Memang geram bila lihat ada kesan kotoran “Water Stain” pada panel kaca dalam bilik air di rumah. Walaupun dah guna macam-macam cara, tetap tak hilang dan nampak comot.
Jangan risau, mak-mak boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Mas Lina Lyna ini. Cukup mudah dan jimat hanya guna sabun Labour. Ia merupakan antara tip dan pengalaman yang dikongsikannya sewaktu dia bekerja sebagai Tukang Kemas (housekeeping) di hotel. Ia terbukti berkesan, dapat hilangkan kotoran panel kaca bilik air ni agar jadi bersih berkilat.
“Pakai nie..potong-potong rendam air panas kacau sampai hancur.Biar dia sejuk dan beku pastu amik gosok guna berus sabut. Confirm bersih berkilat dan macam tak ada cermin.Terbukti sebab saya buat masa saya jadi housekeeping kat hotel.Murah dan mudah”.
Tutorial Cuci Bilik Air, Ini Barang Yang Patut Ada Bila Mak-mak Nak Sental Tiles Berkerak
‘Make Up’ Tandas Guna Epoxy Paint,Kurangkan Licin,Tutup Lubang Mozek & Cantik!
“Sabun ini perlu direndam dengan air panas dahulu kerana sabun ni keras. Kalau dah cair dan dibekukan dia tak sekeras macam baru beli lagi mudah untuk digunakan.
“Maksudnya kalau dah rendam air panas biar dia sejuk sendiri.Sabun tu akan jadi beku tapi tak keras dia macam lendir-lendir gitu. Mudah untuk guna.
“Kalau 1 bar macam pic saya tunjuk banyak kali boleh guna.Bukan untuk cermin aje, pinggan mangkuk pun boleh cuci guna tu. Lantai bilik mandi pun boleh guna.Tapi kalau lantai siram-siramkan dengan air sabun tu biarkan dalam sejam camtu pastu tak teruk nak gosok. Confirm putih bersih.”
Boleh dapakan dan beli Sabun Labour ni di sini:
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalau ada masalah kesan kotoran ‘water stain’ pada panel kaca dekat bilik air tu, boleh cuba cuci guna sabun labour ni. Kotoran hilang, cermin kaca pun jadi bersih berkilat.
Sumber: Tukang Apa Hari Ini