Warna Rasa Ramadan, bufet bertaraf 5 bintang dengan harga mesra poket di Royale Chulan Hotels & Resorts.

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga masa untuk menghargai kenangan berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat. Tahun ini, Royale Chulan Hotels & Resorts mengembalikan nostalgia iftar dengan sentuhan tradisional dan moden dalam bufet “Warna Rasa Ramadan” yang pasti membangkitkan selera serta kenangan manis anda!

Warna Rasa Ramadan

Dengan lebih 150 pilihan juadah autentik dan fusion, harga yang mesra poket dan mampu milik setiap lokasi hotel ini iaitu di Royale Chulan Kuala Lumpur, Seremban, Damansara, The Curve, Pulau Pinang dan  Cherating Villas & Chalets menawarkan pengalaman berbuka puasa yang berbeza.

Dari aroma Kambing Golek yang memikat hingga keenakan Bubur Lambuk klasik, setiap suapan membawa anda ke zaman kegemilangan dapur nenek.

Warna Rasa Ramadan, Bufet Bertaraf 5 Bintang Dengan Harga Mesra Poket Di Royale Chulan Hotels & Resorts

Setiap hotel di bawah Royale Chulan Hotels & Resorts telah menyusun menu eksklusif yang menampilkan masakan tempatan terbaik, serta gabungan hidangan antarabangsa untuk memenuhi selera setiap tetamu. Dengan lebih 150 hidangan lazat dihidangkan di setiap lokasi, pengalaman berbuka puasa tahun ini pasti lebih bermakna.

Ads

Bufet Bertaraf 5 Bintang Dengan Harga Mesra Poket

Iftar di Enam Lokasi Pilihan:-

  • Royale Chulan Kuala Lumpur (3 – 29 Mac 2025) – Bertemakan desa tradisional di Warisan Cafe dengan persembahan muzik ghazal dan kemudahan solat Tarawih. Promosi: RM188 nett sebelum 15 Feb.
  • Royale Chulan Seremban (2 – 30 Mac 2025) – Sajian khas Negeri Sembilan seperti Rendang Pucuk Ubi dan Kawah Oxtail Asam Pedas. Promosi: RM110 nett sebelum 28 Feb.
  • Royale Chulan Damansara (2 – 29 Mac 2025) – BBQ & Lok-Lok interaktif serta pencuci mulut tradisional seperti Serawa Durian. Promosi: RM148 nett sebelum 10 Mac.Warna Rasa Ramadan, Bufet Bertaraf 5 Bintang Dengan Harga Mesra Poket Di Royale Chulan Hotels & Resorts
  • Royale Chulan The Curve (2 – 29 Mac 2025) – Hidangan istimewa dengan Kids’ Corner dan cabutan bertuah eksklusif. Promosi: RM119 nett sebelum 25 Feb.
  • Royale Chulan Penang (2 – 30 Mac 2025) – Nikmati Sup Tulang Rawan dan Nasi Mandy Kambing dalam suasana klasik di Boustead Hall. Promosi: RM100 nett sebelum 21 Feb.
  • Royale Chulan Cherating Villas & Chalets (3 – 29 Mac 2025) – Berbuka dengan suasana pantai  dan hidangan Arab seperti Shawarma dan kebab. Nikmati hidangan di The Courtyard dengan suasana yang menarik. Promosi: RM90 nett sebelum 1 Mac.Warna Rasa Ramadan, Bufet Bertaraf 5 Bintang Dengan Harga Mesra Poket Di Royale Chulan Hotels & Resorts

Promosi Istimewa Ramadan

Selain bufet yang menggiurkan, Royale Chulan Hotels & Resorts turut menawarkan pakej penginapan Ramadan yang merangkumi sahur dan bufet iftar di hotel-hotel terpilih. Harga bermula dari RM175.00 nett untuk satu malam.

Bagi mereka yang ingin mengadakan mesyuarat korporat sepanjang bulan Ramadan, pakej mesyuarat Ramadan turut tersedia dengan harga bermula dari RM218.00 nett.

Ads

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau hubungi hotel pilihan anda hari ini! Nikmati juadah enak dan raikan Ramadan dengan penuh keberkatan di Royale Chulan Hotels & Resorts.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.

Ads
“Ada dua keluarga tertuduh datang jumpa saya minta maaf pada saya dan mahu saya lupakan semua dendam tapi itu tak mungkin kerana jauh di sudut hati rasa terkilan itu ada.

“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI