Ketika jumlah pesakit koronavirus semakin bertambah di negara China, Malaysia hari ini mencatatkan perkembangan positif berkaitan wabak koronavirus.
Kanak-kanak warga China yang ditempatkan di was isoloasi Hospital Sulatanah Maliha dekat Langkawi disahkan pulis dan bebas sepenuhnya daripada jangkitan.
Menjadikan kesnya sebagai yang pesakit pertama sembuh daripada 10 kes yang disebut berlaku dalam negara.
Kanak-kanak itu sudah pun sihat dan dibenarkan pulang.
Selepas sampel klinikal kanak-kanak berusia empat tahun itu negatif daripada 2019-nCOV.
Kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, “kes ini menunjukkan bahawa jangktian 2019-nCoV boleh dirawat. Pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya. Sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut di laporkan di negara China.”
Tegasnya lagi, sesetengah tanggapan yang menyatakan koronavirus membawa maut pada penghidapnya sama sekali tidak tepat.
“KKM ingin mengucapkan tahniah kepada Hospital Sultanah Maliha Langkawi yang telah memberikan rawatan dan pemantauan yang rapi sehingga kanak-kanak ini sihat semula dan dibenarkan pulang
,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Sementara, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkongsi twitternya, “Alhamdulillah, dengan disahkan sembuh sepenuhnya kanak-kanak warga China positif #novelcoronavirus2019 29 Jan lalu, ini turut memecahkan motos jangkitan nCOV tidak boleh dirawat (ie fatal), sebab tidak punya anti-viral khusus.
Jutaan TK Warga Hosp SM, Langkawi & Rakyat Malaysia yang sentiasa berdoa.”
MW : Semoga kita semua dijauhkan daripada wabak koronavirus ini. Amin..
Baca sini :
Sumber/Foto : Berita Harian, twitter Dzulkefly Ahmad