Wawa Zainal berhabis setengah juta untuk stokis & ejen. Rezeki tahun baharu! Jika hujung tahun lalu tular Wawa Zainal melalui syarikatnya, Wawa Cosmetics mengeluarkan zakat perniagaan mencecah jutaan ringgit, pelakon Wawa Zainal memperuntukkan pula hampir RM500,000 sebagai imbuhan kepada stokis dan ejen yang membantu menjana keuntungan Wawa Cosmetics bagi 2023.
Mana tidaknya, keuntungan syarikat tahun lalu mencecah angka RM32 juta!
Penghargaan diberikan meliputi hadiah berupa wang tunai kepada ejen dan stokis yang mempunyai nilai jualan tertinggi sepanjang tahun lalu. Wawa Zainal melalui Wawa Cosmetics turut membawa rombongan seramai 33 orang mengerjakan umrah sebagai sebahagian insentif untuk ejen dan stokis.
“Kakitangan, stokis dan ejen adalah nadi Wawa Cosmetics sejak ditubuhkan enam tahun lalu sehingga kini mampu berdiri gah.
“Selain menghargai mereka dengan mengadakan majlis pengiktiran dan memberi ganjaran dalam bentuk wang tunai,sebenarnya setiap tahun kami menganjurkan percutian ke luar negara termasuk ke Eropah,” ujar Wawa yang memperuntukkan lebih RM100,000 wang tunai buat 10 stokis dan ejen terbaik pada malam penghargaan yang diadakan semalam.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, jika tiada aral rombongan syarikatnya itu dijadualkan berlepas ke Mekah hari ini. Pemergian ke Tanah Suci itu turut disertai Aeril dan anak ketiga mereka, Ayya Soffya yang kini sudah berusia empat tahun.
“Alhamdulillah, kami masih dapat dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang membantu mengukuhkan jenama syarikat, sekali gus menjadi pembakar semangat untuk terus berdaya saing.
“Ini juga adalah umrah keempat kami berdua, cuma kali ini hanya dapat membawakan Ayya Soffya kerana abang dan kakaknya sedang menghadapi peperiksaan,” katanya selepas Malam Gala Wawa Cosmetics, di sini, malam tadi.
Bercerita mengenai perkembangan syarikat, tahun ini pihak syarikat mensasarkan perolehan sebanyak RM50 juta yang juga sekali ganda daripada keuntungan yang diraih pada 2023.
“Tidak mustahil kami mampu mencapai sasaran melihatkan keuntungan tahun ini yang juga bertambah sekali ganda pada tahun sebelumnya iaitu RM18 juta untuk 2022.
“Bersama sokongan pengguna selain semangat ditunjukkan semua stokis, ejen serta seluruh jentera syarikat kami, misi itu bukan mustahil,” tambahnya yang amat berterima kasih di atas sokongan pelbagai pihak untuk kejayaan syarikat yang ditubuhkan bersama suami tersayang.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.