Warga Malaysia Syabira Yusoff dinobat juara the great british bake off uk, tuah kek orang utan. Kejayaan seorang anak Malaysia memenangi pertandingan rancangan realiti memasak terkenal The Great British Bake Off musim 2022 di United Kingdom semalam cukup membanggakan bagi warga Malaysia.
Dalam perlawanan akhir yang mendebarkan itu, anak kelahiran Malaysia Syabira Yusof berjaya memenangi pertandingan rancangan realiti memasak The Great British Bake Off musim 2022 di United Kingdom.
Dirinya yang juga seorang penyelidik kardiovaskular di London berentap dengan jurutera elektronik Abdul Rahman Sharif, 29 dan pengasuh Nelsandro ‘Sandro’ Farmhouse, 30 dan rezeki berpihak kepadanya apabila dinobatkan sebagai juara The Great British Bake Off Champion 2022.
Menerusi episod final yang disiarkan semalam, ketiga-tiga peserta akhir itu ditugaskan menghasilkan makanan berkelah pada musim panas menggunakan bahan bermusim dari seluruh UK.
Peserta perlu membakar kek mini, pai sayuran dan sandwic menggunakan roti putih yang mereka hasilkan sendiri. Bagi tema ini, Syabira telah menghasilkan pai tanpa daging babi menggunakan cendawan.
Syabira menyatakan kemenangan tersebut merupakan pencapaian terbesar dalam hidupnya.
Ads
Katanya, inilah “pencapaian paling hebat dalam hidup saya” selepas mendengar namanya diumumkan oleh pengacara Matt Lucas sebagai pemenang The Great British Bake Off.
Penyelidik kardiovaskular itu berkata, dirinya mula terlibat dalam pembuatan kek dan roti kira-kira lima tahun lalu, sejak tiba di London pada 2013. Bahkan dengan kemenangan itu, Syabira merupakan wanita pertama yang memenangi gelaran itu dalam tempoh lima tahun lalu.
Dalam pada itu, juri rancangan Paul Hollywood dan Prue Leith tertarik dengan kemahiran dan cita rasa kek buatan Syabira.
Kata juri, kek bersumberkan ilham haiwan terancam Orang Utan itu rasa sangat sedap.
Sebelum perlawanan akhir berlangsung, penyelidik kardiovaskular ini telah merangkul gelaran “Star Baker” (pemenang keseluruhan minggu) sebanyak tiga kali.
Ads
Pemenang Great British Bake Off sebelum ini seperti Nadiya Hussain dan John Whaite dari UK telah menjadi hos rancangan masakan mereka sendiri. Juara lain, seperti Frances Quinn, Nancy Birtwhistle dan pemenang tahun lepas, Guiseppe Dell’Anno juga meraih pengikut yang ramai di media sosial.
Pulang dari umrah, Nelydia perlahan-lahan bertudung. Pelakon cantik, Nelydia Senrose selepas pulang dari umrah kini kelihatan sudah berhijab.
Penampilannya berhijab begitu sopan malah ramai peminat di akaun Instagram yang memuji kejelitaan adik kepada Uqasha Senrose itu.
Akui dirinya kini sedang dalam proses pembelajaran berhijrah dan mohon terus diberikan istiqamah.
Pulang Dari Umrah, Nelydia Perlahan-Lahan Bertudung
Seperti mana yang diluahkan menerusi Berita Harian Online, Nelydia tidak berani mengulas berlebihan mengenai imejnya itu. Ini kerana dirinya masih dalam proses pembelajaran.
“Saya masih bertatih juga dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan agama Islam.
“Kebetulan kita hendak sambut Ramadan, ini salah satu cara untuk menghormati bulan itu,” ungkapnya.
Tutup Apa Yang Terdedah, Sedikit Demi Sedikit
Isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid itu juga menerangkan dia kini perlahan-lahan bertudung.
“Sekembali dari umrah, saya perlahan-lahan bertudung. Dapat berkunjung ke Arab Saudi, dikira lokasi itu sesuai untuk kita berhijab.
“Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit.
“Aturan itu sangat cantik,” luahnya.
Bimbang Hati Berbolak balik
Nelydia akui dirinya takut jika hati berbolak balik. Namun sentiasa berdoa agar Allah tetapkan hatinya dan terus istiqamah.
“Saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.
“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila-bila masa boleh tersasar.
“Namun, saya tidak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah.
“Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat,” sambungnya.
Ibu keluar ambil barang, kereta terkunci secara automatik.’ Kanak-kanak dua tahun terperangkap daam kereta. Mujurlah tindakan pantas bomba dapat menyelematkan kanak-kanak ini.
Kadang-kadang mak-mak tiada pilihan terpaksa tinggalkan anak di dalam kereta , namun malang tak berbau. Syukur anak ini dapat diselamatkan.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terkunci di dalam sebuah kereta Honda ketika ibunya keluar mengambil barang di Taman Kesidang, Bachang, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan bantuan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah.
Kereta Terkunci Secara Automatik
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Rahim Ismail berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.34 pagi dan sepasukan enam anggota bersama-sama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di lokasi kita dapati seorang kanak-kanak lelaki telah terkunci di dalam kereta jenis Honda dan kerja-kerja menyelamatkan mangsa dilakukan.
“Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira sembilan minit kemudian dalam keadaan selamat dan diserahkan semula kepada penjaganya,” katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, hasil soal siasat, kejadian dikatakan berlaku ketika ibu kanak-kanak tersebut keluar dari kenderaan untuk mengambil barang.
“Selepas keluar, kereta itu secara tiba-tiba terkunci secara automatik menyebabkan anaknya terperangkap.
“Kes sebegini kerap berlaku dan kita meminta agar para penjaga lebih bertanggungjawab dan tidak meninggalkan anak masing-masing seorang diri di dalam kereta,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga mak ayah lebih berhati-hati dan menjadikan kisah ini sebagai panduan agar tidak mengambil mudah dalam menjaga keselamatan anak-anak.
PENGIRAN Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah selamat bertunang dengan pasangan pilihannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah pada Selasa di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei hari ini.
Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung dengan rombongan Pengantin Diraja Lelaki menyampaikan hantaran pertunangan dikenali sebagai ‘Tanda Diraja’.
Foto: @support.anishaik
Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung dengan rombongan Pengantin Diraja Lelaki menyampaikan hantaran pertunangan dikenali sebagai ‘Tanda Diraja’ kepada rombongan Pengantin Diraja Perempuan.
Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Diraja Sahibul Irshad Pengiran Abdul Rahim mengetuai delegasi Pengantin Diraja Lelaki.
Foto: Borneo Bulletin/RAFI ROSLI
Majlis disempurnakan mengikut adat dan tradisi Diraja Brunei. Turut berangkat ke istiadat tersebut ialah Yang Amat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik Sultan Hassanal Bolkiah.
Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, yang berlangsung pada Ahad lalu.
Foto: @support.anishaik
Dijadualkan majlis pernikahan pasangan ini akan berlangsung pada 11 Januari. Acara puncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.
Pasangan diraja itu kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala majlis resepsi pula dijadual diadakan pada malam 15 Januari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...