‘Ya Allah, Bergenang Air Mata.. Rupanya Rider Tu Pekak Dan Bisu’

Setiap hari sebenarnya tuhan sedang menguji hati setiap orang. Baik tanpa kita sedari mahupun tidak sama sekali diri sedari. Penulis novel dan buku motivasi, Bonda Nor terkesan dengan apa yang dilaluinya sendiri dengan rider Grab Food.

Tentang pelajaran hati yang tuhan gerakkan melalui seorang pemandu Grab Food yang kurang upaya mendengar dan bercakap. Indahnya kisah ini, diakhirnya tanpa disangka-sangka, tuhan anugerahkan nikmat rezeki terpijak buat pemandu Grab Food istimewa ini.

Tentu ada perkara baik yang pemandu ini telah buat, dan hanya dia dan tuhan saja yang tahu.

Terus Sebak Teramat! Bergenang Air Mata

‘Ya Allah, Bergenang Air Mata.. Rupanya Rider Tu Pekak Dan Bisu’

Tadi terasa sangat nak makan Yong Tau Fu. Laju tangan order guna Grab Food.
Ikut sistem, dah dapat rider dan patutnya sampai pukul 6.15 tapi sampai 6.45 tak sampai-sampai.

Geramlah juga sebab tak suka buka pintu rumah kalau dah nak maghrib.
Antara jam 6.15 ke 6.45 tu, banyak kali dapat call daripada nombor yang sama.
Memang biasanya saya tak angkat call kalau nombor tak dikenali. Tapi sebab ni tengah tunggu Grab Food kan, terpaksalah angkat juga takut rider susah nak cari rumah.
Angkat, senyap.

5 minit lepas tu, dia call lagi. Saya angkat, senyap.
Ya, berulang kali jadi macam tu. Makin geramlah pulak! Main-main ke apa dia ni!
Lebih jam 7 malam, tergerak hati nak cek mesej kat Grab order tu.
Ya Allah, terus sebak teramat! Bergenang air mata.

Rupa-rupanya rider tu pekak dan bisu.
Rupa-rupanya, banyak kali dia mesej saya tanya lokasi rumah nak hantar. Dia siap bagitau dia pekak dan dia bisu. Tapi saya tak semak inbox. Saya tak baca. Saya tak tahu masalahnya!

Hampir Sejam Rider Grab Food Berpusing-pusing

Dia call banyak kali tu sebab nak tarik perhatian saya suruh cek inbox rupa-rupanya.
Allahu Rabbi. Hampir sejam dia berpusing-pusing cari lokasi nak hantarkan makanan yang saya teringin nak makan.

IKLAN

Langit dah makin gelap, tapi dia masih tak tahu kat mana nak hantar makanan yang customer order. Tapi dia tetap setia tunggu dan mencuba.

Padahal bukannya banyak pun upah hantar tu cuma RM3 saja. Tapi seksanya dia nak dapat rezeki banyak tu.

Saya sebak! Rasa bersalah sungguh!
Sebelum sistem close, sempat tangan saya tekan tips for rider untuk tebus rasa bersalah ini. Bagi dia nilai tips paling tinggi yang ada di situ, tapi tetap rasa tak cukup. Tetap juga rasa bersalah terlalu mencengkam hati.

Moga Allah ampuni salah sangka saya dan limpah ruahkan rezeki buat adik Grab Food tadi.
Itulah kita manusia, kadang mudah berprasangka, hanya fikir apa yang kita nak tanpa fikir apa masalah orang.

Saya tulis kat sini untuk jadi peringatan pada saya lain kali. Mana tahu jadi pada tuan puan pula suatu hari nanti, tidaklah tuan puan lakukan kesilapan yang sama macam saya hari ini.

IKLAN

Yang kadang kita ingat salah orang, rupa-rupanya salah sendiri. Allahu Rabbi.

Dan Inilah Akhirnya Yang Telah Terjadi..

‘Ya Allah, Bergenang Air Mata.. Rupanya Rider Tu Pekak Dan Bisu’

Malam tadi saya tulis kisah seorang rider Grab Food OKU.
Tentang salah faham saya yang tidak tahu dia pekak dan bisu lalu stres mengapa dia asyik call saya bertalu-talu tapi diam.
Call, diam.
Call, diam.

Ya, tentang sukarnya dia menyampaikan makanan yang saya order kerana gagal mengesan lokasi. Namun tetap berusaha melakukannya walaupun terpaksa mengambil masa yang lebih lama.

Sepatutnya sampai jam 6.15 petang namun dia hanya berjaya sampai saat azan Maghrib sudah berkumandang.

IKLAN

Ustazah Sedia Membantu Rider Istimewa

Kisah yang saya kongsikan dengan deraian air mata. Terbayang kesusahannya dalam memikul amanah kerja. Gigihnya dia walaupun untuk upah delivery sebanyak RM3 itu sahaja!

Kata Ustazah Asma Harun, betapa mulianya pemuda ini yang lisannya tidak pernah menyakiti dan telinganya tidak pernah bermaksiat.

Allahu Akbar. Sungguhlah, jauh mulia dia daripada kita yang tampak lebih sempurna.
Bangun awal pagi ini, saya sebak sekali lagi apabila menerima mesej daripada seorang ustaz selebriti yang saya hormati.

Katanya mahu taja apa-apa keperluan pemuda OKU itu. Subhanallah! Betapa setiap ujian membawakan hikmah!

Isteri beli makanan online, sekali keluar tengok suami sendiri yang hantar.

MW : Rezeki tuhan itu tidak akan pernah salah alamat.

Sumber/Foto : Bonda Nor

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI