Apabila ada perasaan gembira mahu pun sedih,mesti ada yang suka kongsi gambar mahu pun kisah di media sosial. Inilah gambaran yang boleh dikongsi oleh semua kawan-kawan di alam maya.
Namum, tanpa kita sedar, ini jugalah yang menyebabkan kepada penyakit ain, apatah lagi, ramai mata yang memandang pada apa yang kita kongsi gambar tadi. Kita tak tahu hati orang yang memandang. Ada yang memuji dan tak kurang juga yang mengeji dalam diam.
Penyakit ‘ain yang sering berlaku akibat gangguan disebabkan pandangan mata yang disertai oleh iri hati dan dengki. Apa yang kita kongsi gambar inilah boleh membawa kepada penyakit ain.
Dalam bercerita tentang penyakit ain ini, kongsi gambar bayi yang baru lahir juga boleh membawa kepada penyakit ain, tanpa kita sedar. Sebab itu, ada sesetengah orang yang tidak tunjukkan gambar anaknya semasa dalam pantang.
Bukan ‘kekwat’ tapi kita tak tahu apa pandangan mata orang lain. Ada yang memuji dan tak kurang juga tidak senang dengan apa yang kita ada ini. Berpada-padalah.
Sering kali ibu-ibu bingung bila anaknya menangis tak berhenti-henti tanpa sebab. Ada bayi yang mulanya menyusu tapi secara tiba-tiba tidak mahu menyusu. Daripada anak elok diam, tiba-tiba menangis tak henti-henti.
Mungkin ada banyak faktor bayi yang elok terus meragam tiba-tiba. Mungkin ini salah satu bayi terkena penyakit ain kita tak tahu dan boleh lihat ciri-cirinya.
Ads
Berikut ciri-ciri bayi yang terkena ‘ain, di antaranya
1. Badan panas bukan kerana demam.
2. Selalu menangis dan tidak mahu minum susu.
3. Kurus kering seperti kekurangan gizi padahal makanan mencukupi.
4. Kejang-kejang tanpa sebab yang jelas.
5. Denyutan jantung tak menentu dan kadang-kadang berdengup kencang.
Jika mak-mak di rumah mengalami hal di atas dan selama ini mak-makmasih aktif berkongsi gambar anak di IG, FB, WA dan swbagainya. Jadi, patut curiga kalau bayi terkena ‘ain.
Penyakit ain daripada siapa? Kita tak tahu. Mungkin ada sesiapa saja yang memuji anak kita baik secara terang-terangan dan tak kurang juga diam-diam.
Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
العين حق، ولو كان شيء سابق القدر سبقته العين “Ain itu benar-benar ada! Andaikan ada sesuatu yang boleh mendahului takdir, sungguh ‘ain itu yang bisa” (HR. Muslim no. 2188).
Dari Aisyah radhiallahu’anha, ia berkata:
كانَ رَسولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ يَأْمُرُنِي أَنْ أَسْتَرْقِيَ مِنَ العَيْنِ “Dahulu Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam memintaku agar aku diruqyah untuk menyembuhkan ‘ain” (HR. Muslim no.2195).
Ads
Dari Jabir bin Abdillah radhiallahu’anhu, Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
أكثرُ مَن يموت بعدَ قضاءِ اللهِ وقَدَرِهِ بالعينِ “Sebab paling banyak yang menyebabkan kematian pada umatku setelah takdir Allah adalah ain” (HR. Al Bazzar dalam Kasyful Astar [3/ 404], dihasankan oleh Al Albani dalam Shahih Al Jami’ no.1206)
Cara ini boleh diamalkan oleh mereka yang terkena penyakit ain. Moga ia membantu.
Bagaimana kaedah mencegah dan merawatnya???
Terdapat beberapa kaedah untuk mencegah dan merawatnya, antaranya melalui kaedah mandian dan minum air doa yang telah di doakan. Amalannya ialah:
I. Bacakan Surah Al-Fatihah 3x II. Bacakan Ayatul Kursi 3x III. Zikirkan ayat berikut 100x:
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
IV. Bacakan ayat berikut sebanyak 9x: وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ
Amalan di atas boleh diamalkan sehari sekali sebagai ikhtiar pencegahan dari terkena pandangan ‘ain orang lain pada diri kita. Jika ada yang sudah terkena penyakit ini, maka bacakan amalan itu pada air dan hendaklah diberikan minum dan dibuat mandian kepada pesakit tersebut.
Ads
Sumber: pancarannur.com
Mingguan Wanita : Moga kita semua dijauhi daripada penyakit ain. Berpada-pada jika ingin berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Kita tak tahu hati masing-masing.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Memang nak buat baik amat sukar. Ada saja alasan diberikan. Belum sampai ‘seru’, belum bersedia, tak cukup ikhlas dan macam-macam lagi. Sebenarnya tak perlu tunggu masa tertentu kalau nak mula buat perubahan ke arah kebaikan. Yang penting, kena didik hati dulu.
Ikuti perkongsian daripada Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid, Lembaga Zakat Selangor (MAIS), juga penulis ruangan REDA ILAHI di dalam MAJALAH MINGGUAN WANITA.
Alasan
Saya tidak akan lupa satu perbualan. Kala itu, saya masih di alam persekolahan. Saya punya seorang kenalan, perempuan. Ketika di sekolah, dia mengenakan tudung. Di luar sekolah, dia membukanya. Saya merasa terganggu. Sehinggalah saya bertanya dan mendapat jawapan.
“Aku tak mahu memakai tudung kerana orang. Biarlah ia datang dari keikhlasan hati aku sendiri.” Ujarnya. Ringkas sekali.
Didik hati untuk berubah.
Berubah Dari Hati
Saya percaya, isu ini bukan sekadar dia seorang. Ramai juga begitu. Mahu berubah, tetapi bukan kerana orang. Ia perlu daripada hatinya sendiri. Kita tidak perlu berhujah isu hati. Memang dalam Islam, hati perlu jadi baik.
Imam Muslim meriwayatkan, nabi pernah berkata bahawa hati itulah sang raja yang akan menentukan segala. Jika hatinya baik, maka seluruh jasadnya menjadi baik. Tutur bicara. Mata dan telinga. Kaki dan tangannya.
Benarkah Ikhlas?
Isunya, benarkah setiap tindakan mesti datang dari hati yang ikhlas? Jika begitu, semua pekerjaan akan menjadi payah. Ini kerana tidak semua perkara dalam kehidupan ini, dikerjakan dengan ‘hati yang ikhlas’.
Cuba kita hitung. Ikhlaskah anak-anak kita untuk bangun pagi, mandi, solat dan pergi ke sekolah? Kita sendiri, adakah betul-betul ikhlas ke pejabat saban hari atau selalu mengimpikan cuti? Cuba tanya isteri, ikhlaskah dia mencuci pakaian, memasak makanan dan mengemas rumah? Atau dia rasa lebih enak jika si suaminya membantu, atau mencarikan pembantu.
Tanya Hati
Mari, kita tanya kepada pengguna jalan raya. Ikhlaskah ketika dia wajib mengambil kelas memandu, dan membayar kos yang tinggi untuk mendapatkan sekeping lesen memandu? Ikhlaskah seorang penunggang motorsikal memakai topi keledar? Ikhlaskah seorang pemandu yang wajib berhenti di persimpangan jalan – biar pun kosong – hanya kerana lampu di depannya merah menyala?
Ikhlaskah kita apabila wajib membuat pasport untuk ke luar negara? Ikhlaskah apabila wajib beratur di kaunter imigresen dan menunggu giliran disoal petugas? Ikhlaskah kita apabila wajib mengambil visa dan keluar segera apabila tamat waktunya?
Yang Sara Keluarga
Paling tidak, ikhlaskah seorang suami menggunakan hampir semua gajinya untuk menyara anak dan isterinya? Ikhlaskah si isteri mengorbankan masa rehatnya untuk keperluan suami dan anak-anak? Banyak lagi jika mahu dihitung. Namun saya ingin bertanya, ikhlaskah semua itu dikerjakan?
Saya sendiri tidak ikhlas mengambil lesen, memohon pasport dan menjawab segala pertanyaan pegawai imigresen di kaunter. Jika boleh, saya mahu bebas keluar masuk ke negara mana pun yang saya suka. Tinggal seberapa lama yang saya suka. Memandu tanpa lesen dan tidak perlu mematuhi semua peraturan jalan raya.
Alasan
Jadi, adakah saya boleh mengabaikan semua itu hanya dengan alasan ‘saya belum ikhlas’? Bolehkah pegawai JPJ, polis trafik atau imigresen menerima alasan saya, menunggu ikhlas baharu mahu mengambil lessen, passport dan mematuhi lampu merah?
Adakah seorang suami boleh menjawab kepada hakim di mahkamah syariah, dia tidak memberikan nafkah lahir dan batin kepada anak dan isterinya kerana belum ikhlas?
Bolehkah si ibu menjawab kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, membiarkan anak-anaknya terlantar tanpa makanan dan pakaian, hanya kerana dia belum benar-benar ikhlas membela mereka?
Semuanya, tidak akan diterima oleh pihak yang berkuasa. Ikhlas atau tidak, setiap orang yang dengan sengaja melanggar peraturan, tetap akan ditangkap, didakwa malah didenda.
Jika begitu, bolehkah kita menerima alasan, aku belum memakai tudung, aku belum solat, aku belum bayar zakat, hanya kerana aku belum ikhlas?
Didik Hati
Hati perlu dididik. Hati perlu dilentur. Hati perlu diasuh. Ikhlas benda yang wajib dipupuk. Jika perlu dipaksakan. Sama seperti sepohon mempelam. Jika sedari awal dibaja, diberikan air yang cukup dan dijaga dari makhluk perosak, maka natijahnya ialah buah yang enak. Manis sekali untuk dicicip isinya dan bijinya menjadi benih yang baik pula. Wallahuallam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hukum suami isteri berkongsi gambar/video bercumbu di media sosial. Apakah hukum sekiranya suami dan isteri bercumbu di khalayak ramai dan media sosial bagi menzahirkan kemesraan mereka?
Sejak kebelakangan ini semakin ramai suami isteri tanpa segan silu berkongsi gambar dan juga video bermesraan dengan pasangan masing-masing. Mungkin ada yang kata, “halah, tak apalah, bukan orang lain, suami dia sendiri, isteri dia sendiri,….”Persoalannya bolehkah sebenarnya kemesraan ini ‘dikongsi’ secara terbuka?
Bermesraan antara suami dan isteri setelah berkahwin adalah sesuatu yang dihalalkan. Ia adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang mempunyai naluri untuk memiliki dan dimiliki. Justeru, menzahirkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing melalui sentuhan dan kata-kata adalah perkara biasa.
Walaubagaimanapun, Islam amat memberi perhatian terhadap isu kehormatan dan maruah suami dan isteri. Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Iman itu ada tujuh puluh lebih cabang. Dan rasa malu salah satu cabang dari iman.” (Riwayat Muslim, no. 35)
Rasa malu menurut Imam an-Nawawi rahimahullah adalah: “Akhlak terpuji yang mendorong seseorang untuk meninggalkan sesuatu yang buruk dan mencegahnya dari kelalaian dalam memenuhi hak para pemiliknya.”
