mahu dilayan sebegitu sebenarnya suami itu dulu kenalah layan isterinya macam puteri raja. Barulah isteri seronok, ikhlas dan tak berkira pun nak melayan suaminya kelas terbaik bak raja.
Ini kisah benar yang dikongsikan Eddie Diena. Tentang sepasang suami isteri yang sudah 35 tahun berkahwin, tapi hubungannya macam baru jatuh cinta.
Gelagat Suami Isteri Berebut Nak Belikan Makanan
Tadi saya luangkan masa jumpa kawan lama. Sedang rancak berbual di kedai makan. Datang sepasang suami isteri berumur lingkungan 50an. Mereka jalan berpimpin tangan lalu menyapa kami.
“Adik, meja ni ada orang tak?”
“Tak ada orang pakcik.” jawab kawan saya kepada pakcik tersebut.
Tak lama berselang.
Pakcik tu pun berkata kepada isterinya.
“Sayang, awak duduk dulu. Cop meja, nanti orang lain ambil pulak. Orang tengah ramai ni.”
“Eh, tak apa bang. Biar saya yang pergi beli. Abang yg duduk.” jawab isteri pakcik tu sambil tersenyum.
“Eh, tak apalah. Biar saya pergi beli, awak tu rehat. Nanti darah naik pulak.”
“Tak apa, saya dah biasa. Biar saya buat semua. Kalau awak tak nak dengar cakap nanti saya merajuk.”
“Okay okay, saya kalah. Dah awak pergi beli.nSaya tunggu sini.” Sambil tersenyum kearah kami berdua.
Rahsia Isteri Layan Suami Macam Raja
Saya dan kawan saya tersenyum melihat gelagat pakcik tu suami isteri yang berebut nak belikan makanan. Nampak romantik walau sudah tua.
Saat isteri pakcik tu sudah pergi meninggalkan meja.
Kawan saya tadi tu beranikan diri untuk menyapa pakcik tu.
“Kamu dah berkahwin?” soal pakcik tu.
“Sudah pakcik” jawab kawan saya.
“Isteri kamu layan kamu macam raja tak?”
“Tak pakcik, dia layan biasa biasa je.”
“Habis tu kamu layan dia macam puteri raja tak?”
“Tak jugak pakcik. Saya layan dia biasa biasa aje.”
“Oh, okay. Ni pakcik share 1 tips. Pakcik pun baru je berumah tangga. Tak adalah expert mana pun. Adalah lebih kurang 35 tahun kahwin dan baru je ada 6 anak dan 2 cucu.”
Kawan saya tersenyum dengar sambil berkata.
“35 tahun kahwin pakcik cakap baru?”
“Yelah, bagi pakcik macam baru sebab perasaan tu masih sama macam dul-dulu.”
jawab pakcik tu.
“Oh, okay pakcik. Barulah saya faham. Apa tipnya?”
Tapi Ada Tak Layan Isteri Macam Puteri Raja
“Kalau kamu nak isteri kamu ni layan kamu macam raja. Pertama sekali diri kamu yang nak kena layan dia macam puteri raja dulu.”
Nak dia hormat kamu, kamu jugak kena hormat kepada dia dulu. Jangan berkasar dengan dia dan kena saling bertolak ansur dalam semua perkara.
Kalau kamu layan dia endah tak endah. Dia pun akan balas apa yang kamu buat pada dia. Sebab isteri kita ni kita yang didik. Kita yang bentuk dia. Baik layanan kita terhadap dia. Baiklah layanan dia kepada kita.
Kalau dari awal kita tunjuk contoh yg baik pada dia. InshaAllah, dia jugak akan menjadi baik. Kalau tak percaya. Adik boleh cuba dekat rumah tangga adik nanti.
Belajar Hormat Orang Lain Dulu
Begitu jugak kalau kita jadi ketua di tempat kerja. Kalau nak orang bawahan hormat kepada kita. Kita terlebih dahulu kena tunjuk yang kita hormat kepada mereka. Barulah semua pekerja akan ikhlas melakukan kerja.
