Watie Dituduh Mandul, Baru 3 Bulan Kahwin Shuib & “Akui Merancang Keluarga Buat Masa Ini…”

Share

Watie dituduh mandul, baru tiga bulan kahwin Shuib & akui merancang keluarga buat masa ini. Hari ini netizen menjadi hakim di media sosial. Langsung tidak sensitif dengan sesetengah isu, ada sesetengahnya mempunyai jiwa yang rosak.

Rosak kerana sakit hati melihat orang bahagia, rosak jiwa kerana cemburu orang ketawa serta pelbagai hal lagi. Terkini isteri Shuib, Watie Hanifah menjadi mangsa serangan seorang individu yang menulis komen berbaur sakit hati dan sensitif iaitu hal berkaitan anak.

Watie Dituduh Mandul, Baru 3 Bulan Kahwin Shuib

Mengakui baru tiga bulan berkahwin iaitu pada 23 Jun lalu dan merancang keluarga buat masa ini, dirinya ditohmah sebagai mandul hanya kerana pernah mengeluarkan kenyataan tidak kisah jika tidak dikurniakan rezeki anak sebaliknya akan memberi tumpuan membesarkan empat anak Shuib dan arwah Siti Sarah

iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra,9, Ariq Matin,6 dan Ayash Affan, 2 tahun.

 Dilihat sering berkongsi kebahagiaan dirinya dan keluarga di media sosialnya, Watie bagaimmana pun tidak melenting bila dituduh mandul oleh individu tersebut di instagramnya.

“Cakap jela kau tu dah mandul, kan senang. Orang lepas kahwin mesti nak cepat mengandung tapi kau sampai sekarang tak mengandung lagi.

Akui Merancang Keluarga Buat Masa Ini…”

Walau dihentam individu tersebut, jawapannya masih rasional.

“Saya baru 3 bulan berkahwin dan saya memilih untuk merancang tapi kalua Allah bagi Alhamdulillah & kalau Allah tak bagi pun Alhamdulillah, saya tetap syukur. Sebab ada zuriat atau pun tidak, saya sudah pun mempunyai anak sekarang.

“Semoga doa awak itu berbalik pada awak… Kalau baik maka baiklah juga untuk awak. Kalau baik, baiklah untuk awak juga,” katanya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Arwah Sarah Selamanya Istimewa Di Hati Shuib “Watie Pun Tahu. Perbandingan Tak Patut Berlaku, Kena Terima Realiti”

Shuib Niat Kahwin Watie Pertengahan Tahun “Pesan Jangan Ambil Pusing Komen. Kasihan Dia Bukan Selebriti”

“Emak Menilai Yang Baik-Baik Mengenai Watie” Shuib Dapat Restu Ibu

“Shuib Seorang Lelaki Baik, Sering Memberi Sokongan Kepada Artis Lain” Zara Zya

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sebab Kenapa Kak Lina Tak Sokong Teguran Secara Kasar, jaga aib orang.
‘Kalau sayang, tegur belakang kamera dik, bukan depan kamera!’ kata Kak Lina. Cantik kan aksesori daripada Sin Ter May yang Kak Lina pakai, berkilau!!

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros