Warga Malaysia menetap di China kongsi situasi sebenar Covid-19 di sana, tak seburuk disangka.
Pasti ramai yang masih trauma mengingati Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan pada 2020 bagi membendung wabak Covid-19 suatu ketika dahulu. Rakyat dikenakan sekatan perjalanan dan sukar mencari rezeki hingga memaksa ramai yang melalui kehidupan yang sukar.
Ketika itu, kita semua digalakkan mengambil suntikan vaksin bagi mencegah jangkitan wabak yang menyaksikan satu dunia diuji dengan jutaan kematian. Namun secara perlahan-lahan dalam tempoh dua tahun ini, kita kembali mendapat “kebebasan” hingga mampu menjalani kehidupan normal seperti sedia kala.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Kongsi Saat Cemas Anak Dijangkiti Covid-19 “Sebagai Ibu Tak Sanggup Melihat Keadaan Amir”
‘Pengkid Pergi Umrah..’ Masih Ada Lagi Manusia Tidak Belajar Dari Kes Covid-19
Diuji Sewaktu Pandemik COVID-19, 25 Tahun Kahwin, Afdlin Shauki & Isteri Bercerai
“Sepanjang 10 Hari Tak Larat Bangun” Pengalaman Hitam Dijangkiti Covid-19, Che Ta Paranoid
Namun di saat kita diajar “hidup bersama Covid”, China negara pertama tercetusnya wabak ini kembali diuji dengan varian baru hingga dapat disaksikan hospital di negara besar ini dipenuhi manusia yang sakit. Sekaligus merisaukan kita semua jika pintu sempadan dibuka kepada warga China yang mungkin bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Dilaporkan China akan membuka semula sempadannya pada 8 Jan 2023 selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik COVID-19.
Di sebalik pengumuman itu timbul kebimbangan kepada kita apa akan berlaku jika negara membuka pintu sempadan kepada warga China?
Tak hairanlah banyak pendapat mengatakan Malaysia wajar berhati-hati dan perlu menutup pintu sempadan buat sementara kerana tidak mahu kejadian tiga tahun lalu berulang.
Namun benarkah situasi Covid-19 di negara besar itu seburuk seperti disangka dan rakyat dikenakan perintah kawalan pergerakan?
Dari perkongsian di Tik Tok @caedevect atau Vincent Lee, rakyat Malaysia yang menetap di China ini memaklumkan, situasi Covid di negara tersebut adalah terkawal terutama di penghujung Disember lalu.
Tidak adalah sampai keranda diusung di jalanan seperti dilaporkan. Masa yang sama, Vincent turut berkongsi beberapa video (bermula November dan Disember) di mana rakyat China dikenakan sekatan pergerakan bagi membandung wabak ini. Tapi di penghujung Disember, kata Vincent sekatan itu semakin longgar kerana tiada yang dijangkiti lagi.
@cardevect Covid 19 di China. Banyak yang tak tahu bahawa keadaan di China sudah bertambah baik atau pulih #covid #covid19 #china ♬ original sound – Vincent Lee
Dari penjelasannya, kes Covid di Amerika paling tinggi di dunia dengan 115, 787 kes dilaporkan di negara tersebut. Beratus orang mati di US kerana Covid tapi tiada orang yang takut pun.
Tapi bila China mengumumkan kelonggaran Covid-19, dia mengakui ramai orang jatuh sakit pada minggu pertama dan ketiga, tetapi sekarang banyak tempat sudah menjadi normal kerana ramai orang sudah pulih.
Katanya, di hospital pun kebanyakan wad sudah mulai kosong dan keadaan sangat terkawal berbanding di awal Disember lalu di mana ramai yang mati dan jatuh sakit. Dan kata Vincent, banyak video-video lama di post seolah-olah memberi gambaran menakutkan tentang negara ini sedangkan situasi adalah sangat terkawal.
Lebih baik kita mendengar laporan dari yang telus begini kerana hanya mereka yang berada di situasi saja melaluinya.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
HEBAT WANITA MUDA ADA SYARIKAT PENERBANGAN SENDIRI..