Berapa ramai bekas suami dalam dunia ni yang masih ambil peduli perihal keperluan anak-anak selepas bercerai dengan bekas isteri. Masih hulur duit belanja, masih hantar anak-anak ke klinik kalau anak-anak di bawah jagaan bekas isterinya demam.
Lelaki ini, Ariff Ismail juga seorang duda bergelar bapa, tak lepas tanggungjawab ambil tahu perihal anak. Biarpun dia dan bekas isteri dah tak boleh hidup sebumbung.
Masa Bercinta Wangi, Bila Bercerai Busuk
Ajal maut jodoh pertemuan semua atas aturan tuhan. Tak ada lambat atau cepat. Sama juga dengan soal kahwin.
Ada yang bercinta bertahun-tahun tapi baru kahwin setahun dua, cerai. Laut ada pasang ada surut. Langit ada cerah ada gelap.
Alif Aziz & Bella Astilah pun bercerai bro, bukan mereka pinta itu namanya jodoh pertemuan dan perpisahan.
Persoalan yang selalu bila bercerai, mesti akan ada sesetengah pasangan yang jadi musuh. Langsung lupa kisah cinta silam.
Lupa bau kentut pasangan.
Lupa 1000 kebaikan dek kerana 1 kesalahan.
Mula unfollow IG/FB masing-masing, kutuk mengutuk menuding jari antara satu sama lain. Tak bertegur sapa.
Siapa yang jadi mangsa esok?
Anak-anak la mangsa kalau ada zuriat. Sedangkan anak-anak tak terlibat langsung dalam masalah kita dan pasangan.
Ads
Jangan rampas hak kasih sayang anak terhadap ibu ataupun bapa hanya kerana penceraian. Jangan biarkan anak membesar tanpa kasih sayang ibu bapa.
Benda Boleh Bawa Bincang, Buat Apa Nak ’See U In Court’
Bercerita berkenaan pengalaman saya sendiri, perkahwinan yang dibina tenggelam di tengah jalan selepas melayar bahtera selama 2 tahun.
Salah siapa? Itu bukan apa yang perlu dipertikaikan. Setiap dari kita ada kelemahan sendiri.
Namun itu bukan alasan untuk naik turun mahkamah, terpekik terlolong soal tuntutan hak penjagaan anak.
Benda boleh bawak bincang buat apa nak “See u in court.”
Ads
Tak ada siapa yang nak bina gerbang perkahwinan untuk diakhiri dengan penceraian.
6 Tip Jaga Anak Bersama Selepas Bercerai
1. Ketepikan Soal Emosi
Bila penceraian terjadi, Emosi mula mengawal diri kita. Sepatutnya kita yang kena kawal emosi dengan lebih memikirkan soal penjagaan anak, kononnya mana yang anak-anak nak ikut itulah ibu atau bapa yang terbaik.
Kalau kita mula layan emosi, ini akan mengakibatkan pergaduhan atau perbalahan bersama bekas pasangan.
2. Musyawarah/Berbincang
Dalam Islam kita digalakkan untuk bermusyawarah dalam setiap perkara yang kita hendak lakukan.
Soal penjagaan anak elok bincang bersama tanpa ada campur tangan pihak ketiga. Nescaya akan ada campur tangan orang lain kalau kita melibatkan orang lain dalam masalah kita.
Ads
3. Ambil Tahu Hal Anak
Jangan lepas tangan bila kita gagal dalam hak penjagaan anak. Sentiasa ambil berat soal anak.
Zaman dah canggih bro, boleh call, video call anak-anak supaya mereka sentiasa rasa kita ada dan ambil berat tentang mereka.
4. Bahagi Masa Bersama ( Give & Take )
Ini perkara paling penting, jangan langsung tak ada masa bersama anak. Kalau anak bersama bekas pasangan kita, luangkan masa kita untuk keluar bersama anak. Usahakan.
Buatlah aktiviti bersama anak. Jangan biarkan anak hanya bersama bekas isteri/suami yang mendapat hak penjagaan mereka.
5. Rancang Masa Depan Anak
Bila bercerai jangan biar pasangan yang dapat hak penjagaan sahaja yang merancang masa depan mereka. Rancang bersama apa yang terbaik untuk pendidikan anak dan sebagainya.
Anak tu tak lahir ke dunia dengan hanya sumbangan satu pihak saja. Pastikan pelajaran dan proses pembesaran anak berjalan dengan lancar. Masa nak buat anak dulu pandai sama-sama.
