Berita baik buat peminat drama Melayu dan juga anda yang ingin jimatkan wang poket! Tidak perlu berbelanja lebih untuk menikmati akses internet yang lebih tau. Paling menarik pelan redONE Postpaid 5G SMART menawarkan data pantas tanpa had, akses tanpa had ke platform media sosial seperti YouTube, Facebook, dan Instagram dalam HD, serta penggunaan internet tanpa had dalam HD untuk hiburan dan produktiviti. Pelan ini juga menyediakan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.
Peminat drama Astro Originals, X- Change yang disiarkan setiap Jumaat, 9 malam di Astro Premier, On Demand dan strim Astro Go tidak akan kecewa dan boleh melayarinya hanya di telefon pintar anda.
Tonton Siri ‘X-Change’ Babak Aksi & Konflik Cinta Tanpa Gangguan
X-Change merupakan sebuah siri yang menampilkan aksi, jenayah dan romantik, serta mengetengahkan subjek ‘gaya authoritarian’ dalam sesebuah keluarga, iaitu melibatkan peraturan ketat, jangkaan yang tinggi dan kurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak sebagai konflik utama dalam naratif.
Kisah penuh debaran ini bermula apabila Khalif yang baru tamat persekolahan, ingin mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara bersama kekasihnya, Lilian. Namun apabila bapanya terlibat dalam kemalangan, Khalif terpaksa mengambil alih perniagaan keluarganya iaitu merompak kedai emas bersama abangnya, Qabil dan Capik. Tanggungjawab Khalif terhadap keluarganya telah mengheret Khalif semakin terjebak dalam dunia penjenayahan sehingga satu rahsia terbesar keluarganya terbongkar.
Selain padat dengan babak aksi, rompakan dan konflik drama, X-Change juga berkisar tentang kisah cinta berlainan kaum antara Khalif dan Lilian, yang ingin membina kehidupan bersama di luar negara selepas tamat persekolahan.
Walaupun impian untuk melanjutkan pelajaran bersama-sama di luar negara terhalang oleh kehendak keluarga masing-masing, bibit-bibit romantik yang dipaparkan oleh kedua-dua watak ini memberi sentuhan unik kepada penggemar-penggemar siri romantik, terutamanya kepada generasi muda.
Drama hebat ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor (Yakob), Arfie Shah (Khalif), Joey Leong (Lilian), Hariz Hamdan (Qabil), Sadiq M. Jamil (Capik), Steve Yap (Jay), Marisa Yasmin (Mariam), Angeline Tan (Yi Ling), Alvin Wong (Foong), Shweta Sekhon (Divia) dan ramai lagi.
X-CHANGE ke redONE Mobile Tanpa Drama Sekarang!
Nak tahu kisah selanjutnya X-Change anda tidak perlu pening kepala bila data Internet anda kehabisan. Inilah masanya untuk anda X-CHANGE ke redONE Mobile.
Dapatkan telefon pintar PERCUMA dan berpeluang memenangi iPhone apabila anda melanggan pelan redONE Postpaid 5G SMART di kedai redONE Mobile yang terdekat! Khabar istimewa buat pelanggan yang disenarai hitam turut diterima.
Pelanggan yang mendaftar untuk pelan redONE Postpaid 5G SMART ini bukan sahaja akan mendapat satu telefon pintar PERCUMA, tetapi mereka juga layak untuk menyertai cabutan bertuah eksklusif untuk memenangi telefon pintar iPhone setiap minggu!
X-CHANGE ke redONE Mobile sekarang untuk telefon pintar 5G PERCUMA serta data dan panggilan tanpa had serendah RM68 sebulan! Pengguna juga boleh menikmati akses internet yang lebih baik dengan hotspot sehingga 60 GB melalui pelan ini, dengan komitmen bulanan bermula dari RM68 sahaja.
Rebat RM10 x 6 bulan untuk pelanggan port-in. Untuk maklumat lanjut, jangan lupa lawati https://bit.ly/Telefon5GPercuma atau kunjungi kedai redONE Mobile terdekat anda sekarang!
Hebahan seorang anak yang risau keadaan ayahnya yang gagal dihubungi sejak 3 hari lalu berakhir apabila kenderaan bapanya ditemui dalam gaung di Kilometer 25, Jalan Kota Tinggi-Mersing. Lebih menyayat hati, arwah ayahnya, Zaharia Zakaria ditemui sudah meninggal dunia.
