Wow! Nenek Vouge Empat Cucu Ini Memang ‘Garang’ Di Litar Lumba

Share

Ramai tak percaya wanita ini nenek yang sudah memiliki empat orang cucu. lagi-lagi dengan penampilan rudged dan lasaknya dalam sukan permotoran. Drift itu dunianya. Berlumba dengan sesiapa saja di litar sudah menjadi darah daging nenek vogue ini.

Dialah Zaidah Mohd Ishak yang mula jatuh cinta dengan sukan lumba kereta sejak setahun lalu. Nama galmornya di litar, Zaidah ZZMI YB.

Memang ramai yang tak percaya saya sudah bergelar nenek. Saya mempunyai lima orang anak dan tiga daripadanya sudah berkahwin. Saya bangga bila orang tahu saya sudah ada cucu.

Saya ingin buktikan umur juga bukan penghalang untuk kita melakukan sesuatu yang kita sukai walau pun ia mencabar.”

Bukan calang-calang orang mampu menceburi dunia permotoran, lebih-lebih lagi wanita kerana majoriti dipelopori oleh kaum Adam.

Suami Belikan Kereta Lumba

Wanita cantik bertubuh langsing ini mengakui, berlumba kereta di litar merupakan hobi keluarga. Penglibatannya di dalam bidang ini juga dorongan suami tersayang, Yohan

Suaminya telah membelikan sebuah kereta khas untuknya berlumba. Kenderaan itu dinamakan ‘The Red Campret’.

Saya mula berjinak-jinak dengan aktiviti lumba kereta ini pada Disember 2016. Awal dulu suami yang aktif dalam sukan ini bersama anak lelaki, Rafiq. Tak lama kemudian, dia ajak pula saya ceburi.

Bila suami pun sanggup belikan kereta untuk saya berlumba, saya pun beranikan diri mencuba. Ini satu pengalaman dan cabaran baru dalam hidup saya.”

Bagi Zaidah, berada di atas litar memberi satu kepuasan yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.

Kalah memang perkara kedua. Yang penting, seronok masa memandu dekat litar.”

Jangan beri keluarga ini mendengar apa-apa kejohanan berkaitan permotoran, pasti mereka takkan melepaskan peluang turut serta.

Antara yang pernah mereka tawan adalah Elite Speed Way, MIMC Melaka dan Litar Datuk Sagor, perak.

Kursus Pemanduan Dua Hari

Memanglah tak dinafikan Zaidah cekap memandi di jalan raya. tapi situasinya tak sama dengan memandu di dalam litar. Ada aspek keselamatan yang perlu dijaga.

Suami sarankan saya mengikuti kursus pemanduan selama dua hari di SSAD. Di SSAD. Di sana saya belajar teknik dan pemanduan yang betul dan selamat.

Saya belajar memandu go kart, teori dan menjalani latihan simulator, di bawah jurulatih Rashid Ramlan.

Paling penting persiapkan diri sepenuhnya sebelum berada di litar perlumbaan. Saya lalui juga ujian kesihatan untuk kesan saya sihat sepenuhnya dan bebas daripada penyakit.

Nak jadi pelumba kereta lagi-lagi dalam usianya itu, paling penting perlu ada sifat berani dan jiwa kena kental.

Disebabkan minat yang mendalam, wanita ini memiliki 5 buah kereta khas untuk berlumba.

Terlibat Filem Hantu Wangan

Biarpun masih baru, kehadirannya di litar tak boleh dipandang sebelah mata.

Sebelum ini, semua ‘time attack game’ saya akan masuk, di bawah kategori wanita. Yang terkini, 20hb Ogos lalu, saya telah menyertai satu kejohanan.

Iaitu Forca Generation X Time Attack Championship 2017 RD4, dalam kategori terbuka dan telah memenangi tempat ketiga daripada 26 pelumba.

Itu pencapaian hebatnya kerana daripada ramai-ramai peserta, Zaidah seorang peserta wanita.

Saya mencatat masa 52.11 saat berbanding naib juara 52.03 saat dan juara 51.58 saat, dalam pusingan dua. Ketika itu saya memandu Evo 6.”

Kemenangan itu satu suntikan semangat dan motivasi untuknya terus berlumba.

Zaidah juga pernah terlibat di dalam penggambaran filem ‘Hantu Wangan’ arahan Ahmad Idham, lakonan Achey.

Berlumba Berlumba Juga, Ke Dapur Tak Pernah Di Lupa

Kontraktor ini juga tak melupakan tanggungjawab terhadap keluarga. Zaidah tetap melakukan sendiri tugas di rumah walau pun ada pembantu rumah.

Setiap hari saya akan masak untuk keluarga dan menguruskan persekolahan dua orang anak dan seorang cucu.

Hujung minggu, saya, suami dan anak sulung, Rafiq akan menyertai mana-mana perlumbaan kereta.

Kalau menantu lelaki saya, Mohd Razman ada kelapangan dia akan ikut. Seronok bila dapat melakukan hobi bersama keluarga. Inilah cara kami meluangkan masa bersama.

Ketika ini, Zaidah dan suami banyak menyertai kelab-kelab kereta seperti kelab GTR. Di situ mereka banyak berjumpa dengan rakan-rakan baru daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Ia juga salah satu cabang untuk mereka membina ‘networking’ di dalam dunia perniagaan.

Zaidah juga ahli Malaysian Women Motorsport (MWM Society). Dan berhajat untuk memasuki MSF dan S1K pada masa hadapan.

Pesan Zaidah

Wanita perlu libatkan diri dengan kegiatan yang mereka suka. Tak bermakna sudah bergelar ibu dan nenek, kena duduk rumah saja. Kita kena kekal aktif.

Tapi sebelum itu, kena belajar teknik pemanduan yang betul dahulu. Hebat di jalan raya tak bermakna kita juga hebat di litar.

Anda juga perlu bersedia untuk mengeluarkan bajet bagi mengendalikan kereta lumba yang saya akui bukan murah.

Untuk kereta lumba, saya gunakan khidmat H3 Auto & Infinity Speedwork.” Akhiri Zaidah yang turut mengalu-alukan pihak tertentu yang ingin menjadi penaja.

Foto: Nurul Akmar Azimi

Published by
Nurul Azwa