Dua tiga hari ini kecoh dengan berita kematian warga emas selepas menikmati hidangan laksa. Sampai ada mak-mak pakat-pakat nak pantang makan laksa. Kenapa pula laksa dipersalahkan?
Dalam posting facebook Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setah, Kedah, Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor menjelaskan perkaitan laksa dan kematian.
“Dua orang mati selepas makan LAKSA. Apa kaitan antara laksa dan kematian? Inilah yang pernah saya tulis mengenai kaitan di antara punca dan akibat (“causal relationship”).”
“Bila berlaku kes kematian akibat makan laksa, adakah semua orang kena PANTANG MAKAN LAKSA? Jawapannya TIDAK sebab punca kematian bukan laksa tetapi pencemar yang ada di dalam laksa.”
Pencemar ini telah menyebabkan keracunan makanan. Keracunan makananlah yang menjadi punca kematian.
“Di antara pencemar yang boleh menyebabkan kematian adalah bakteria, virus, toksin, sebatian kimia (racun serangga dan lain lain) dan logam berat.”
Kesimpulannya, punca masalah adalah PENCEMAR dan akibatnya KEMATIAN. Laksa tidak bersalah jika ianya tidak tercemar. Orang lain tidak perlu pantang makan laksa.
Bakteria Dari Jenis Ganas Akan Cepat Merebak
Dalam posting yang lain pula beliau menjelaskan agar penyakit bawaan makanan ini jangan diambil ringan. Sebab makanan keperluan harian manusia.
Ads
“Manusia mengendalikan makanan dan minuman sepanjang masa, bakteria sangat mudah dipindahkan daripada seorang kepada orang lain, dari satu lokasi ke lokasi lain.”
“Jika bakteria itu daripada jenis yang ganas dan cepat merebak maka kesannya sangat cepat.”
“Sukar untuk mengesan pembawa sebab mereka tidak ada gejala tetapi mereka melepaskan bakteria di dalam najis dan air kencing.”
Elak Jadi Keracunan Makanan, Doktor Pesan Buat 13 Perkara Ini
Sementara kes keracunan makanan masih lagi dikesan dan berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan, maka kalau boleh :
Ads
√ Jangan makan di luar.
√ Inilah masanya kita pakat masak di rumah dan makan di rumah.
√ Beli bahan-bahan mentah secukupnya.
√ Pastikan membasuh makanan sebaik-baiknya dengan air yang dirawat.
√ Elakkan makanan separuh masak.
Ads
√ Simpan makanan mentah pada suhu 0-4 darjah selsius.
√ Jangan campur makanan yang sudah masak dan mentah.
√ Nyahbeku makanan mentah dengan sempurna.
√ Masak makanan dengan sempurna.
√ Masak air hingga mendidih.
√ Jika ada gejala keracunan makanan cepat-cepat jumpa doktor.
√ Minum air dalam botol lebih selamat.
√ Akhir sekali pastikan diri sendiri itu bersih dan bukan pengotor.
“Tanpa AZIZAH Di Sisi, Tidak Mungkin Saya Mampu Menggalas Amanah Yang Cukup Berat Saat Ini”
3 Disember lepas merupakan ulangtahun kelahiran Dato Seri Dr Wan Azizah Ismail ke-70. Ramai yang memberi ucapan dan doa sebagai tanda ingatan buat bekas Timbalan Perdana Menteri Wanita pertama Malaysia ini.
Namun demikian, ucapan Hari Jadi daripada Dato Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini kepada isteri tersayang cukup menyentuh hati.
Ramai mengetahui pengorbanan dan penjalanan getir yang Dr Wan Azizah harus lalui sepanjang 42 tahun pasangan ini mendirikan rumahtangga dan dikurniakan 6 orang cahayamata.
Berikut antara titipan ucapan yang dikongsikan oleh Perdana Menteri buat isteri tersayang;
“Seorang insan, wanita, isteri yang tabah, penyayang dan berbakti. Seorang ibu yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang.”
“Saya sentiasa bersyukur. Tanpa Azizah di sisi, tidak mungkin saya mampu menggalas amanah yang cukup berat saat ini. Saya berdoa agar Azizah sentiasa di bawah lindunganNya.
Happy birthday!
Terdahulu, sempena ulangtahun kelahiran beliau, Dr Wan Azizah ada meminta supaya tidak memberikan sebarang hadiah mahupun cenderahati kepadanya sebaliknya memadai hanya titipan doa dan amal jariah buat beliau.
Mingguan Wanita: Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke-70 buat isteri Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini. Disebalik kejayaan suami, berdirinya seorang isteri yang teguh dan setia di sisi suami.
Bukan sekali kes kepala kena kipas angin, terbaru seorang kanak-kanak lelaki pula jadi mangsa disebabkan seronok bermain.
Macam kita tahu, agak gerun apabila mendengar ungkapan kecederaan di kepala kerana kita yakin dan percaya bahawa kecederaan kepala ialah suatu keadaan yang boleh membawa maut.
