Dalam era di mana inklusiviti menjadi fokus utama, Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, terus berinovasi dengan memperkenalkan fesyen Muslimah inklusif yang menyentuh hati para wanita.
Kajian terbaru oleh Shopee, “Fesyen Inklusif Gaya Lagi Lit, mendapati bahawa 93% pengguna wanita di Malaysia mencari koleksi yang merangkumi keperluan pelbagai saiz, umur, dan bentuk badan.
Destinasi Terbaik Fesyen Muslimah
Kajian mendalam ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi di kalangan pengguna dengan 98% yakin bahawa Shopee adalah destinasi terbaik untuk fesyen Muslimah yang mencerminkan kepelbagaian gaya dan personaliti. Ini bukan sahaja membuka ruang untuk pilihan lebih luas tetapi juga meraikan individualiti setiap wanita.
Di samping itu, hampir tiga perempat pengguna (74%) mengutamakan pakaian inklusif yang serba lengkap. Sementara itu, 16% lagi menyatakan minat terhadap pakaian yang sopan namun sesuai untuk semua jenis aktiviti, dan 10% lagi terfokus pada penggunaan bahan lestari serta rekaan yang menepati keperluan khas.
Ads
Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Perisikan Perniagaan di Shopee Malaysia, berkata, Shopee mendedikasi untuk memenuhi hasrat wanita Malaysia yang menghargai fesyen Muslimah sebagai medium ekspresi diri dan penguat keyakinan. Kajian ini menguatkan lagi hasrat Shopee untuk menyediakan koleksi yang tidak hanya merangkumi kepelbagaian bentuk badan tetapi juga personaliti dan gaya yang berbeza.
Sokongan Komuniti Lokal
Shopee turut menerokai sokongan komuniti dengan mendorong PKS tempatan yang berfokus pada inklusiviti, seperti Ariana Exclusive dan Indah Pesona, menguatkan lagi industri fesyen dan ekonomi negara.
Ads
Sebanyak 97% pengguna Shopee menekankan pentingnya menyokong jenama lokal yang membawa impak positif terhadap pengembangan ekosistem fesyen di Malaysia.
Selain itu, pelancaran koleksi 7.7 #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit menjadi bukti nyata komitmen Shopee dalam memperkasakan wanita. Koleksi ini menampilkan tiga gaya inovatif iaitu:
Ads
Warna Lit Lit: Penampilan untuk wanita yang berani dengan gaya unik tersendiri. Ia menggayakan pakaian dengan kombinasi warna kreatif untuk menyerlahkan keunikan diri.
Every Body Cantik: Penampilan ini meraikan pelbagai jenis bentuk badan. Ia menawarkan siluet yang mengutamakan pakaian versatil yang memperkasakan wanita dari semua jenis bentuk badan dan saiz untuk bergaya dengan yakin.
Girl Boss: Penampilan ini adalah untuk wanita yang kuat, berdikari, dan bercita-cita tinggi. Ia menampilkan pakaian bergaya dan selesa, sesuai untuk kerja atau sebagai pakaian harian.
Tambah menarik, Shopee Live menjadi platform dinamik untuk inspirasi fesyen, dengan 86% pengguna berinteraksi secara aktif mencari tips gaya dan tren terkini. Ini menunjukkan bagaimana Shopee tidak hanya sebagai platform belanja tetapi juga sumber inspirasi fesyen.
Shopee tidak hanya menyediakan platform untuk membeli-belah tetapi juga memperkasakan wanita Malaysia untuk mengekspresikan diri melalui fesyen yang inklusif. Dengan jaminan penghantaran tepat waktu dan polisi pemulangan yang mudah, Shopee memastikan pengalaman membeli-belah yang memuaskan hati setiap wanita di Malaysia.
Untuk lebih lanjut tentang koleksi fesyen Muslimah yang inklusif dan promosi RM1 Super Seringgit Fashion Deals, layari https://shopee.com.my/m/7-7 pada 7.7 Jualan Fesyen Mega.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kos belanja barangan dapur semakin tinggi. Pastinya golongan mak-mak perlu fikirkan bajet yang terbaik untuk keluarga mereka. Apatah lagi mak-mak ini merupakan menteri kewangan keluarga. Mereka perlu bijak berbelanja dan pastinya perlu memilih lokasi beli belah sesuai dan berbaloi.
Bagi mak-mak yang ada anak ramai mereka perlu bijak dan praktikkan pembelian barangan basah dan kering di pasar mahupun pasar raya yang menawarkan harga yang berbaloi.
Perancangan dan kawalan perbelanjaan dapur yang betul sangat penting. Jangan sampai perbelanjaan melebihi kewangan yang diperolehi.
Amalan golongan mak-mak membeli barangan keperluan wajib ada di rumah dengan berjimat dan pastinya hidup berjimat memerlukan displin yang tinggi supaya tidak terjebak dalam perbelanjaan luar kawal.
Memang Berbaloi & Ceria Beli Belah Di My Lotus’s!
Tanya saja pada golongan mak-mak di manakah pilihan utama mereka membeli belah, sudah pasti ramai yang akan menyebut My Lotus’s.
Destinasi ini menjadi pilihan dek kerana My Lotus’s bukan hanya menyediakan keperluan dapur, malah pasar raya ini juga menawarkan lebih daripada segalanya termasuk pelbagai pilihan kategori barangan lain seperti pakaian dan produk kecantikan.
Paling menceriakan bukan saja tempat beli belah khas untuk mak-mak tapi untuk satu keluarga. Bagi anda yang tidak ada masa untuk turun padang My Lotus’s tidak hanya menawarkan pengalaman beli-belah secara fizikal, malah pengguna turut boleh membuat pembelian menerusi aplikasi Lotus’s.
Paling penting harga yang ditawarkan menjimatkan poket mak-mak! Sebab itulah mak-mak memilih My Lotus’s kerana banyak kelebihan beli belah di sini. Ada saja promosi yang ditawarkan dalam usaha memberi nilai terbaik kepada pengguna.
Banyak Manfaat & Ganjaran Istimewa
Manfaat baik kepada ahli My Lotus’s, jika anda membeli-belah anda boleh mengumpul mata ganjaran bagi setiap barangan yang dibeli! Bagi anda yang belum menjadi ahli My Lotus’s jangan berlengah, cepat-cepatlah daftar semestinya setiap ganjaran yang diperolehi akan menceriakan hidup. Malah tawarannya sudah tentu murah dan menjimatkan duit poket mak-mak setiap bulan!
Keistimewaan Bulan Ahli My Lotus’s
My Lotus’s juga sentiasa memudahkan mak-mak, paling penting ‘mesra poket’. Tergambar keceriaan wajah mak-mak bila barangan keperluan dapur boleh didapati dengan harga yang berpatutan.
Lotus’s merupakan peruncit multirangkaian terbesar jika menyertai Ahli My Lotus’s anda akan nikmati promosi eksklusif sebagai ahli. Malah inisiatif yang dilakukan oleh My Lotus’s juga turut memberikan penjimatan terbaik istimewa pada Bulan Ahli My Lotus’s dan semestinya kebaikan berganda buat pelanggan setia mereka!
Kempen Khas Buat Pelanggan Setia Ahli My Lotus
Paling membahagiakan terbaru My Lotus’s akan mengadakan promosi hebat buat pelanggan setia yang juga ahli My Lotus’s bermula pada 22 September hingga 19 Oktober di seluruh rangkaian My Lotus’s di seluruh negeri.
Banyak Ganjaran Ahli My Lotus’s
Apabila anda sudah menjadi ahli My Lotus’s tiba masanya untuk anda menikmati pelbagai faedah-faedah:
Anda akan perolehi lima kali mata pada item terpilih sepanjang kempen dijalankan.
Ahli eksklusif My Lotus’s akan menerima harga promosi jenama kegemaran anda.
Ganjaran kejutan pada 13 Oktober sehingga 19 Oktober, nantikan set calendar siap siap!
Semestinya pengalaman membeli belah barangan keperluan di My Lotus’s cukup mudah. Dengan keahlian My Lotus’s harga eksklusif, mata ganjaran yang senang diperolehi dan paling sempoi dapat tebus mata ganjaran dengan mudah ya!
Jangan risau jika tidak ada masa keluar beli belah, My Lotus’s bekalkan keperluan runcit dan rumah dengan pembelian mudah secara online di platform tersedia Lotus’s!
