Hiburan

Wawa Zainal Minta Isteri Jangan Lukai Suami Sebaik ‘Anas’

Share

Rupanya bukan penonton saja terkesan dengan lakonan hebat Aeril Zafril sebagai Anas dalam drama rantaian Cari Aku Di Syurga, isteri Aeril, Wawa Zainal pun terkesan sama.

Akuinya dulu pun, di awal perkahwinan dia bukanlah seorang isteri yang penyabar. Malah menggelar dirinya garang macam harimau. Tapi itu semua kenangan dulu.

 

 

Dulu.. Bila Wawa Marah-marah, Reaksi Aeril Setenang Anas

Katanya, “cried a lot bila tengok muka kesian Anas (Aeril) macam ni. Sebab masa awal perkahwinan dulu I harimau jugak. Suka marah-marah dia

.”

Biasalah budak-budak, tak matang (tapi tak ada lah teruk macam ciklisa tu). Tapi Aeril tenang macam tu lah reactioan dia. Sama macam dalam TV. Sabar je dengan perangai isteri dia.”

Tambahnya lagi, “Nasib baik la I insaf cepat. Jadi isteri yang baik dah. Korang tanya ada ke lelaki sebaik Anas? Yang tak melukai hati isterinya.. ada.. ada je.. kalau ada tu hargai la.. jangan sesekali sia-siakannya.”

Eh rindunya dengan Aeril Zafril. Tengok dalam TV jelah mampu.” kongsinya tentang drama lakonan suaminya bersama Janna Nick yang berlakon sebagai Lisa.

 

Kerana Watak Lisa, Janna Nick Kena Kecam Teruk

Janna Nick yang memegang watak Lisa dalam drama ini sememangnya membawakan karektor antagonis. Macam-macam perbuatan kejam yang dilakukan Lisa (gadis bandar) yang berkahwin dengan Anas (pemuda kampung).

Tak cukup memukul suami dengan gayung, Lisa juga enggan menyusu apatah lagi melihat anak yang baru dilahirkan. Lisa juga tanpa rasa bersalah menyeksa ibu mentuanya. Dan akhirnya ibu mentuanya meninggal dunia.

Dan disebabkan perbuatan kejam Lisa itulah, netizen beremosi marah-marah. Geram sungguh dengan Lisa yang tak ada hati perut itu.

 

Pengarah Drama Pun Sampai Stress

Nampaknya pengarah drama Nur ini, Shahrulezah Mohameddin berjaya melahirkan satu lagi watak ‘ustaz Hamadi’ yang membuatkan satu Malaysia beremosi, marah-marah, jadi tak tenang bila mengadap drama ini.

Kata pengarahnya, mengarah drama ini memberi satu tamparan hebat dalam kerjayanya sebagai pengarah. Malah ada episod dalam drama ini juga dihasilkan sepantas kilat. Hari ini siap shooting, esok dah tayang di TV.. hebat.

Stress shooting kali ni tak pernah abam rasa sebelum ini sepanjang karier abam sebagai pengarah yang berbelas tahun ni. Anyway setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan pengajaran yang terselit.

Abam berdoa semoga Allah permudahkan urusan shooting abam yang dah paras hidung ni. Semoga hujan lebat setiap petang yang menjadi penghalang kelancaran shooting drama ini hujan ini jugak lah sebenarnya memberi rahmat untuk semua.

Doakan abam dapat laksanakan ujian ni dengan tabah dan berjaya ya.”

Sumber/Foto : Wawa Zainal, Aeril Zafril, Shahrulezad Mohameddin

Published by
webadmin