Ujian Allah datang dalam berbagai wajah untuk menguji kesabaran hambaNya untuk dekat dengan DIA.
Kejadian Sebelum Kena Kipas Angin
Dan ini salah satunya yang dilalui oleh keluarga waris Pasti Assalam 2017, anak lelaki yang ceria dan lasak naik atas bumbung kereta. Masa itu kipas angin di bumbung tempat parking tengah berpusing kena kepala dia hingga berdarah bersemboq ke dinding dan patah sayap kipas tu.
Dia turun sendiri dari kereta dan dapatkn ibunya yang tengah makan tengahari di dapur.
Syukur alhamdulillah, berminggu di hospital akhirnya kering dan lega dah lukanya terus boleh balik berehat di rumah.
Dia dibekalkan ubat untuk makan di rumah.
Tapi Tak Sangka Sekali Jadinya…
Baru nak baik, mungkin salah ubat atau dia memang alergi dengan ubat tu, lepas makan ubat terus badan dan mulut jadi biji-biji macam campak.
Dibawa ke hosptal kulim dan dihantar ke hospital Penang, dah tak boleh nak makan minum guna mulut. Hanya makan melalui wayar ke hidung.
Sabarlah wahai anak… ibu ayah dan ahli keluarga yang lain doakan kamu.
Bagi Yang Nak Hulur Bantuan
InsyaaAllah anak lelaki ini akan kembali baik, tetapi andai ada yang nak hulurkan bantuan pada keluarga ini seikhlas hati, boleh teruskan niat sebab ayahnya sekadar berniaga ais kiub ke kedai-kedai. Ibunya pula suri rumah.
Nombor untuk hubungi: 0194579386
Semoga diberi kesembuhan kepada anak ini lebih cepat dan segala urusan mak ayahnya dipermudahkan.
Baca kisah ibu tunggal cekal ini, berniaga kuih Keria Gula Melaka Viral Witus sehingga mampu mengubah kehidupannya anak beranak. Perjalanan kehidupan berumah tangga tidak semuanya indah. Tidak pernah putus berdoa agar perkahwinan kekal hingga ke jannah namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Walaupun bercerai namun wanita ini tidak bermasam muka sebaliknya menjalin hubungan baik dengan bekas suami demi anak-anak.
Bagi Noorzaifam Jasmin Samsuri, 32 tahun, indah kehidupan rumah tangganya hanya mampu bertahan lapan tahun sahaja. Dek kerana gurauan dan sekadar mahu menggertak dalam satu perselisihan faham, suami melafazkan talak dan ternyata kisah cinta mereka berakhir kerana tidak boleh merujuk kembali buat selama-lamanya.
Jelas anak kelahiran Kuala Lumpur ini, dia baru lapan bulan membesarkan anak secara sendirian. Kata orang tipu jika tidak sedih ditambah lagi setiap perkahwinan itu ada memorinya tetapi alah bisa tegal biasa, perjalanan kehidupan perlu diteruskan tanpa menoleh ke belakang.
Tuah Keria Viral Witus
Pertemuan dirinya bersama Pengerusi Persatuan Wanita & Ibu Tunggal Nur Iman Kuala Lumpur & Selangor (WITUS), Shiela amat bermakna.
“Bila saya berbual dengan rakan senasib, kami lebih memahami antara satu sama lain. Bila saya mengikuti bengkel dan kursus-kursus yang dianjurkan, saya boleh melupakan masalah-masalah yang menghantui.
“Saya akui jadi lebih bersemangat kerana hidup harus diteruskan. Tak perlu menoleh ke belakang kerana masa saya lebih panjang dengan anak-anak,” katanya yang akan membantu kak Shiela di NGO Witus dengan jualan Keria Gula Melaka Viral Witus.
“Biasa saya akan datang ke persatuan jam 10 pagi hingga ke petang. Hari-hari biasa, ubi keledek yang digunakan mencecah 100 kg untuk jualan. Manakala Sabtu Ahad, ia mencecah 150 ke 180 kg kerana permintaannya cukup tinggi.
“Boleh dikatakan kuih keria viral Witus ini mendapat permintaan tinggi dari penduduk setempat di Batu Caves, Selangor. Isinya lembut dan gebu sebab itu ramai yang suka. Kalau hari biasa, pekerja yang membantu lima orang tetapi hari Sabtu dan Ahad jumlahnya menjadi lapan orang.
“Saya akui kak Shiela banyak memberi kata-kata motivasi malah dia juga menjaga kebajikan setiap ahli berdaftar. Anak-anak juga rapat dengannya malah memanggil dirinya sebagai Ibu. Hujung minggu mereka tak sabar untuk bertemu,” katanya dalam penuh semangat.
Bagi Noorzaifam Jasmin atau mesra disapa Jasmin, dia tidak lagi mahu menoleh ke belakang, seperti katanya, hidup perlu diteruskan dan berkat sokongan ahli keluarga dan persatuan dia lebih kuat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...