Was-was, boleh ke dapat Covid dari makanan atau bungkusan makanan? Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani telah berkongsi info berguna secara umum terutamanya buat mak-mak yang kadangkala keliru samaada wabak bahaya, Covid-19 boleh berjangit dari makanan atau bungkusan makanan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Dr Izzar telah sudi berkongsi info berguna di mana rupa-rupanya tidak perlu disinfeksi bungkusan makanan.
“Boleh ke dapat COVID dari makanan atau bungkusan makanan?
“Kadang-kadang balik dari pasar atau ambil bungkusan makanan dari penghantar makanan tu, risau juga kot-kot ada virus C-19. Bahaya ke?
“Tiada sebarang bukti mengatakan kita boleh dapat C-19 melalui makanan atau bungkusan makanan. C-19 merebak melalui respiratory/pernafasan dari titisan air/ aerosol orang dijangkiti yang batuk atau bersin.
“C-19 tak hidup atas permukaan makanan seperti buah, sayur, makanan beku sebab C-19 memerlukan host /perumah yang hidup (manusia) untuk terus hidup,” tulis Dr Izzar.
Dr Izzar juga memberi info saranan dari WHO.
Apa yang disarankan WHO ialah:
✅ Bersihkan sayur / buah dengan air biasa yang bersih sudah memadai.
✅ Tak perlu disinfeksi bungkusan makanan. Tetapi, perlu mencuci tangan betul2 selepas mengendalikan bungkusan makanan dan sebelum makan.
Kena Patuh SOP
“Sama lah macam kalau dapat parcel. Saya buka siap-siap di luar rumah tu, ambil isi parcel dan bawa masuk rumah. Lepas tu cucilah tangan betul-betul.
“Pergi pasar/ mall pun semua kena patuh SOP kan. Nak masuk pun kena lengkap vaksinasi. Tangan pun perlu kerap dicuci. Kalau semua ni dijaga, insyaAllah okay.
“Ingat ya 3 cara utama virus COVID-19 merebak,” tulis Dr Izzar.
Baca Disini Juga:
Dr Izzar Nasihat Ambillah Vaksin “Kita Melindungi Orang Lain Yang Tak Boleh Divaksin”
‘Spray Gun’ Nampak Canggih, Salah Guna Risiko Keselamatan, Guna Kaedah Biasa Lagi Selamat!
Sumber / Sumber Foto : Instagram Dr Izzar