Dalam hal lain, beliau juga menyebutkan antara perkara yang menjatuhkan maruah adalah mencium isteri di khalayak ramai. (Lihat Minhaj al-Talibin, m. 345)
Justeru, perbuatan suami isteri bercumbu hendaklah dielakkan di khalayak umum dan juga di media sosial kerana ia bukannya akhlak Muslim dan jauh sekali daripada adab ketimuran yang kita junjung selama ini.
Sabda Nabi SAW:
الحَيَاءُ لاَ يَأْتِي إِلَّا بِخَيْرٍ
Maksudnya: ”Sesungguhnya sifat malu tidaklah mendatangkan apa-apa kecuali hanya kebaikan.” (Riwayat al-Bukhari, no. 6117)
Semoga kita semua berusaha menzahirkan akhlak dan adab yang mulia dalam kehidupan kita.
Dalam setiap rumah yang didiami, mesti ada salah satu bilik kosong. Maksudnya tidak digunakan dan hanya untuk meletakkan barang-barang yang jarang digunakan, dengan kata lain bilik stor.
Bagi ahli keluarga yang ramai, sudah tentulah ada yang tak cukup bilik dan kongsi dengan adik beradik lain. Bagi yang mempunyai ahli keluarga tidak ramai, atau pasangan yang baru seorang dua anak kecil. Sudah tentulah ada bilik yang tidak digunakan.
Paling tidak bilik itu dibiarkan kosong, tidak digunakan langsung. Kadang-kadang, langsung tidak dijengah. Sebabnya bilik itu tak ada apa-apa fungsi.
Sebenarnya, itulah bahayanya jika ada bilik kosong yang tidak digunakan langsung. Bimbang ada ‘penghuni lain’ yang datang menumpang.
Inilah yang dikongsikan oleh Puan Yuyu tentang pengalamannya sendiri. Langsung tidak terfikir bilik kosong yang tidak digunakan di rumahnya dihuni oleh ‘penumpang’ lain. Mungkin kita anggap itu bayangan dan ‘karut’ saja. Tapi, itulah yang terjadi pada dirinya.
Ini cerita benar yang dialami sendiri. Cerita ngeri di siang hari.
Pada bahagian dapur rumah saya, ada satu bilik. Dulu langsung tidak digunakan. Ttup sepanjang hari.
Sampailah satu malam, saya bermimpi. Lalu untuk ke dapur dan terlihat ada orang duduk di dalam bilik itu. Dalam bilik itu, nampak katil dan baju orangitu.
Saya pun tegur dengant kata agak sinis. “Bukan main duduk kat bilik ini. Siapa bagi?
Dia jawab sambil marah.
“Dah tak ada siapa duduk ini, aku nak duduklah.
Selepas dia cakap begitu, saya terus terbangun dari tidur. Awalnya hnya abaikan mimpi itu. Anggap itu hnaya perasan saja.
Tapi bila seminggu selepas itu, saya rasa tak sedap hati. Bila sedang memasak di dapur, tiba-tiba rasa seperti ada orang kat belakang.
Pangil imam untuk tolong tengokkan. Rupanya, memang ada benda yang menumpang. Selepas kejadian itu, terus panggil orang untuk bersihkan bilik dan saya jadikan bilik mainana anak. Pintu pun tak ditutup dah.
Setiap hari, saya akan bukakan ayat-ayat suci, bukan dalam bilik itu saja tapi bilik stor pun turut saya kemas. Setiap hari, saya pastikan akan buka pintu dan masuk. Jika tak ada apa-apa nak dibuat di bilik stor, saya akan buka dan sapu bilik tersebut.
Kesimpulannya, jangan biarkan bilik kosong dalam rumah. Tak kisahlah letak barang apa sekalipun. Kalau tak dapat masuk setiap hari, dapat masuk 2-3 hari sekali pun dah ok. Janji jangan biarkanbilik itu kosong begitu saja.
Mingguan Wanita : Keadaan sekarang ini, mungkin anggap itu hanyalah bayangan kita. Tapi sebenarnya ia boleh terjadi. Kena beringat!
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...