Hiburan

“Wany Terus Fikir Nama Kita, Memang Ajaib..” Amira Othman Cerita Perjalanan Haji Di Makkah

Share

Pelakon Amira Othman berkongsi cerita perjalanan haji bersama penyanyi santun, Wany Hasrita di Tanah Suci Makkah. Panggilan haji yang diterima pada saat akhir itu tetap dilunaskan dengan segera persiapannya oleh kedua pasangan selebriti ini.

Hari ini, kata Amira dia sudah selesai menunaikan rukun Islam kelima itu. Yang mana, sampai hari ini dirinya masih merasakan rezeki haji yang diperoleh tahun ini seakan satu keajaiban yang Allah berikan untuknya.

 

 

Kongsi Amira,

“Alhamdulillah, selesai perjalanan haji saya. Di luar fikiran saya dapat menunaikan haji di usia 26 tahun ini. Tapi semua Allah atur. Banyak saya belajar sepanjang perjalanan haji ini.

Akhirnya yang kita bawa hanyalah amalan, sedekah juga doa anak-anak yang soleh. Di dunia pangkat harta atau nama semuanya pinjaman dan akhirnya semuanya adalah sama di sisi Allah.

Doakan saya memperolehi haji mabrur!

Moga Allah angkat semua doa saya juga doa anda semua.

Thank you @wanyhasrita terus call kita tak fikir nama orang lain terus fikir nama kita.

Memang ajaib tapi Allah dah tulis semua ini. Moga ada rezeki ke sini lagi.. Tempat paling tenang yang tak akan saya lupa sampai bila-bila.”

 

Sebak Baca Doa Orang Lain Ketika Wukuf

Dalam hantarannya sebelum ini, Amira juga berasa sebak ketika memasuki waktu wukuf di padang Arafah. Katanya, dia menerima banyak sangat DM yang meminta untuk didoakan.

Ada yang saya sebak baca. MasyaAllah lain orang lain lah dugaannya. InsyaAllah akan saya sampaikan satu persatu. Moga Allah kabulkan doa semua yang tidak henti-henti berdoa

.” Maklumnya ketika itu.

Wany Hasrita dan Amira Othman menunaikan haji tahun ini atas undangan kerajaan Arab Saudi.

 

 

MW : Mendoakan agar Amira Othman dan Wany Hasrita mendapat haji yang mabrur. Amin

Sumber/Foto : Amira Othman

Published by
webadmin