Sebab dalam kehidupan seharian kita ini, kita tak boleh nak harapkan orang layan kita baik-baik kalau kita sendiri tak layan orang tu baik-baik. Bak kata orang putih.
Tak lama lepas tu isteri pakcik tu pun sampai di meja makan. Kami pun tak berani nak tanya apa² lagi dan hanya melihat gelagat pakcik tu dan isterinya.
Tak lama berselang. Kami pun minta diri untuk beredar. Semasa kami hendak bangun dan berlalu pergi.
Sempat pakcik itu berkata.
“Jangan lupa cuba pesan pakcik” Sambil menyuap makanan ke arah mulut isterinya.
Sepanjang perjalanan saya cuba untuk ingat segala kata² pakcik tadi untuk saya sampaikan kepada yg lain. Sebab bagi saya apa yg pakcik tu sampaikan sangat jelas dan saya bersetuju dengan pendapat pakcik tu.
Kalau kita nak orang hargai kita. Kita terlebih dahulu perlu menghargai pasangan kita.
Renung-renungkan.
Bila bulan Ramadan, ramai isteri rasa cemburu dengan suami sendiri. Dia mampu pergi jemaah di masjid, kita jaga anak. Kita masak, dia makan. Kita berperang dengan anak, dia ada peluang mengaji.
Padahal isteri pun dapat pahala dalam tak sedar. Macam yang Puan NurulAa Mustofa tuliskan ini, punyalah banyak pahala bulan Ramadan yang mak-mak dah buat. Cuma tak perasan dek kesibukan uruskan anak-anak.
Nah, cuba hadam kejap.
Bulan Ramadan VS Supermoms
Asyik awak je nak pahala, saya nak jugak!
Haaaa kalau siapa yang rasa macam ni angkat tangan! Setiap bulan puasa saya akan rasa macam ni. Mana taknya, the house chores seem have no mercy on me.
Sakitnya hati kalau time kita balik kerja, berebut-rebut nak masak untuk berbuka, tapi husband tengah best mengaji kat depan. Kadang-kadang sengaja hati ni dengki, mintak tolong itu ini sebab tak nak bagi dia potong kita!
Tapi sebab pahala tu tak nampak, kita kadang-kadang lupa bahawa sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, maka baginya pahala sama seperti orang yang berpuasa malah tidak akan berkurang pahalanya walau sedikit pun. Nampak macam buang masa aje preparing food for iftar kan? Lebih baik mengaji. Jangan lupa, Allah tu Maha Penyayang. And just one more thing, ikhlas, please come to me!
Cemburu Dengan Suami Sendiri
Sakit hati juga bila lepas berbuka puasa, solat maghrib, kita berebut nak tengok anak-anak makan, anak-anak mandi, tapi husband dah siap-siap nak pergi solat isyak dan tarawikh. Itu belum cerita bab tadarus yang habis lewat. To be honest, ada jugak kadang-kadang terrr tarik muka sebab terrr detik dalam hati, haaaa nak mengelat jaga anak-anak laa tu! (Oh em gee! Me is soooo evil) Bukan apa, teringat betapa meriahnya solat tarawikh yang setahun hanya sekali, nak-nak kalau dengar dari rumah, orang tengah selawat di antara solat tarawikh tu. Syahdu okay! And me? Kat rumah aje. Sobs.
Tapi sebab pahala tu tak nampak, kita lupa yang menunaikan hak anak-anak pun dapat ganjaran yang besar. Jangan lupa, masa bulan Ramadan ni ganjaran berganda-ganda. Bayangkan kalau kita tengah penat, anak-anak ajak main, ada yang meragam, time tu pulak mata ni dok melekat kat timbunan kain baju yg belum lipat. Kalau kita tunaikan hak anak-anak, selesaikan kerja rumah, berganda-ganda pahala kita dapat. Ingat Allah tak tahu ke kita penat? Senyum. And again, ikhlas, please come to me bebeh!
Apart from the list, kita supermak ni kena pandai curi masa.