Malah pelbagai kaedah pembelian yang boleh pelanggan pilih termasuk menerusi platform e-dagang Lazada, Shopee, Happy Fresh, Grab Mart serta Food Panda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai yang masih beranggapan bahawa krim tabir suria (sunscreen) dan pelindung matahari hanya perlu digunakan ketika berada di pantai. Stigma salah ini masih membelenggu masyarakat sehingga ramai yang mengabaikan kepentingan pemakaian krim ini.
Namun, Sunplay Ultra Shield membawa konsep perlindungan kulit lebih jauh dari sekadar keselamatan semasa berjemur di pantai. Tahukah anda, Sunplay Ultra Shield telah ditingkatkan dari Solarex-3 ke Solarex-5, menjadikannya pilihan terbaik untuk memelihara kulit anda sepanjang hari!
Memahami masalah kulit rakyat Malaysia
Dibandingkan dengan pemikiran umum tentang pelindung matahari, Sunplay Ultra Shield bukan sahaja melindungi daripada sinaran UVA dan UVB, tetapi juga memberikan perlindungan terhadap cahaya biru, inframerah, dan faktor-faktor lain yang merbahaya. Tekstur lembutnya di bawah sinar matahari, bersama dengan sifat antioksidan, sekaligus memastikan kulit anda kekal lembap dan berseri tanpa rasa kering atau kasar.
Keistimewaan Sunplay Ultra Shield tidak terhenti di situ sahaja. Produk ini memahami masalah kulit yang umum di kalangan rakyat Malaysia, seperti kulit berminyak dan masalah jerawat. Ia diformulasikan khas dengan sifat kawalan minyak yang membantu mengatasi masalah keradangan kulit, serta mengandungi Niasinamid untuk mengawal pengeluaran minyak dan mengurangkan risiko ditumbuhi jerawat.
Sebelum memilih pelindung matahari, terdapat beberapa faktor penting yang perlu diberi perhatian. Sunplay Ultra Shield bukan sahaja memenuhi kriteria-kriteria tersebut tetapi juga menambah nilai dengan bahan-bahan seperti Gliserin + Asid Hyaluronik untuk melembapkan kulit, Niasinamid untuk mencerahkan tona kulit, dan ekstrak epal, karnosin, serta Fullerene sebagai bahan antioksidan.
Kebiasaannya, ramai pengguna pelindung tabir matahari merungut tekstur produk yang melekit dan tidak memberi keselesaan selepas pemakaiannya. Namun, Sunplay Ultra Shield dilengkapi teknologi yang mesra kulit basah di mana anda boleh menggunakannya terus pada kulit walaupun kulit berada dalam keadaan basah. Ia memberikan lapisan perindungan yang berfungsi walaupun di dalam air dan lebih penting, ia tahan peluh dengan lebih lama.
Satu lagi keistimewaan Sunplay Ultra Shield yang ternyata memenangi hati para pemakai pelindung matahari ialah ia didatangkan dalam tekstur ringan yang tidak berminyak sekaligus memudahkan ia diserap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan bercapuk dan putih!
Dengan SPF50 PA++++, Sunplay Ultra Shield bukan hanya pelindung matahari biasa. Ia merupakan pilihan terbaik untuk melawan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh kulit setiap hari, menjadikan penggunaan pelindung matahari bukan sekadar keperluan, tetapi juga satu bentuk penjagaan kulit yang holistik!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lebih seminggu selepas gempa bumi kuat melanda Turkiye dan Syria, jumlah kematian kini meningkat kepada lebih 40,000 di kedua-dua negara. Sejumlah 35,418 mangsa terbunuh di Turkiye, manakala lebih 5,800 lagi di Syria, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Paling menyedihkan, kata jurucakap agensi kanak-kanak PBB UNICEF James Elder kepada pemberita di Geneva lebih tujuh juta kanak-kanak terjejas akibat gempa bumi kuat dan gempa susulan besar yang memusnahkan Turkiye dan Syria minggu lalu.
PBB turut menganggarkan sehingga 5.3 juta orang di Syria mungkin kehilangan tempat tinggal susulan gempa bumi yang meranapkan lebih 5,000 bangunan termasuk tempat kediaman.
