Warden Dihukum Gantung Sampai Mati Edar Dadah Di Penjara Sungai Buloh

Share

Harapkan pagar, pagar makan padi. Sungguh perbuatan tidak bertanggungjawab dan mencemarkan kepercayaan institusi penjara. Bilamana tindakan seorang warden sanggup menggadai kepercayaan dengan mengedar dadah di Penjara Sungai Buloh.

Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua apabila tindakan tersebut mengundang padah apabila dia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.

Mohd Elmy Arif Hamid, 40, menunduk selepas hukuman itu diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Nurulhuda Nur’aini Md Nor.

Dalam penghakimannya, Nurulhuda Nur’aini berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan dengan anggapan mengedar dadah tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim manakala tertuduh diwakili peguam, Zameri Mat Nawang dan Ilya Hakim.

Kesalahan Edar Dadah

Mohd Elmy dihukum gantung bagi kesalahan mengedar dadah iaitu 325.1 gram kanabis dan 84.97 gram methamphetamine di Penjara Sungai Buloh di sini, pada jam 11 malam, 18 Jun 2019 lalu.

Hukuman dibuat mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Bagi pertuduhan ketiga, dia dihukum dua tahun penjara dan tiga sebatan kerana memiliki 4.25 gram dadah jenis heroin, mengikut Seksyen 39A (1) akta sama.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara enam bulan hingga setahun bagi tiga lagi pertuduhan iaitu memiliki 1 gram dadah Monoacetylmorphines dan ada dalam kawalannya dadah Etizolam (38.67 gram) serta Clozapine (50.8gram).

Mesti Baca:Provokasi Adik Lelaki, Peguam Jelaskan Kakak Tak Terlepas HUKUMAN, Mungkin Dihantar Ke Sekolah Pemulihan
Baca Lagi Di Sini:Pensyarah Cadang Kerajaan Menetapkan Sesi Persekolahan Bermula 8 Pagi!
Artikel Menarik:‘Orang Kata Ibu Hisap Dadah, Tapi Tak Pernah Lihat Dia Ambil Dadah Depan Saya’

Mingguan Wanita: Harapkan pagar, pagar makan padi. Semoga menjadi pengajaran buat yang lain agar lebih bertanggungjawab dan tidak menggadai amanah serta kepercayaan yang telah diberikan.

Sumber: Sinar Harian

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab