Tak sangka rupanya bone broth atau air rebusan tulang baik tulang ayam,lembu,kambing atau ikan mempunyai khasiatnya yang tersendiri bila dijadikan stok dan dimasukkan dalam masakan.Ia dipercayai mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu menjadi suplemen semulajadi dan tingkatkan sistem pertahanan tubuh.
Untuk penjelasan lanjut, jemput baca perkongsian oleh Puan Sumaiyah Abdullah mengenai kelebihan mengamalkan memasukkan stok air rebusan tulang didalam masakan.
Pernah tak anak-anak anda mengalami masalah kurang selera makan, berat badan kurang. Kalau makan nasi pun, selalu tak habis. Tapi time makan jajan, laju pulak habisnya.
Bagi anak-anak yang mengalami masalah nutrisi, bone broth adalah penawarnya kerana tulang mengandungi kolagen semulajadi, kalsium, magnesium, phosphorus dan asid-asid amino seperti lysine, cystein dan glutamine yang menjadi bahan asas membentuk glutathione iaitu ibu segala antioksidant.
Bila bagi bone broth kan, anak-anak saya tak mintak lagi dah nak makan luar. Roti, biskut semua tak ada lagi dah. Ayat yang paling keramat sekali bagi ibu macam kita ni kan “ummi, nak nasi”. Rasa macam nak sujud syukur pun ada tau.
Dan, sekiranya anak-anak demam atau selesema, pengambilan bone broth sangat digalakkan kerana bone broth bagus untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan mempercepatkan kadar kesembuhan. Testimoni family saya sendiri, alhamdulillah dah 2 tahun lebih saya tak bagi ubat demam atau selesema pada anak.
Untuk mak-mak ayah-ayah yang mengalami sakit lutut dan sendi-sendi juga disarankan untuk mengamalkan bone broth ini kerana di dalam tulang rawan juga mengandungi chondroitin sulphates dan glucosamine.
Tulang ayam/lembu/kambing/ikan
(Lebih kurang 2kg)
1.Bersihkan isi-isi yang ada. Pastikan tulang saja yang direbus, bukan isi-isinya.
2.Masukkan ke dalam 1 bekas, rendam dengan air dan letak 2 sudu cuka epal/jus lemon/cuka putih. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit kerana dalam keadaan yang sejuk, asid dari cuka akan menarik keluar atau mempermudahkan nutrisi-nutrisi dari tulang untuk keluar nanti.
3.Masukkan ke dalam periuk stainless steel atau periuk kaca ataupun periuk tanah.
4.Masak dengan api yang sederhana lebih kurang 6 jam atau sehingga satu lapisan kekuningan timbul ke atas. Itulah kaldu tulang. Ambil kaldu dan alihkan ke dalam botol.
Air rebusan tadi boleh digunakan untuk memasak sup, sebagai stok bagi semua jenis masakan. Jangan sekali dibuang air rebusan ini. Gunakan ia dengan cara kreatif dalam setiap masakan. Tambahkan sesudu kaldu ini ketika memasak bubur, sup, sayur, mi dan sebagainya. Setiap masakan mendapat khasiat yang menyihatkan anda sekeluarga.
Selamat mencuba.
Rujukan Anggraini Agam Dr. Aya
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Selain menyedapkan lagi rasa masakan, ternyata air rebusan tulang ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri, mak-mak bolehlah cuba buat sendiri dirumah nanti.
Jadi buat buat mak-mak, selepas ini tulang-tulang yang ada janganlah dibuang begitu sahaja, boleh cuba buat air rebusan ini untuk dimasukkan dalam masakan pula.
Sumber: Sumaiyah Abdullah