Sebelum tidur, curi masa sikit untuk mengaji. Lepas solat fardhu, curi masa sikit unutk solat sunat. Tak pun time anak-anak tengah minum susu, time anak-anak dah kenyang tergolek-golek atas tilam. Jangan lupa, Allah tak pandang pada kuantiti, tapi pada kualiti.
Suami Kena Pandai Hargai Isteri
And to superdads, sebab pahala tu tak nampak, jadik tolong ingatkan isteri anda. Bukan susah pun, they just need compliments.
Time tengah bukak puasa, bisik kat dia, banyak pahala awak sediakan makanan untuk orang berbuka. Dah laa sedap!
Thanks awak tolong jagakan anak-anak time saya solat. Semoga Allah kurniakan pahala yang banyak untuk awak.
Ataupun lepas balik solat, cepat-cepat tengokkan anak-anak. Main dengan anak-anak, so the tired wife boleh lah tunaikan hak untuk diri mereka pulak.
Try lah. Konfem isteri ni sengih sampai telinga because it works for me.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Macam-macam isu yang viral pasal bawa anak-anak pergi beraya, ada pecah TV, kucing mati dan terbaru semua ikan dalam kolam mati sebab ditabur dengan makanan ikan yang banyak melampau.
Hah, kalau dah jadi nak salahkan siapa ya? Tetap nak kata anak-anak itu memang fitrah bermain atau kita boleh fokus kepada isu mak ayah yang patut mainakan peranan kalau bawa anak beraya rumah orang. Ini yang masih panas di laman media sosial.
Tak tuju kepada anak-anak yang jenis hiperaktif tetapi isu ini patut direnungkan seketika untuk elak daripada kejadian seperti ini berulang lagi dan lagi!
Nak tahu kes ikan mati secara berjemaah itu, jemput baca perkongsian daripada saudara Aman Mokhtar ini…
Tular Kes Ikan Mati Dalam Kolam
Sebelum ini heboh pasal anak kucing mati kena rendam dalam air dan tv plasma tuan ruman jatuh dan pecah. Dua-dua pasal kes datang beraya bawa anak-anak yang hyperactive tapi tak pantau.
And now 1 of my friend on IG ikan-ikan dalam kolam dia banyak mati sebab kes yg sama, bawa anak datang beraya tak pantau jaga. Ini kes tabur sebalang makan kat ikan mcm tu je pastu ikan tak makan dan effect kat air kolam. Esoknya 20 ekor semua terapung mati.
Tegurnya lagi, tak salah bawa anak-anak kecil beraya rumah orang tetapi janganlah sampai terlepas pandang pantau anak sedang buat apa…
Please lah ya yang ada anak-anak kecik tu terutamanya, jaga elok-elok dan pantau seketat yang mungkin. Kalau boleh ikat tangan anak tu dengan tangan sendiri. Nak bawa anak-anak kecil boleh tapi jangan sedap nak penuhkan perut sendiri je pastu membawang rancak sampai anak sendiri tak terpandang perangai kat tempat orang.
Ikan-ikan kolam ni bukan murah nak beli, last gambar tu ikan tu dah ready nak bertelur tapi dah sampai ajal. Kesian tuan rumah, lain kali kalau tau anak tu dah perangai buas sangat dan sendiri tak reti nak control, better tinggal jelah anak kat rumah. Jangan nanti menyusahkn orang lain.
Ini datang beraya rumah orang tau, ada adab mengunjung, bukan kat padang bola boleh terkinja-kinja.
“Rumah orang bukan PLAYZONE”!!!
Dari Sudut Pandang Netizen
Apabila tular kes ini semalam, maka ramailah netizen mula meninggalkan komen di status Facebook lelaki tersebut. Ada yang setuju dengan teguran itu dan ada juga sebaliknya.
Apa pun cara mak ayah, pastikan anak-anak terkawal apabila berjalan ke rumah orang ya. Tak kisahlah rumah adik beranak sendiri, teguran patut kena buat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...