Window Shopping Ibarat Terapi Untuk Kurangkan Stres & Ceriakan Emosi, Hanya Mak-mak Duduk Rumah Tahu Nikmat Ini!

Share

Nikmat window shopping ini hanya akan diselami oleh kaum mak-mak yang jarang keluar rumah. Tetapi kalau dapat beli sesuatu yang dia suka, lagilah gemuk hati. Namun dengan ekonomi hari ini, kebanyakan wanita bergelar isteri lebih memilih tidak membeli ikut kehendak sebab tak nak membebankan suami.

Ok macam mana pula kalau hari suami gaji, masih suka duduk rumah atau nak keluar rumah? Kalau kaum suami nak tahu, galilah perkongsian dari hati Puan Intan Dzulkefli ini…

Bila suami dapat gaji, benda yang paling best ialah pergi supermarket beli barang dapur. Walau cuma pergi Tesco ke Econsave, tapi itulah.. rasa syok sungguh.

Sebab kadang dalam seminggu, terutamanya suami kerja lebih masa memang tak ada peluang keluar rumah. Itulah realiti seorang wanita yang menjadi suri di rumah. Jadi bila suami ajak keluar beli barang, dia punya feeling, yeay bestnya macam nak melompat bintang 3x. Sebab dapat rasa fresh air (fresh la sangat), cuci-cuci mata, & ada orang boleh tolong tengok-tengokkan anak-anak juga (beza dengan outing sendiri dengan anak-anak).

Jangan tak percaya, ramai je mak-mak yang tak berani nak drive keluar sendiri dengan anak-anak. Macam nak keluar, tapi nanti tak jadi bila mengenangkan kegetiran yang mungkin terjadi. Huuu… sayalah antara orangnya tu. Hihi.

Kadang kalau seharian anak-anak asyik mengamuk, sampai kita sendiri muka pun da takleh nak senyum, suami balik saya terus request kat dia, nak keluar satgi. Dia tanya nak pergi mana? Pergi guardian. Nak beli apa? Nak beli shampu. Lepas tu muka suami saya macam; “Eh bukan kat kedai runcit depan rumah pun ada shampu?” Tapi syukurlah dia tetap ikut je tanpa banyak soal. Haha.

Sebenarnya mungkin ramai suami tak tahu, ramai isteri (especially stay home mother) bila dapat keluar pergi watson sekadar dapat try tester perfume, pergi cuci mata kat Tesco tengok nonstick pan atau ke indexliving tengok decoration ruangan rumah, walau tak beli pun dah rasa happy sangat dah. Serius. Aktiviti window shopping ni ibarat terapi untuk mengurangkan stress & menceriakan emosi.

Pernah sekali kami pergi beli barang di Econsave, saya berpisah dengan suami cari barang, ternampak seorang wanita yang juga sedang pilih-pilih barang, tup tup kena tengking dengan suaminya yang tiba-tiba muncul.

“Puas cari kat sini rupanya… Belek apa lagi tu! Menghabiskan duit je tahu. Dah jom balik lah!” Lepas marah terus dia berpaling pergi.

Air muka isteri yang ceria tadi tu terus berubah. Saya pun tiba-tiba serbasalah untuk respon bagaimana sebab saya sedar isteri itu rasa malu & nampak seperti sudah mahu menangis. Terus dia beredar.

Sedihnyalah… kadang hanya sebab isteri duduk di rumah, ada jenis suami yang sewenangnya pandang rendah pada isteri. Anggap isteri duduk rumah rehat-rehat, makan & tercongok depan tv saja agaknya. Bila isteri minta apa-apa dianggap menyusahkan & menghabiskan duit. Allah.

Ketika Mu’awiyah bin Haidah RA bertanya kepada Rasulullah SAW; “Wahai Rasulullah, apa hak isteri terhadap suaminya?”

Baginda menjawab,

“Engkau beri makan isterimu bila engkau makan & engkau beri pakaian bila engkau berpakaian. Jangan engkau pukul wajahnya, jangan engkau jelekkan (mencerca, mencela) & jangan engkau boikot kecuali di dalam rumah.” (HR. Abu Dawud & Ibnu Majah)

Maka hendaklah para suami sedar bahawa apa yang dia nafkahkan kepada isteri & anak-anaknya tidaklah bernilai sia-sia di sisi Allah.
Hargailah para isteri, isteri bukan beban. Bahkan jika suami berbuat baik kepada isteri, isteri senang hati sentiasa mendoakan. Doa tulus itulah magnet rezeki buat kalian.

Alhamdulillah ‘ala kulli nikmah.

Published by
Nadia