Wow! Sungguh Rekaan Busana Rizalman Ibrahim, Buat Jutawan Hamil 7 Bulan Terima Anugerah Kemenangan

Share

Pereka fesyen Datuk Rizalman Ibrahim sememangnya memahami setiap kehendak pelanggannya. Dari rekaan veil perkahwinan Izara Aishah yang menarik perhatian ramai sampailah busana untuk jutawan hamil 7 bulan yang naik ke pentas terima anugerah ini.

Busana rona putih yang dihasilkan khas untuk Norhaili Ahmad Mokhtar iaitu penerima anugerah Champion Group Agency Manager (syarikat perniagaan unit amanah saham, Public Mutual Berhad) sememangnya lain dari yang lain. Wanita hebat ini juga telah meraih gelaran jutawan ketika usianya 25 tahun lagi.

Menurut Norhaili dalam instagramnya, sejak 10 tahun lalu, pereka fesyen ulung ini, Datuk Rizalman sentiasa memahami karakter dirinya. Beliau sampaikan yang sehelai dress itu nanti dapat menggambarkan perjuangannya meraih kejayaan untuk 10 tahun ini.

 

 

I am not a girly type of woman. I was built to fight for my vision, to Break the Record, to Motivate my people & bringing the best of team to achieve the impossible. I want him to hide my 7 months of pregnancy belly. As for my team to always feel that I am at the peak of my energy.”

YES ! It came out as exactly what I covet it to be! The Queen of EllyBillionaire – The one who Rules the Champion Stage for 10 years consecutively!

Hebat tak hebat Norhailili atau lebih dikenali di instanya sebagai Elly Billionaire ini tahun lepas saja, agensi bumiputera di bawah pimpinannya berjaya menghasilkan sejumlah RM228,000,000.

I give my life to fight for this Winning. It’s the winning that resulted of the hard effort, dedication and commitment of my team -EBWARRIORS. RM 228,000,000 in 2017 indeed an astounding figure for a Bumiputra Agency to WIN the fight in the Chinese belonging organisation.”

 

96 Jam Nak Siapkan Busana Jutawan Hamil 7 Bulan – Datuk Rizalman Ibrahim

Rupanya bukan mudah ya nak hasilkan busana untuk jutawan hamil ini. Seperti yang dikongsi oleh Datuk Rizalman sendiri, diberitakan bahawa tukang jahit yang menjahit baju ini telah mengalami luka-luka teruk di muka serta tangan beliau. Akibat tercucuk pelbagai net-net serta boning keras di dalam construction baju #hautecouturebyrizalman.”

Yang mana pakaian itu mengambil masa selama 96 jam untuk disiapkan.

Biarpun mengambil masa yang lama dengan segala kepayahan nak menghasilkan busana tersebut, Datuk Rizalman berbangga kerana dapat menghasilkan untuk jutawan Bumiputera yang berjaya ini.

 

 

Ini seorang lagi Bumiputera kaum Hawa yang saya kagumi dalam meneguhkan ekonomi beliau khasnya serta orang bawahan beliau amnya. Seorang ahli perniagaan yang tak kenal erti jemu membimbing anak didiknya mencapai kejayaan.

Malam ini ( waktu status ini dimuat naik ) ketika beliau ingin mengambil anugerahnya dalam keadaan sarat mengandung 7 bulan. Ini merupakan task saya yang paling mencabar untuk jadikan beliau kelihatan berwibawa serta unik pada masa yang sama.

Kami di Rizalman selalu memastikan baju yang di reka ketika SESI FITTING (fitting sampai ke kereta) dapat melepasi ruang pintu serta muat duduk di dalam kereta, sebab kalau tak memang kena sewa bas

.” Tulis Datuk Rizalman Ibrahim dalam instagram miliknya.

 

Sumber/Foto : Instagram rizalman71, ellybillionaire

Published by
Netty Ah Hiyer