Telah selamat jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 dikebumikan di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah kira-kira jam 1.45 tengahari tadi.
Pilunya kehilangan wira negara ini masih lagi dirasai. Bukan saja di hati tunang tercinta, keluarga tersayang, bahkan seluruh rakyat Malaysia.
Pengorbanan allahyarham semasa hayatnya, ketika bertugas dibelasah tanpa belas hanya niatnya mahu memadamkan api marak pada kenderaan.
Sungguh! ini perbuatan kejam.
Tiada perikemanusiaan, dan untuk orang-orang sebegini perlu diadili setimpal mengikut jenayah yang mereka lakukan.
Terkesan dengan pemergian allahyarham Muhammad Adib, pendakwah bebas catatkan doa untuknya. Semoga kehilangan wira negara ini mendapat pembelaan yang selayaknya.
Sebak pilunya hati ini. Hari tangisan buat seluruh Malaysia dan seluruh insan di dunia. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.. pemergian Allahyarham Muhammad Adib b Mohd Kassim.
Anggota bomba yang syahid dipukul kerana sedang menjalankan tugas ingin menyelamatkan manusia.
Ya Allah anugerahkanlah pahala syahid buat dirinya.. bangkitkannya bersama Nabi-nabi dan Syuhada.
Ya Allah letakkanlah dirinya dalam syurga FirdausMu.
Ya Allah buat seluruh ahli keluarganya berilah ketabahan dan kekuatan. Jagalah seluruh ahli keluarganya.. sayangilah dan berilah rahmat kasih sayangMu.
Tak pernah terfikir begini jadinya di Malaysia. Anggota bomba nak padam api kena begini. Bomba bukan bawa senjata. Bawa air sampai begini mereka kerjakan.
Pembunuhan kejam.. terbuka.
Setiap yang menjadi penyebab perlu diberi balasan seberat-beratnya. Tiada hati manusia yang ada perasaan tidak bersedih hari ini..
Ya Allah ya Hayyu Ya Qoyyum ya Aziz Al Jabbar Al Mutakabbir hanya padaMu kami mengadu.
Siapa sahaja yang menjadi sebab berilah mereka pengajaran sebenarnya. Hanya padaMu kami bermohon. Kaulah sebaik-baik yang akan mengadili nanti.
Sumber/Foto : Ebit Lew #adib #justiceforadib #syahid #IslamSyahid