Kanak-Kanak Tersepit Di Celah Runtuhan Batu, SedihnyaSekadar Minum Melalui Penutup Botol
Turkiye yang dilanda gempa bumi 7.8 magnitud, kekuatannya bersamaan 472.4 biji bom atom yang dilepaskan serentak. Begitulah gambaran gempa yang melanda Turkiye dan utara Syria.
Banyak kisah yang menjadi teladan antara yang menarik perhatian menerusi sebuah video yang dikongsi oleh wartawan berasal dari Palestin @Muhammad Smiry mengundang simpati ramai.
Ia mengenai seorang kanak-kanak yang tersepit di celah runtuhan batu. Sementara menanti untuk diselamatkan untuk menyambung nyawanya, air hanya dapat diberi melalui penutup botol kerana hanya bahagian mukanya saja yang kelihatan sementara tubuhnya yang lain tersepit di celah runtuhan batu besar.
Namun di sebalik ujian menimpanya, dalam memastikan keadaan kanak-kanak berasal dari Syria dan menetap di Turkiye ini terus sihat, mereka yang berdekatan dengannya terus bertanyakan situasinya. Jelas, dirinya nampak berani walau dirinya mungkin tidak menyedari bahaya terus menantinya jika bantuan lambat sampai kepadanya.
Bayi Yatim Piatu Lahir Di Bawah Runtuhan, Rezeki Disusukan Isteri Pengarah Hospital
Kisah lain yang turut menyentuh jiwa seperti mana yang dilaporkan Agensi Anadol pula, anggota penyelamat di bandar Jinderis di utara Syria menemukan bayi perempuan berambut gelap lebih 10 jam selepas gempa bumi 6 Februari lalu ketika mereka sedang menggali serpihan bangunan pangsapuri lima tingkat didiami ibu bapanya.
Bayi itu ditemukan tertimbus di bawah runtuhan dalam keadaan masih bertali pusat dan kemudiannya dikejarkan ke hospital di Afrin untuk mendapatkan rawatan. Aya yang dilahirkan dalam keadaan luar biasa di bandar Jindires, barat laut Syria akan membesar sebagai anak yatim piatu.
Rezeki buat bayi perempuan bertuah ini, meskipun dilahirkan di bawah runtuhan rumah keluarganya selepas gempa bumi dahsyat dilaporkan dalam keadaan sihat dan kini disusukan oleh isteri pengarah hospital.
Ibu Aya, Afraa Abu Hadiya meninggal dunia selepas melahirkannya. Bapa dan empat adik-beradiknya turut terkorban dalam gempa itu.
“Dana Bantuan Kemanusiaan Malaysia Kepada Mangsa Gempa Bumi Di Turkiye Dan Syria Setakat Ini Berjumlah RM50 Juta” Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru pulang di tanah air selepas mengadakan lawatan sehari ke Turkiye bagi memberikan sokongan kepada pasukan penyelamat serta menzahirkan komitmen Malaysia untuk membantu rakyat negara itu yang terkesan dengan malapetaka gempa bumi. Beliau melawat Ground Zero (kawasan bencana) dan menyifatkan kemusnahan akibat gempa bumi itu “amat dahsyat dan di luar jangkaan.”
Menerusi pesanan di akaun Facebooknya, Anwar maklumkan bahawa dana bantuan kemanusiaan Malaysia kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria setakat ini berjumlah RM50 juta.
Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Prihatin Bantu Mangsa Gempa Bumi Di Turkiye & Syria
Turut mengorak langkah menghulurkan bantuan, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang merupakan salah sebuah badan bukan kerajaan telah berlepas menuju ke Lubnan pada 15 Febuari lalu bagi menggerakkan misi Bantuan Musim Sejuk 3 Negara yang memfokuskan kepada rakyat Syria yang menjadi pelarian di negara itu.
Susulan gempa bumi yang terjadi di Turkiye dan telah menyebabkan banyak kemusnahan terutama di Wilayah Gaziantep, Ankara serta negara Syria, Peduli Insan akan turut membawa Misi Bantuan Kecemasan Gempa Syria Turkiye. Kehadiran pasukan Peduli Insan di Lubnan bertujuan bagi menyantuni dan mengedarkan bantuan kepada lebih 10,000 pelarian Syria yang menjadi pelarian di negara itu sebelum bertolak ke wilayah Gaziantep, Turkiye dan utara Syria.
