Akhirnya wajah bayi kesayangan rakyat Malaysia ini sudahpun didedahkan oleh ibunya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dalam instagram miliknya. Kenapa agaknya si comel pipi merah ini begitu istimewa bukan saja pada ibu dan ayahnya malah seluruh rakyat Malaysia.
Haa.. inilah sebabnya. Maklum Datuk Seri Siti Nurhaliza malam ini nama sebenar Si Comel Pipi Merah yang selama seminggu ini menggunakan gelaran Fatimah Az-Zahra akan didedahkan kepada umum.
Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum,
“Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini.”
Ads
“Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini.“
Ads
Inilah Penyejuk Hati Kami – Datuk Seri Siti Nurhaliza
Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami.
“InshaAllah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami”
Dalam pada itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga memaklumkan para peminatnya boleh menonton secara langsung majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik bayinya itu sekitar jam 9 malam ini.
Ads
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini. Dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua.”
Tanggal 19 Mac 2018 bersamaan hari Isnin lalu, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan bayi perempuannya itu di sebuah pusat perubatan jam 8.17 pagi.
Bayi seberat 3.55 KG itu dilahirkan secara pembedahan. Sepanjang tempoh itu, suami beliau, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa begitu setia di sisi bagi memastikan isteri dan anaknya dalam keadaan sihat dan selamat.
Gadis promosi nasi kandar lauk babi, restoran di Damansara ini turut jual nasi lemak berlauk babi. Nasi kandar sangat sinonim dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Bahkan kalau ke utara tanahair, tidak sah kalau tidak pekena nasi kandar.
Ia telah menjadi makanan kesukaan semua tidak kira bangsa dan disukai kerana campuran kuahnya yang pelbagai. Nasi kandar sinonim dimakan bersama ayam goreng, kari kambing, sotong, telur sotong, telur dan lagi. Begitu juga nasi lemak yang diterima sebagai makanan kesukaan rakyat Malaysia dan dimakan bersama lauk pauk.
Gadis Promosi Nasi Kandar Lauk Babi
Sejak semalam tular tentang satu klip video memaparkan seorang gadis menikmati nasi kandar tetapi lauknya terdiri dari babi. Di restoran yang sama, nasi lemak berlauk babi turut dijual oleh restoran terletak di Damansara ini.
Tidak betah dengan klip video itu, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) kesal dengan hantaran klip video yang mempromosi nasi kandar dengan hidangan babi yang tular di media sosial.
Memetik laporan Harian Metro, Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, tindakan itu dianggap bentuk penghinaan kepada industri nasi kandar di Malaysia yang diketahui dipelopori pengusaha restoran Muslim sejak puluhan tahun lalu.
Menurutnya, video itu juga boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai terutama pelanggan dan penggemar nasi kandar.
“PRESMA beranggapan ia akan menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan serta penggemar nasi kandar di negara ini sekaligus memberikan gambaran negatif kepada menu kesukaan ramai ini.
PRESMA Anggap Satu Penghinaan Pada Industri Nasi Kandar
“Justeru, PRESMA ingin menegaskan, hidangan nasi kandar di semua premis milik ahli PRESMA di seluruh negara dijamin halal dan bebas daripada bahan dilarang di dalam Islam,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam masa sama, PRESMA menasihatkan kepada semua pencipta kandungan supaya lebih sensitif dengan hasil kreatif yang dihasilkan.
“Kepada mana-mana pencipta kandungan perlu lebih sensitif dan perlu mengambil kira soal makanan yang selama ini dikaitkan dengan orang Islam,” katanya.
Video yang dimuatnaik itu sudah mencecah lebih 200,000 tontonan dan lebih 5,000 tanda suka.
Sementara itu, terdapat pengguna media sosial lain turut memuat naik video sama dengan menulis keterangan meminta orang Islam berhati-hati.
Bukan sekali dua, mak ayah terima sebaran info berkaitan makanan ringan yang ada lemak babi E471. Buat kita jadi was-was akan kesahihannya.
Di kotak, ada logo halal, tapi dikhabarkan ada lemak babi kod E pula. Aduh!
Syukri Ibrahim terpanggil untuk menjawab persoalan kod E iaitu bahan aditif yang ada dalam makanan ringan terutamanya.
Hadamkan penjelasan tentang kod E ini, agar mak ayah faham lebih jelas lagi.
Kod E Ini Boleh Dihasilkan Dari Tumbuhan Dan Haiwan
Semalam dapat sebaran mesej di WhatsApp group katanya bahan ramuan yang digunakan untuk penghasilan produk Mister Potato mengandungi lemak BABI. Mandi tak basah abam dibuatnya..
Eh! Dia cerita pasal Kod E rupanya. Alahai.. Benda alah Kod E ni dah lama disebarkan maklumatnya oleh pakar-pakar dan pihak berkuasa.
Kod E ni boleh dihasilkan dari tumbuhan dan haiwan. Used as an emulsifier in a great variety of foods. E471 is a group of synthetic fats that are produced from glycerol and natural fatty acids, from plant and animal origins.
Di Mamee, kami gunakan ingredients hasilan dari sumber tumbuhan. Berbuih dah #Jakim berikan penerangan, begitu juga KKM dan seangkatan dengannya. Rajin-rajinlah membaca dik oii..
Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu Tentang Kod E
Untuk makluman, KOD E ialah kod untuk bahan tambah (aditif) dan ianya selalu digunakan pada label makanan di negara Kesatuan Eropah.
Bahan aditif ialah bahan yang selamat dimakan dan ditambah secara sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit bagi mempengaruhi kualiti penyimpanan, pemprosesan, penyediaan dan pembungkusan makanan.
Skim penomboran ini mengikut Sistem penomboran Antarabangsa (International Numbering System @ INS) yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Codex Alimentarius.
Ia adalah koleksi pelbagai standard, kod praktis, panduan antarabangsa yang diiktiraf berkaitan dengan makanan, pemprosesan makanan dan keselamatan makanan bertujuan untuk menjaga kesihatan manusia dan memastikan kod perdagangan yang beretika dijalankan.
Bagi Kesatuan Eropah, Kod E ini adalah merujuk kepada aditif yang boleh dimakan kerana hanya sebahagian daripada bahan aditif yang dibenar untuk digunakan.
Nombor E juga digunakan pada label pemakanan di Australia, New Zealand, Amerika Utara, dan Kanada.
Kalau Masih Ragu-Ragu Rujuk Website Ini..
Sahabat-sahabat sekalian, di Mamee kami mempunyai prosedur yang ketat untuk meluluskan sesuatu penggunaan bahan ramuan. Proses pemilihan bahan mentah bermula dari R&D, Islamic Affairs (Halal), QA, Purchasing & Pengeluaran.
Nak tahu bagaimana istiqomahnya proses audit dalaman kami, meh la datang duduk borak dengan saya sambil kita makan Mister Potato.
Silalah rujuk website rasmi BPH www.halal.gov.my untuk dapatkan maklumat yang sahih. Kalau tu pun malas, call mereka di talian 03-88925000. Anda pasti akan dilayan dengan selesa dan mesra.
Disertakan maklumat kesahihan ingredient yang kami gunakan bersama posting ini. Kod E471 yang dimaksudkan merujuk kepada Rimulsoft Super yang jelas menyatakan bahawa ianya daripada plant based (edible vegetable palm oil).
Sudah-sudahlah memviralkan perkara yang tak benar. Risau terpalit dosa fitnah nanti. Isu yang tak pasti, tolong la semak sebelum sebar sebab ianya akan menyemak je selepas tersebar. Amalkan konsep Tabayyun & elakkan konsep Tibaiyun.
Sudi-sudikanlah menge ‘share’ jika bermanfaat.
Sumber/Foto : Ahmad Syukry Ibrahim, Pengurus Hal Ehwal Islam & Hubungan Kerajaan, Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd.
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Meskipun anak angkat, sayangnya juga bagaikan anak kandung sendiri.Apatah lagi yang dijaga dan dipelihara sejak kecil. Pastinya luluh hati seorang ibu apabila menerima berita mengenai anak angkatnya berusia tujuh tahun yang dijaga sebelum ini, meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati dipercayai akibat didera.
Norlida Abu Hassan, 50, berkata, walaupun reda dengan pemergian anak lelaki jagaannya namun terkilan kerana kanak-kanak yang dijaga seperti darah daging sendiri dengan penuh kasih sayang itu diperlakukan sedemikian rupa.
Kali Terakhir Ditemui November Lepas
Menurut Norlida, kali terakhir bertemu anak angkatnya yang mesra dengan panggilan ‘Adik’ pada November lalu di Rawang, Selangor, sebulan selepas kanak-kanak itu diserahkan kepada keluarganya di Krubong di sini.
“Saya menyesal… sepatutnya saya pertahankan Adik tetapi kerana faham keadaan ibunya yang mungkin menanggung rindu, jadi saya rela dan biarkan dia kembali ke pangkuan mereka.
“Tetapi saya tidak menyangka anak yang ditatang bagai minyak penuh, hilang sekelip mata dalam keadaan sebegitu,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Seri Jati, Batu Berendam di sini hari ini.
Enam Tahun Jaga
Norlida berkata, sepanjang lebih enam tahun menjaga Adik, ibu kandung kanak-kanak malang itu hanya beberapa kali datang bertemu tetapi kembali berhubung ketika cuba mendapatkan dokumentasi kemasukan Tahun Satu daripada ibu kandungnya.
Ketika itu, Norlida tidak menyangka yang ibu kandung Adik meluahkan hasrat untuk menjaganya semula tahun lalu, dan selepas menyerahkan anak angkatnya itu, dia tidak lagi berpeluang bertemu dengan kanak-kanak berkenaan malah talian telefonnya juga disekat.
“Ada sekali kami berpeluang bertemu dengannya secara senyap-senyap di kedai makan di Rawang ketika Adik dibawa bapa tirinya berjumpa kami dan Adik pernah cakap dia rindu Ummi,” katanya.
Norlida berkata, pemergian Adik bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya malah seluruh ahli keluarga serta kenalan mereka kerana perwatakannya yang peramah, periang dan mudah mesra walaupun baru dikenali.
Dipercayai Didera
Semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut, dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya di sini.
Kanak-kanak malang tersebut didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira 4 petang namun siasatan siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.
MW: Pastinya rasa terkilan, meskipun anak angkat namun dijaga dengan penuh kasih sayang akhirnya dilakukan sebegitu rupa, oleh ibu kandung sendiri. Semoga perlakuan tersebut mendapat pembalasan yang setimpal.