Watie dituduh mandul, baru tiga bulan kahwin Shuib & akui merancang keluarga buat masa ini. Hari ini netizen menjadi hakim di media sosial. Langsung tidak sensitif dengan sesetengah isu, ada sesetengahnya mempunyai jiwa yang rosak.
Rosak kerana sakit hati melihat orang bahagia, rosak jiwa kerana cemburu orang ketawa serta pelbagai hal lagi. Terkini isteri Shuib, Watie Hanifah menjadi mangsa serangan seorang individu yang menulis komen berbaur sakit hati dan sensitif iaitu hal berkaitan anak.
Watie Dituduh Mandul, Baru 3 Bulan Kahwin Shuib
Mengakui baru tiga bulan berkahwin iaitu pada 23 Jun lalu dan merancang keluarga buat masa ini, dirinya ditohmah sebagai mandul hanya kerana pernah mengeluarkan kenyataan tidak kisah jika tidak dikurniakan rezeki anak sebaliknya akan memberi tumpuan membesarkan empat anak Shuib dan arwah Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra,9, Ariq Matin,6 dan Ayash Affan, 2 tahun.
Dilihat sering berkongsi kebahagiaan dirinya dan keluarga di media sosialnya, Watie bagaimmana pun tidak melenting bila dituduh mandul oleh individu tersebut di instagramnya.
Ads
“Cakap jela kau tu dah mandul, kan senang. Orang lepas kahwin mesti nak cepat mengandung tapi kau sampai sekarang tak mengandung lagi.
Akui Merancang Keluarga Buat Masa Ini…”
Walau dihentam individu tersebut, jawapannya masih rasional.
“Saya baru 3 bulan berkahwin dan saya memilih untuk merancang tapi kalua Allah bagi Alhamdulillah & kalau Allah tak bagi pun Alhamdulillah, saya tetap syukur. Sebab ada zuriat atau pun tidak, saya sudah pun mempunyai anak sekarang.
“Semoga doa awak itu berbalik pada awak… Kalau baik maka baiklah juga untuk awak. Kalau baik, baiklah untuk awak juga,” katanya.
Desas desus perayaan Aidilfitri bakal disambut lebih awal pada hari Jumaat 21 April membuatkan ramai pihak perlu membuat pelbagai persediaan termasuklah merancang perjalanan pulang ke kampung.
Oleh yang demikian, terdapat keperluan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengkaji semula hari permulaan cuti sekolah sempena Aidilfitri sekiranya perayaan itu jatuh pada 21 April ini.
Anjak Cuti Sekolah Sempena Aidilfitri
Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, Jasni Md Kechik berkata, perkara itu juga berdasarkan kepada pandangan ibu bapa yang mahu anjakan tarikh baharu bagi memudahkan rancangan perjalanan selain memastikan keselamatan warga guru dan pelajar terjamin.
Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, Jasni Md Kechik
“Saya harap KPM melihat kembali supaya cuti Aidilfitri diawalkan dan tarikh itu (permulaan cuti) diberi pada hari Rabu (19 April).
“Saya faham mungkin ada sekolah yang sudah ambil cuti peristiwa, namun ia masih boleh selaraskan semula untuk pastikan sekolah tertakluk kepada 190 hari persekolahan (setahun).
“Tidak perlu ambil cuti peristiwa sampai empat hari kalau nak (cuti) hari Rabu sebab hari persekolahan akan jadi 189 hari. Maka sekolah hanya perlu ambil cuti peristiwa sebanyak tiga hari sahaja,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
20 April Dijangka Penghujung Ramadan
Sebelum ini media melaporkan, Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April yang berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan.
Dalam pada itu Jasni berkata, cuti bagi semua sekolah di Malaysia bermula 20 April ekoran jangkaan tarikh 1 Syawal pada 22 April berdasarkan jadual asal yang dikeluarkan KPM.
Namun beliau menjelaskan, perkara tersebut masih boleh diubah sekiranya terdapat keperluan kecemasan seperti pertikaian tarikh 1 Syawal.
“Semasa buat takwim persekolahan, memang KPM berbincang dengan persatuan di peringkat awal dan ia dalam pengetahuan kita.
“Tetapi bila berlaku kes kecemasan seperti ini, kena lihat semula ikut keperluan sebab kita mahu elak perkara sama berlaku seperti tahun lepas.
“Mungkin juga menteri (Fadhlina Sidek) boleh umum (cuti awal) tetapi ia tetap tertakluk kepada jumlah hari persekolahan,” ujarnya.
Tular di media sosial satu video yang menunjukkan sekeping surat beranak. Dari pemerhatian orang, bukan pelik pada nama anak pada sijil kelahiran tapi umur bapa yang dinyatakan itu.
Masakan tidak terkejut, umur 16 tahun sudah ada anak. Tanggapan orang mesti kahwin bawah umur dan masih bersekolah lagi.
“Anak sekolah nanti terciduk cikgu tengok umur bapa dalam surat beranak terlalu muda,” Tertulis keterangan video yang memaparkan si ayah berumur 16 tahun dalam sijil kelahiran itu.
Menurut wanita dalam video tiktok itu, Norshuhaida Rodzi, ini adalah sijil kelahiran anak lelakinya yang dilahirkan pada 5 Disember 2019.
Ibu muda yang berusia 22 tahun ini memberitahu, dia dan suami dikurniakan anak pada tahun yang sama mereka melangsungkan perkahwinan.
Pasangan ini berkahwin pada awal 2019 dan kalau diikutkan perkiran, umur suaminya adalah 16 tahun ketika mereka mendapat anak sebab tarikh lahir suaminya adalah 21 Disember.
“Jika diikutkan tahun, suami sudah 17 tahun. Saya kahwin ketika berusia 19 tahun, tapi ia dikira 18 tahun ketika ikut sebab saya lahir pada bulan September.
Norshuhaida yang lebih mesra dipanggil Shu berusia 20 tahun telah mengambil keputusan berkahwin dalam usia muda.
Menurutnya lagi, mereka mendirikan rumahtangga selepas saling mengenali ketika sama-sama belajar di sebuah kolej di Seberang Perai, Pulau Pinang.
“Kemudian, kami menyambung pengajian ke peringkat sijil iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), saya dalam aliran elektronik dan suami pula elektrik,” katanya berasal dari Seberang Jaya.
Berkongsi pengalaman berkahwin muda, ibu kepada seorang anak yang berusaoa 3 tahun ini berkata, pelbagai cabaran yang perlu ditempuh bersama suami.
“Masa bergaduh, tak gaduh, maklumlah masing-masing darah panas dan muda lagi. Antara cabarannya ialah nak imbangkan kehidupan sebagai pelajar dan suami isteri. Paling mencabar apabila kami ada masalah kewangan, mental kena kuat.
Jiwa masih muda, tapi kena fikit dah kahwin. Tak boleh lagi balik lambat macam dulu, nak keluar dengan kawan-kawan pun kenalah minta izin suami,” katanya juga kawan-kawan dan saudara mara amat terkjut bila mendapat tahu kami kahwin dalam usia muda.
Dalam pada itu, Shu menyifatkan suaminya yang bekerja di kantin sekolah mempunyai perwatakan yang matang, pendiam dan penyabar.
Masa nikah dulu, orang sekali kata kami macam adik beradik, lebih-lebih lafi muka kami berdua lebih kurang sama, katanya kini surirumah sepenuh masa.
Tambah Shu lagi, dia juga tidak dapat lari daripada komen negatif terutamanya bila buat keputusan berkahwin usia muda.
“Jangan pandang rendah pada orang yang kahwin muda. Selalu orang nampak kahwin muda ini jodohnya tak panjang dan akan bercerai berai. Kahwin lambat juga tidak bermakna jodoh panjang. Kahwin muda atau lambat bukan isuny, yang penting ada tanggungjawab dan persefahaman.
“Mental kena kuat dan beri sokongan antara satu sama lain. Kalau ada masalah jangan pendam, kena luahkan dan cari penyelesaian,” katanya.
.
Untuk maklumat pembaca, Shu berkahwin dengan pasangannya pada tahun 2019 ketika berusia 19 tahun dan suaminya 17 tahun. Mereka dikurniakan anak pada tahun yang sama.
Shu kini sedang sarat hamil anak kedua.
Mingguan Wanita : Tahniah buat pasangan ini dan semoga dipermudahkan dan hubungan berkekalan, bahagia bersama pasangan dan anak-anak.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Senaman, salah satu cara yang kita lakukan untuk kekal sihat dan bertenaga. Da macam-macam jenis senaman. Tapi yang trending di China sekarang adalah senaman merangkak seperti buaya.
Boleh dikatakan senaman ini menjadi trending di China kerana ia membantu melegakan sakit belakang. Tak mustahil orang China memegang kunci hidup yang lebih baik dengan melakukan senaman merangkak seperti buaya.
Latihan itu telah dipopularkan oleh kumpulan senaman di sebuah gunung di timur China. Ia menggelarkan diri mereka sebagai ‘Kumpulan Buaya’ yang mempunyai 1000 ahli.
Penduduk tempatan di Gunung Xiangshan, Jiangsu, berkumpul di trek larian di zon pelancongan, semuanya bergerak sebagai satu melalui merangkak reptilia.
Dikatakan kumpulan senaman ini terdiri daripada anggota yang aling tua berumua hampir 70 tahum. Mereka merangkak macam buaya sambil memakai pakaian seragam dan melaungkan ikrar dalam usaha untuk melegakan sakit belakang.
Malah jurulatih kumpulan itu, Li Wei, mengatakan dia sendiri dapat manfaat daripada senaman merangkak buaya ini. Ini kerana sebelum ini dia mempunyai masalah herniated disc. Selepas melakukan senaman ini selama 8 bulan, dia tidak lagi merasa sakit.
Biasanya, sebelum ini orang akan merasakan senaman yang standard seperti berjalan, berlari dan berenang boleh memberi kesan. Namun, satu lagi senaman intensif yang patutu mendapat pengikhtirafan untuk semua peringkat umur ialah Crocodile Crawl.
Senaman Crocodile Crawl boleh mengurangkan tekanan, membantu untuk hidup lebih lama dan masa yang sama membantu untuk mendapatkan postur badan, menguatkan pinggul dan punggung.
Cara latihan merangkak buaya:
1. Mulakan dengan menyediakan kedudukan tekan tubi
2. Angkat tapak kaki, ketatkan perut dan angkat pinggul
3. Berjalan dengan tangan anda sambil kaki anda mengikuti di belakang semasa anda maju ke hadapan
5. Sentiasa berunding dengan doktor atau pakar perubatan sebelum memulakan senaman baharu – terutamanya jika anda mempunyai masalah kesihatan atau hamil.
Mingguan Wanita : Lepas ni trending kat Malaysia la pulak.