Mingguan Wanita kini berada di dalam aplikasi   
Mingguan Wanita kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita WHO Jangka Pesakit Kritikal Bertambah, Kes COVID-19 Malaysia Memuncak Pertengahan April

WHO Jangka Pesakit Kritikal Bertambah, Kes COVID-19 Malaysia Memuncak Pertengahan April

Pandemik COVID-19 sudah mengorbankan 45,719 penduduk dunia sejak ia mula tersebar Disember lalu di China, menurut statistik dikeluarkan AFP daripada sumber rasmi hari ini. Lebih daripada 905,580 kes jangkitan disahkan di 187 negara dan wilayah sejak bermulanya penularan wabak berkenaan.

Namun cukup membimbangkan apabila jumlah kes COVID-19 di Malaysia dijangka mencapai puncak pertengahan April dan akan semakin ramai pesakit kritikal. Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua dijangka berakhir pada 14 April nanti, adakah bermaksud PKP akan diteruskan atau sebaliknya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, berdasarkan data yang ada, Pejabat WHO Negara menganggarkan Malaysia menunjukkan jumlah tertinggi pesakit di hospital pada pertengahan April.

WHO Jangka Pesakit Kritikal Bertambah, Kes COVID-19 Malaysia Memuncak Pertengahan April

Pesakit Kritikal Bertambah Minggu Depan

Ketua misi merangkap wakil WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura, Ying-Ru Lo, berkata jumlah pesakit kritikal di negara ini dijangka meningkat minggu depan.

IKLAN

“Malaysia mempunyai jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara dengan 2,908 kes yang disahkan dan sudah mengeluarkan larangan perjalanan bagi membendung penularan coronavirus ini.

“Berdasarkan data yang ada, Pejabat WHO Negara mengunjurkan kes yang dimasukkan ke hospital di Malaysia akan memuncak pada pertengahan bulan ini,” katanya dalam jawapan e-mel kepada Reuters.

IKLAN

Ramalan Mungkin Berubah

Katanya, jumlah pesakit yang kritikal pula dijangka memuncak menjelang minggu depan, namun ramalan WHO itu mungkin berubah.

“Wujud tanda-tanda lengkungan kadar kes akan mendatar tetapi ia mungkin melonjak kembali jika langkah pencegahan sedia ada dilonggarkan atau orang ramai tidak lagi mematuhi arahan perlindungan,” katanya.

IKLAN

Tambah beliau, data mengenai jangkitan baharu setakat ini dan langkah pemantauan tambahan tidak menunjukkan penyebaran meluas wabak dalam kalangan penduduk negara ini.

Terkini setakat jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 208 kes baharu direkodkan menjadikan kes kumulatif sebanyak 3,116 kes. Terdapat 102 pesakit coronavirus ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh Malaysia dan 50 kematian dilaporkan.

MW: Semoga ramalan daripada WHO ini berubah. Sama-sama kita doakan semoga berlaku penurunan kes, Malaysia kembali pulih seperti sediakala dan bebas daripada pandemik COVID-19 ini. Paling penting, kita ikut arahan pihak berkuasa #dudukrumah agar rantaian covid-19 ini dapat dihentikan.

Sumber: Bharian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI