Selayaknya pesanan ini disampaikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza. Kerana 11 tahun mendirikan rumahtangga, tak pernah sekalipun beliau berputus asa berdoa dan terus berdoa. Memohon agar Allah memberikan rezeki cahaya mata kepadanya.
Dan pada tahun ke-11 itu, beliau disahkan hamil. Tahun ke-12 bergelar isteri, barulah Allah menjawab doanya yang satu itu. Lahirlah Siti Aafiyah Binti Khalid Mohd Jiwa pada 19 Mac 2018.
Perjalanan panjang ini memberi harapan pada wanita-wanita yang belum dikurniakan cahaya mata, bahawa rezeki anak itu pasti akan ada. Biarpun lama penantiannya.
Benarlah seperti apa yang Datuk Seri Siti Nurhaliza katakan, “Penantian inilah yang buatkan peminat ternanti-nanti. Ia jadi satu perkara yang semua orang nak tahu
.”
Usaha beliau bermacam dan putus asa istilah kata untuk penyanyi bertaraf Diva ini. Penghujung tahun 2015, beliau pernah melalui fasa kesedihan dalam diri apabila alami keguguran.
Malah beliau tak malu untuk akui yang beliau jalani rawatan kesuburan ‘In Vitro Fertilization (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata.
Serius.. bukan mudah. Tiga kali percubaan IVF perlu dilakukannya sebelum janinnya lekat. Prosesnya juga banyak peringkat. Pengorbanan untuk menjadi seorang ibu itu sebenarnya cukup besar ertinya.
“Saya rasa nak berkongsi, bagi wanita yang berumah tangga tapi belum dikurniakan cahaya mata, jangan berputus asa. Benar, orang cakap itu senang. Tapi itulah yang saya buat, saya tak pernah berputus asa, tak pernah putus doa. Yang penting sekali, sentiasalah bersangka baik dengan Allah.
“Sebab sesetengah orang itu kan bila rasa dia tak diberi rezeki akan ada kata-kata dalam hati ‘kenapa orang itu boleh dapat, kenapa saya tak boleh dapat’. Orang mula persoalkan
.“Tapi saya, dalam hati selalu kata, ‘Tak apalah Siti, Allah akan bagi pada tarikh, hari dan masa yang terbaik. Dari situlah saya selalu cakap dengan diri saya.
“Walau pun saya pergi umrah beberapa kali. Doa saya tetap doa yang sama.”
“Saya tahu Allah akan jawab suatu hari nanti. Alhamdulillah, Allah jawab doa saya. Walau pun 11 tahun tetapi tetap ada rezeki juga.”
Justeru, bakal-bakal ibu suatu hari nanti.. janganlah pernah berputus asa. Berusahalah untuk mendapatkan rawatan yang terbaik sama ada secara tradisional ataupun moden.
Memandangkan Datuk Seri Siti Nurhaliza bersalin dalam kaedah pembedahan, beliau memaklumkan perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan untuk pulih sepenuhnya.
“Saya harap 6 bulan dah boleh pulih. Sesetengah orang 3 ke 4 bulan dah ok kan. Saya beri masa sebegitu supaya saya sihat sepenuhnya.
“Tak mahulah cepat-cepat slim tapi mudaratkan diri. Sekarang ini, saya masih lagi atas nasihat doktor.” Akui beliau lagi dan mengharapkan Siti Aafiyah akan menjalani kehidupan normal. Namun, beliau tak menyangkal anaknya itu sedikit sebanyak akan terkena tempias ibunya yang bergelar penyanyi.
Lepas 3 Tahun Ikhtiar Untuk Hamil, Wanita Ini Tunjuk Cara Ke Hospital Kerajaan Apply Rawatan IVF
13 Tahun Tak Ada Anak, Tapi Wanita Ini Tak Pernah Sentap Dengan Soalan ‘Bila Nak Mengandung’
3 Tahun Disahkan PCOS, Setelah Amalkan 21 Tip Mudah Hamil Akhirnya Wanita Ini Mengandung
Sumber/Foto : Instagram ctdk