Pasukan Peduli Insan di KLIA sebelum berlepas menjayakan Misi Bantuan Musim Sejuk.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan, perancangan misi Bantuan Musim Sejuk 3 Negara sudah dilakukan lebih dari sebulan yang lalu.
“Pasukan Peduli Insan akan pergi ke Lubnan dahulu untuk memberikan bantuan musim sejuk di mana alatan seperti alat pemanas, bahan bakar, set pakaian musim sejuk, kotak makanan serta makanan panas siap hidang akan diagihkan mengikut keadaan mereka dan keperluan mendesak ketika ini” ujar Mohd Luqmanulhakim.
Pada masa yang sama Mohd Luqmanulhakim turut memberitahu, Misi Bantuan Kecemasan Gempa Syria Turkiye dilancarkan sejurus selepas mendengar khabar duka yang melanda Turkiye dan Syria yang mengakibatkan kemusnahan serta kerosakan hampir 30,000 bangunan.
Fokus utama bantuan kecemasan gempa adalah untuk diberikan kepada rakyat Syria sendiri serta pelarian Syria yang berada di Turkiye selepas melihat bantuan dunia lebih tertumpu kepada Turkiye.
Bagi tujuan penyelarasan dan koordinasi bantuan yang diperlukan, Peduli Insan akan melihat rencana keperluan daripada Kementerian Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD).
“Kami juga akan bergerak ke Turkiye dan Syria di dalam usaha menyampaikan bantuan daripada para penyumbang untuk mangsa gempa yang kini angka kematian sudah mencecah 36,000 mangsa.
“Peduli Insan telah mengeluarkan dana kecemasan awal berjumlah RM250,000 untuk kegunaan segera dalam memberi bantuan kepada mangsa gempa di Syria dan Turkiye bermula hari pertama berlakunya bencana ini.
“Setakat ini kami menerusi pasukan di pejabat Peduli Insan di Syria dan Turkiye telah mengedarkan bantuan dari segi sokongan peralatan mencari dan menyelamat, makanan panas siap hidang, selain daripada agihan bantuan musim sejuk berbentuk set pakaian musim sejuk, selimut tebal serta sokongan perubatan dan pemulihan trauma kepada kanak-kanak dan kini keseluruhan dana yang telah berjaya dimanfaatkan adalah melebihi RM600,000,” ungkapnya lagi.
Peduli Insan juga turut memaklumkan hasil dana kecemasan itu telah berjaya disalurkan melalui lebih 10,000 makanan panas yang diusahakan sendiri melalui dapur Peduli Insan di Azaz, Syria.
Selain daripada itu, 14,000 liter diesel bagi kegunaan alatan pemanas telah diberikan kepada masjid-masjid yang menempatkan mangsa gempa bumi, 11,950 set pakaian musim sejuk telah diagihkan, 2,000 selimut tebal telah diberikan dan pasukan Peduli Insan sedang berusaha mendapatkan lebih banyak bantuan.
“Kami juga sedar tentang trauma yang dihadapi oleh kanak-kanak terutamanya apabila berlaku bencana seperti ini, dan pasukan kami telah memberikan sokongan pemulihan trauma kepada 865 kanak-kanak melalui permainan, gula-gula serta coklat dan juga program penceritaan buku kanak-kanak bagi memastikan mereka dapat berada di dalam keadaan tenang” sambung Mohd Luqmanulhakim.
Pengarah Jabatan Projek Peduli Insan, Azfar Abdullah pula memaklumkan pasukan Peduli Insan juga memberi fokus bantuan terhadap kanak-kanak yang terkesan akibat bencana itu dan telah mengenalpasti serta memberi bantuan berbentuk lampin bayi, susu formula untuk bayi kepada lebih 200 keluarga yang mempunyai bayi serta anak kecil.
Justeru itu, orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan bagi bantuan kecemasan gempa bumi Syria Turkiye boleh membuat sumbangan menerusi akaun rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bernombor akaun 07043011062082 atau menerusi www.peduliinsan.org.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai Kempen Bantuan Kecemasan Syria Turkiye boleh hubungi talian Peduli Insan melalui nombor 0133968840.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!