Anak kepada arwah, Zul Husni, 39 tahun memaklumkan ayahnya berulang-alik dari Kemaman ke Johor namun sejak kebelakangan ini ayah menyatakan sudah penat dan bercadang mahu berhenti kerja.
Katanya, kali terakhir dia bertemu bapanya itu adalah pada akhir Julai lalu dan ketika itu arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Arwah Zahari dilaporkan hilang sejak 3 hari lalu sebelum ditemui meninggal dalam gaung
Menurutnya, dia dan enam beradik lain serta ibu, Zubidah A Ghani, 64, bimbang kerana arwah terpaksa menempuhi perjalanan jauh untuk bekerja sejak lebih setahun lalu apabila menyambung kontrak pekerjaan atas tawaran majikan.
Katanya, bapanya sudah bersara dan tidak memiliki masalah kesihatan kecuali menghidapi kencing manis.
“Dia pernah menyatakan hasrat untuk berhenti kerja dalam tempoh terdekat namun tidak sangka perancangannya tidak kesampaian.
“Dia menyewa bilik dan bekerja di Pelabuhan Johor sebagai inspektor kapal dan pulang ke Kampung Mak Chili, Kemaman, Terengganu pada hujung minggu atau dua minggu sekali,” katanya.
Zul Hasni berkata, arwah bapanya bertolak dari Kemaman kira-kira jam 10 malam dan selalunya melalui Jalan Kuantan-Pekan-Rompin-Mersing-Kota Tinggi sebelum ke Pasir Gudang.
“Biasanya dia akan menghubungi ibu bagi memaklumkan sudah sampai ke Pasir Gudang namun pada hari kejadian ibu tidak menerima panggilan.
“Naluri ibu menyatakan sesuatu kejadian tidak diingini menimpa ayah. Malah salah seorang sepupu kami yang bekerja bersama bapa juga menyatakan bapa tidak sampai ke Pasir Gudang hingga membuatkan kami bertambah risau,” katanya.
Katanya, kira-kira jam 7 pagi ini dia menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan kereta dipandu bapanya di dalam gaung.
Terdahulu keluarga Zahari turut membuat hebahan di media sosial dengan meminta orang ramai mengesan bapanya yang gagal dihubungi. Keluarganya mendakwa sudah menghubungi polis dan hospital tetapi tidak menerima sebarang laporan berkaitannya.
Misteri kehilangan Zahari sejak tiga hari lalu terjawab apabila dia ditemukan maut dalam kereta dipandunya yang terjunam ke gaung di Kilometer 25, Jalan Kota Tinggi-Mersing di sini, hari ini.
Kenangan dengan anak dan cucu. Ayah berhasrat berhenti kerja kerana sudah dimakan usiaHebahan dibuat anaknya sebelum arwah ditemui meninggal dunia dalam gaung di Kilometer 25, Jalan Kota Tinggi-Mersing
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 9.10 pagi berhubung penemuan Perodua Myvi berwarna biru dengan bernombor pendaftaran WC9129E itu.
Jenazah Zahari dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan akan dibawa pulang ke Kemaman untuk pengebumian. Sumber : Harian Metro
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sekali pandang, wajah Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dengan Intan Liana Saleh, 33 nampak seiras bak adik beradik. Bukan saja wajah mereka nampak sama, tapi rupanya Puteri Sarah pun ada sedikit persamaan nama dan satu perasaan yang dekat dengan Intan yang lebih mesra dipanggil Bonda ini.
Projek video klip abaya cantik antara Puteri Sarah bersama Intan ini rupanya ada cerita di sebaliknya. Dalam status instagram Puteri Sarah, beliau berkongsi kembali cerita niatnya yang mahu membantu Intan. Ketika itu, niatnya telah dikongsikan dengan suaminya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof.
“First time jumpa Intan pemalu orangnya. Intan pun segan-segan dengan Sarah. But Sarah kata jangan segan, I nampak je garang.”
Tambah Sarah lagi, “Masa mula-mula tahu pasal Intan, Sarah beritahu husband, “Sayang, kesian Intan. I nak shoot videoclip. Nak panggil Intan.”
