Berkongsi rezeki!. Selepas tular mengeluarkan wang zakat mencecah RM1 juta, pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sekali lagi membuat kejutan terhadap kakitangan syarikat milik mereka, Wawa Cosmetics.  Seorang kakitangan mereka menerima sebuah Perodua Bezza atas dedikasi dan kecemerlangan menggalas tanggungjawab diberikan.

Wawa & Aeril Hadiahkan Staf Kereta, Hargai Setiap Kerja Keras Kakitangan

Menurut Wawa, individu yang dipilih dari unit operasi itu sememangnya layak diberikan hadiah terbabit kerana menunjukkan prestasi kerja yang terbaik.

 

“Pasukan operasi kami sudah bekerja keras tahun ini dan saya sendiri tahu kepenatan yang perlu mereka hadap setiap hari.

“Saya hadiahkan sebuah kereta kerana kebanyakan pasukan operasi ini masih belum mempunyai kenderaan. Jadi, bagi menghargai sumbangan mereka kepada syarikat saya menghadiahkan sebuah kereta kepada individu yang sudah bekerja keras membantu Wawa Cosmetics.

Wawa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Wawa Glamorous Night, di Putrajaya, baru-baru ini.

Wawa & Aeril Hadiahkan Staf Kereta, Hargai Setiap Kerja Keras Kakitangan

Ads

Hadiah Bermakna

Wawa pada masa turut optimis untuk terus menghargai para pekerjaya, termasuk pasang impian untuk menghadiahkan sebuah rumah sekiranya jualan jenama mencapai sasaran.

Bercakap mengenai perkara itu, Wawa menjelaskan sasaran jualan keseluruhan ialah RM50 juta bagi tahun 2025.

“Setiap tahun saya dan Aeril memang mahu berikan yang terbaik untuk mereka dan insya-Allah tahun ini, kalau syarikat capai target jualan mungkin hadiah yang ditawarkan adalah sebuah rumah.

“Memang kami sudah berniat nak menghadiahkan sebuah rumah. Sebenarnya ini kejutan, kakitangan yang menang hari ini mereka tak tahu keputusan sebab saya mengupah pengurus acara dari luar untuk menjayakan majlis ini.

Ads

“Alhamdulillah jumlah jualan keseluruhan tahun 2024 sama seperti tahun sebelumnya iaitu sekitar RM30 juta ke atas.

“Boleh dikatakan kereta adalah hadiah paling besar pernah kami berikan sebab setiap tahun kami akan bawa kakitangan bercuti ke luar negara bagi menghargai sumbangan mereka kepada syarikat.

“Bagaimanapun kami bersyukur kerana kita masih boleh bertahan meski pelbagai cabaran yang dihadapi. Insya-Allah target tahun ini, kita akan mulakan misi untuk capai jualan sekitar RM50 juta,” katanya lagi.

Ads

Wawa & Aeril Hadiahkan Staf Kereta, Hargai Setiap Kerja Keras Kakitangan

Pada majlis sama, Wawa Cosmetics turut meraikan penjual semula (reseller) yang berjaya mencapai jualan keseluruhan bagi tahun 2024, seperti penghargaan berupa wang tunai dan pakej percutian ke Jepun.

Follow kami di Facebook Website , Instagram, YouTube , Twitter Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI