Wawa Nasihat “Kalau Sudah Tahu SUAMI ORANG, Janganlah KACAU, ‘Merenyam’” Fahami Isi Hati Sesama Wanita

Share

Wawa nasihat “Kalau sudah tahu suami orang, janganlah kacau, ‘merenyam’” fahami isi hati sesama wanita. Sememangnya apa yang diluahkan oleh pelakon dan kini bergelar ahli perniagaan berjaya, Wawa Zainal ada kebenarannya.

Tidak dinafikan ada yang cakap kalau perempuan tidak melayan pasti si suami orang itu berputus asa dan perkara ini takkan terjadi. Sekeras mana pun hati perempuan, mereka sangat mudah dipujuk.

Tidak dinafikan dengan sedikit kata-kata manis pasti akan percaya dengan janji-janjinya. Dan akhirnya perempuan juga dipersalahkan.

Jika tidak mahu mengundang kekecohan dan pergaduhan wanita yang masih bujang elaklah bercinta dengan suami orang atau kacau suami orang. Sebagai wanita janganlah kita tegar melukakan hati kaum sejenis. Hanya wanita memahami isi hati wanita lain dan sepatutnya belajar untuk memahami kekurangan atau kesengsaraan isterinya.

Wawa Nasihat “Kalau Sudah Tahu SUAMI ORANG, janganlah KACAU, ‘Merenyam’”

Ketika bersua wajah dengan pasangan sama cantik sama padan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel di majlis pelancaran Lagenda Kembali Asmaradana Wawa X Rozyana di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur baru-baru ini, Wawa Zainal meluahkan pendapatnya dan menasihat wanita di luar sana agar tidak memilih lelaki berstatus suami orang untuk dijadikan pasangan hidup.

Pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin yang juga ibu kepada empat cahaya mata itu juga menasihatkan agar sepatutnya wanita melindungi dan menghormati perasaan serta tidak menghancurkan kebahagiaan perasaan sesama wanita.

“Mana-mana perempuan di luar sana tu, janganlah ‘merenyam’.

“Kalau dah tahu suami orang, janganlah kacau sebab kita sepatutnya memahami isi hati sesama perempuan,” tutur Wawa bila diaju tentang isu poligami.

Perkahwinan Perlu Mendapat Restu

Anak kelahiran Sabah dan kini sudah menginjak usia 32, sebenarnya tidak menolak poligami asalkan perkahwinan mendapat restu individu terlibat.

“Kalau perempuan itu setuju atau rela hati dimadukan, okey sahaja. Tapi, kalau dia tak rela dimadukan, tak bolehlah kot.

“Ada sahaja isteri pertama rela dimadukan sebab dia bosan di rumah ke,” sambungnya.

Aeril Zafrel Tak Mahu Pening Kepala

Pada temubual yang sama, Aeril Zafrel pula mencelah tidak mahu memeningkan kepala beristeri lebih daripada satu walaupun perkara tersebut tidak dilarang dalam agama Islam.

“Saya sebenarnya tak nak pening. Sebenarnya, kalau kita ada orang lain, bertambah pening. Ada satu pun dah pening.

“Saya ni jenis lelaki yang bukan tak ambil kisah tapi banyak lagi benda yang nak difikirkan. Dengan anak-anak lagi.

“Ada kucing lagi. Kalau tambah bini, ‘confirm’ sakit kepala. Rambut dah baik-baik lebat sekarang, nanti botak pula,” ujarnya.

Kerjasama Dengan Pempengaruh Tik Tok Rozyana Roslan

Pada majlis yang sama pasangan ini turut menjelaskan tentang produk mereka Lagenda Kembali Asmaradana Wawa X Rozyana yang merupakan projek kedua kolaborasi bersama pempengaruh TikTok, Rozyana Roslan yang mempunyai lebih 5.2 juta pengikut.

“Selepas produk pertama dilancarkan pada September 2022, permintaan pelanggan terlalu tinggi terhadap minyak wangi itu sehingga terjual lebih 600,000 unit.

“Kini, kami meneruskan kerjasama dan mengeluarkan saiz botol wangian lebih besar dalam kuantiti yang terhad.

“Alhamdulillah, sebelum majlis pelancaran diadakan, ia sudah habis terjual 40,000 unit. Wangian ini didatangkan dengan tiga jenis varian iaitu Seri Pagi, Syurga Malam dan Mengundang Cinta,” terang Wawa.

Baca Disini : “Dalam Pada Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain Juga” Wawa Zainal Tak Lokek Hulur Sumbangan

Isteri Terbaik, Wawa Zainal Tak Simpan Dalam Hati Sentiasa Maafkan Aeril

Sumber Foto : Ihsan Wawa Zainal /  Instagram Wawa Zainal

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia

 

Published by
Norhayati Suboh