Ini sekadar perkongsian dari pengalaman saya. Saya sendiri masih berhubung dengan bekas isteri berkenaan anak.
Tiada jodoh bukan bermakna jadi musuh. Itu bodoh nama nya. Yang bercerai kita, bukan anak. Yang tidak serasi kita, bukannya anak.
Sama-sama bertolak ansur dan saling berkomunikasi supaya anak membesar dalam kasih sayang ibu dan bapa. Bercerai masih boleh berkawan untuk masa hadapan anak.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti diuji dengan bermacam dugaan. Baik dikurniakan cahaya mata yang ramai, malah ada juga yang belum ada cahaya mata.
Itu lumrah bagi mana-mana pasangan yang berkahwin. Cuma, bagaimana mereka menerima ketentuanNya itulah yang menjadikan suami isteri itu damai atau tidak hatinya.
Bagi Enny Mohamad, beliau dan suami juga diuji perkahwinan mencecah 8 tahun, dan belum direzekikan cahaya mata. Tetapi beliau dan suami memilih untuk mencari bahagia dengan cara sendiri.
Berkahwin 8 Tahun, Belum Ada Cahaya Mata
Married for 8 years.
Belum ada cahaya mata. Tapi tak apa, yang penting mata kami tetap bercahaya.
Anak-anak buah ada.
Ada anak-anak kawan pun ramai (sabahat sis ramai yang produktif)
Ok lah untuk menumpang kasih kannn.. banyak lagi nikmat lain Allah bagi di muka bumi ini.
Orang tak ada anak ni.. retirement plan dia lain.. setakat ni perancangannya, nak travel sama-sama ke sana ke mari.. nak ziarah sapa-sapa yang ada kat overseas.. Kalau nanti ada rezeki anak, tak tahu la planning macam mana kan.
’Ujian Tak Ada Anak Tak Seberat Kami Yang Ada Anak’
Tapi sedih juga dengan satu ayat orang..
“Korang tak ada anak, ok lah.. ujian tak ada anak tak seberat kami yang ada anak ni..”
Alahai puan.. kalau laaa awak tahu hati kami yang tengah tunggu rezeki ni. Pasti awak tak nak duduk tempat kami. Pasti awak lihat anak itu sebagai satu rahmat, pasti awak akan rasa syukur nikmat sangat tengok wajah anak.
Allah bagi kita ujian atas kemampuan kita.. Allah Maha Adil.. paling Adil sekalian alam.. berpegang saja pada itu. Insyaaaallah, tak akan terbeban.
Yang best bila belum ada anak ni..
Boleh berlakon pengantin baru
Masa ikut suka la 2 pagi nak keluar pun ok
Travel adhoc kita selalu kasi onz
Nikmat mana nak di dusta?
Sahabat TTC, sabar banyak-banyak ya.. buat masa ni jom kita enjoy.
Mingguan Wanita : Ujian setiap orang tidak sama, tetapi andai bersabar dan bersyukur dengan setiap ujian yang tuhan berikan. Tentunya, hati jadi lebih berlapang dada dan tenang. Semoga isteri yang sedang TTC (Sedang Berusaha Untuk Hamil) diberikan kemudahan untuk bergelar ibu.
Memang bukan mudah untuk hilangkan ketagihan merokok, meskipun pelbagai cara telah dicuba.Kesan asap rokok ini pula bukan sahaja bahayakan diri sendiri malah pada orang sekeliling, serta anak dan isteri di rumah. Namun begitu, meskipun suami atau ayah TAK MAMPU untuk berhenti merokok, sekurang-kurangnya ikut nasihat dan tips yang dikongsikan oleh Muhammad Ahmad ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
Boleh saya bagi nasihat?
“Jika Ayah tidak mampu berhenti merokok, sekurangnya jauhkan asap rokok dari anak,isteri sedang mengandung. Basuh tangan selepas merokok, tukar baju sebelum peluk cium anak(terutama bayi).
Kesan bahan kimia yang ada dalam asap rokok akan melekat pada langsir,sofa,baju, tangan, gigi(mulut) , badan dan sebagainya. Bahan kimia ini tidak akan hilang kecuali dengan membasuhnya.
*Dalam rokok mempunyi pelbagai bahan kimia termasuklah bahan kimia yang boleh menyebabkan KANSER.
*Asap Rokok boleh menyebabkan keradangan paru-paru kepada bayi dan kanak-kanak. Kesian oo bayi radang paru-paru ni.
*Mengikut kajian asap rokok juga dikaitkan anak-anak dengan hyperactive,ADHD dan kematian mengejut (SiDS)terutama terhadap bayi.
*Mengikut kajian juga asap rokok menyebabkan kanak-kanak mengidap asthma dan menghalang fungsi ubat asthsma.
Apa perlu buat?
*Dapatkan rawatan dimana-mana klinik kerajaan.
*Berhentilah merokok dengan perbanyakkan sedekah. (Duit nak beli rokok simpan dalam tabung niat untuk pergi umrah)
*Berhenti merokok ganjaran PAHALA berlipat kali ganda disisi Allah.
*Jangan hina, kecam orang merokok. Nasihat mereka dengan HIKMAH.
*Isteri tolong doakan untuk suami agar berhenti merokok.
*Tidak digalakkan TAG suami dengan ayat nasihat diruang komen. Adalah lebih baik SHARE status ini.
“Ya Allah hilangkanlah KETAGIHAN kepada semua perokok”
Wanita amat takut untuk menghadapi kenyataan diri akan mengalami menopaus.
Apa itu menopaus? Menopaus menunjukkan pengakhiran haid bulanan dan berakhirnya tempoh reproduktif wanita. Ia juga adalah tanda folikel dalam ovari telah berhenti menghasilkan dua hormon utama wanita iaitu estrogen dan progesterone.
Wanita menopaus apabila mereka tidak mengalami haid selama 12 bulan.Umur sebenar peralihan ke menopaus ini berbeza daripada antara wanita. Walaupun purata umur 50 tahun kebanyakan wanita sudah mula mengalami menopaus tetapi itu tidak bermakna semua wanita akan mengalaminya pada umur yang sama.
Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, menjelaskan ramai wanita yang tidak dapat menerima hakikat diri mereka sedang berada dalam fasa untuk menopaus.
“ Daripada melawan menopaus seharusnya wanita perlu menerima hakikat diri akan menopaus. Ada yang berfikiran apabila diri menopaus mereka sudah jadi tua. Saya selalu beritahu wanita agar melihat pada diri saya. Saya sudah menopaus dan tidak pernah terfikir diri sudah tua.
Kami pengamal perubatan perlu beri banyak motivasi kepada wanita yang beranggapan menopaus itu adalah menjadi tua. Sebenarnya sokongan daripada para suami, anak dan kawan-kawan adalah penting juga.
Ada antara wanita ini rasa risau terhadap penerimaan suami apabila mereka telah menopaus. Mereka risau suami akan mencari wanita lain. Jadi kita perlu mendidik wanita dan juga lelaki apa sebenarnya menopaus dan kesannya pada wanita dan kehidupan mendatang.”
5 cara hadapi menopaus ikut saranan doktor
Berikut adalahb saranan Dr. Premitha kepada wanita apabila merasakan diri mula menopaus.
1-Wanita perlu melihat apa yang mereka makan kerana apabila menopaus, berat badan akan naik. Jika makan, mereka perlu makan sikit-sikit. Wanita boleh makan apa sahaja tetapi kurangkan pengambilan karbohidrat dan lemak. Makan lebih banyak protein dan sayuran. Jangan makan lebih dari 8.00 malam.
2-Wanita juga perlu minum lebih banyak air kosong. Boleh juga minum teh dan kopi tetapi kurangkan had pengambilannya dalam sehari.
3-Wanita juga perlu ada masa untuk berehat dan masa untuk diri sendiri yang boleh membuatkan diri rasa lebih gembira. Tanamkan dalam fikiran bahawa inilah masa untuk diri sendiri. Tidak ada orang lain boleh menganggu masa untuk diri sendiri ini.
4-Wanita juga perlu bersenam. Tidak perlulah mendaftar di gim untuk melakukan senaman kerana bila pergi ke gim sudah pasti anda dapat mengurangkan berat badan. Tetapi sebaik anda tidak pergi ke gim, berat itu akan mula naik. Lebih baik buat senaman yang boleh anda lakukan secara berterusan seperti berjalan-jalan, menari atau senaman meregang yang mudah. Tanamkan dalam diri agar berjalan 10,000 langkah sehari.
5-Wanita juga boleh mengambil vitamin-vitamin yang diperlukan tubuh. Dapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambilnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...