“Dan I nak tolong dia, siapa lagi nak faham kalau bukan kaum wanita sendiri.”
Dari situlah, Puteri Sarah mula minta tolong temannya, Ena untuk mencari juga nombor telefon Intan. Kerana dia mahu jalankan sesi photoshoot dengan Intan. Akhirnya nombor telefon yang dikehendaki sangat itu berjumpa juga.
“Dah jumpa, Intan pun macam Sarah. Sentiasa bawa anak ke mana-mana saja. Kesian tengok Ariq melekat dengan Bonda dia.
“Pastu kejap-kejap menangis sejak kes tu terjadi. Syaikhul (Syaikhul Islam, 10 bulan) nak kawan. Tapi abang tak pandai kawan lagi.” luah Puteri Sarah prihatin.
Di sebalik projek video klip Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Intan Liana Saleh
Intan Kena Berdikari, In Sha Allah Ada Rezeki Untuk Intan
Dalam pada itu Puteri Sarah sempat memberikan nasihat yang baik untuk Intan, ibu kepada dua orang anak, Arish Muqri, 4 dan Ariq Muqri, 1.
“Intan you are very strong woman. Kami semua yang panggil photoshoot ini are just your stepping stones. But you must be independent yourself in order for you to move forward.”
“In sha Allah ada rezeki tu untuk Intan. Let this be a lesson to all you women out there, sedikit sebanyak kita kena juga be independent strong woman. We need to start acting like ladies again.”
Sememangnya para follower Intan pasti perasan dengan perubahan Intan yang makin kuat dan kental. Intan juga dari sehari ke sehari semakin berseri-seri wajahnya. Sememangnya Intan kuat dan anda-andalah juga penyumbang semangat Intan kekal kuat.
Buah Labu memang boleh dimasak dengan pelbagai cara.Baik dibuat puri untuk anak, kuih muih, masakan lauk dan sebagainya. Jika mak-mak ada lebihan labu dan tiada idea nak masak apa, boleh cuba resepi kuih ‘buah melaka’ atau ‘onde-onde’ menggunakan buah labu ini. Jika selalu warna putih atau guna pewarna hijau, kali ni mak-mak boleh buat kuih buah melaka ni jadi warna kuning guna buah labu je. Rasanya lemak manis, nak buat pun senang!
Berikut perkongsian resipi kuih ‘Buah Melaka Labu’ oleh Marlia Lia sebagai rujukan mak-mak. Bolehlah dihidangkan untuk minum petang nanti.
“Jenuh nak menghabiskan sebiji labu.Suami beli labu besar pula. Asalnya beli labu untuk buat puri anak umur 6 bulan je.Tapi takkan makan labu je sampai sebulan kan.Macam-macam dah buat dengan sebiji labu tu.Labu masak lemak, cekodok labu, koci labu, kaswi labu pun sudah.Haa, petang ni buat buah melaka labu.Maka,habis lah sudah sebiji labu saya.”
Bahan-Bahan:
1/3 biji Labu (kukus dan lecek)
Gula Melaka (dipotong kecil)
2 cawan penuh tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
kelapa parut
sedikit garam
Cara Membuat:
1. Buang kulit labu dan kukus. jangan rebus nanti dah tak manis jadinya.
2.Potong Gula melaka kecil-kecil (bentuk kiub)
3.Campurkan tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas.
4.Kemudian, campurkan labu yang telah dilecek kedalam tepung tersebut.
5.Ramas guna tangan sampai jadi macam serbuk roti, kemudian tuang air sedikit demi sedikit.
6.Sambil tuang air, sambil uli sehingga doh dah tak melekat dekat besen dan dah tak melekat dekat tangan.Air secawan, tak habis pun saya guna.
7.Buat macam ni, letak gula melaka ditengah-tengah dan kemudian bulatkan.
8.Sambil tu terus sediakan air tunggu sehingga air mendidih baru masukkan kuih. Kuih yang timbul maksudnya dah masak.
9.Sediakan kelapa parut + sedikit garam, gaul rata.Kuih yang dah masak tu, golek-golekkan dekat kelapa ni.
Ibu sarat mengandung meninggal akibat kepenatan, anak dalam kandungan gagal diselamatkan. Kematian husnul khotimah. Asbab kepenatan dan sesak nafas, seorang ibu yang sarat mengandung...