Penyanyi yang terkenal dengan sikap ramah dan girang, Wany Hasrita ketika ditemui sewaktu sesi fotografi baru-baru ini menyatakan saban tahun dia akan meraikan 1 Syawal berdua bersama ibu tercinta.
Walaupun berdua namun Wany akui dia mempunya cara tersendiri menyambut hari kemenangan umat Islam ini tanpa adanya sebarang kekurangan. Malah dia sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah ditetapkan oleh Ilahi.
Wany Tetap Disisi Ibu Pada 1 Syawal
Berbeza dengan keluarga lain yang menyambut lebaran dengan keluarga besar, Wany juga menyatakan tidak banyak beza raya ketika pandemik waktu ini dengan tahun-tahun sebelumnya.
“Sebenarnya pandemik atau tidak, saban tahun saya dan ibu memang menyambut lebaran berdua sahaja. Tak banyak bezapun.
“Bagaimanapun raya kami setiap tahun tetap meriah dengan cara sendiri. Apa yang penting dapat raya bersama-sama dalam keadaan apa pun,” ungkap Wany yang sentiasa bahagia beraya bersama ibu tersayang.
Juadah Raya
Paling penting bagi dirinya, setiap kali menyambut lebaran ibu akan menyediakan juadah raya kegemaran mereka.
Ads
“Paling meriah bab makanan kerana ibu wajib menyediakan juadah raya kegemaran kami berdua seperti nasi impit kuah kacang dan rendang,” sambungnya.
Imbau Kenangan Beraya di Perak
Mengimbau kenangan raya Wany akui merindui suasana ketika pulang beraya di kampung ibunya di Bagan Datoh, Perak.
“Rumah arwah nenek selalunya jadi tempat berkumpul semua orang setiap kali raya. Keluarga sebelah nenek juga besar, jadi memang meriah sambutan di sana.
“Rindu bila kenangkan semua itu. Tapi sehingga kini, biarpun datuk dan nenek sudah tiada, rumah induk itu masih menjadi tempat berkumpul, malah kami tetap pulang beraya bersama nenek-nenek saudara lain untuk meneruskan tradisi raya yang ada.
“Ibu dan ayah saya berpisah sejak kecil lagi. Jadi setiap tahun saya akan beraya dengan ibu terlebih dahulu dan pada raya ketiga atau keempat, barulah jumpa ayah dan beraya dengan keluarga sebelah sana,” cerita Wany.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Pakai topeng semasa temuduga. Bunyinya agak lucu dan kelakar sebab bakal pekerja perlu mengenakan topeng semasa temuduga. Bayangkan untuk beberapa jawatan, mereka kena menutup muka semasa hadir temuduga tersebut.
Salah satu sebab bakal pekerja pelu pakai topeng semasa temuduga adalah untuk mengelakkan diskriminasi terhadap penampilan. Kalau setakat rupa dan penampilan yang baik belum tentu menjamin kebolehan mereka, sudah tentu akan merugikan syarikat itu sendiri.
Inilah yang berlaku di sebuah syarikat di Chengdu, China apabila pemohon kerja perlu pakai topeng untuk negelakkan diskriminasi bersasarkan rupa.
Sebuah syarikat yang dikenali sebagai Chengdu Ant Logistics telah tular selepas selepas video yang menunjukkan proses pengambilannya menunjukkan beberapa orang bertopeng menunggu untuk ditemuduga oleh seorang perekrut yang dilaporkan turut bertopeng.
Syarikat ini yang membuat pengambilan pekerja sebanyak dua kali setahun turut memperkenalkan ‘pakai topeng’ menghapuskan pemilihan berat sebelah berdasarkan rupa.
Walaupun kaedah pengambilan pekerja ini dianggap pelik tapi ia perlu dilaksanakan untuk mengurangkan tahap tekanan calon pekerja dan juga menekankan hakikat bahawa ia menghargai kebolehan individu berbanding penampilan mereka.
Selain itu, cara ini turut mendapat maklumbalas positif daripada orang ramai dan mereka tidak kisah untuk memakai topeng semas memhon pekerjaan.
“Saya sangat menikmati temu duga kerja seperti itu,” kata salah seorang pemohon.
“Ini adalah kesaksamaan, ketampanan tidak sepatutnya dikira,” tambah seorang lagi.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak meragui kesahihan penjelasan yang ditawarkan syarikat itu. Dikatakan topeng itu hanya untuk melindungi identiti orang ramai kerana temuduga itu disiarkan secara langsung.
Sementara yang lain pula mendakwa syarikat Chengdu Ant Logistics hanya menjadikan wawancara itu sebagai satu publisiti saja.
Mingguan Wanita : Tak kisahlah cara mana sekalipun. Tapi cara ini boleh membantu untuk melihat kebolehan seseorang itu, bukannya lihat penampilan tapi kerja tak boleh buat.
Selalu perpisahan antara pasangan disebabkan oleh bekas mentua yang tidak suka dengan menantu. Begitu juga sebaliknya. Tak kurang juga bekas mentua terlalu cerewet , pasangan jenis ‘anak mak’ yang boleh menyebabkan rumahtangga tak bahagia.
Jangan terus beranggapan begitu sebab tak semua bekas mentua dan menantu begitu. Walaupun berlaku perpisahan antara suami isteri, hubungan dengan bekas mentua tetap baik seperti mak kandung sendiri.
Inilah bezanya dengan Nurul Ain Shuhaidah Othman, 33 tahun yang mempunyai hubungan baik dengan bekas mentua seperti yang dikongsikan olehnya.
Lebih selesa dipanggil dengan nama Yuen, dia menceritakan tentang kisah di sebalik video yang menunjukkan keakraban hubungan mereka walaupun sudah berpisah dengan suami lebih kurang tiga tahun lalu.
“Saya memang rapat dengan ibu mentua. Saya layan dia seperti mak kandung sendiri hinggakan sudah tidak ada rahsia antara kami. Dari mula saya berkahwin, dia jaga saya dengan baik dan dia jugalah yang jaga saya semasa berpantang anak pertama.
“Walaupun, sudah lama berpisah dengan suami, saya tidak pernah bermusuh atau putuskan hubungan silaturrahim sebab dia terlalu baik,” katanya.
.
Luang Masa Bersama
Baru-baru ini, Yuen telah berongsi video di mana dia bersama bekas mentuanya keluar bersama anak-anak meluangkan masa bersama di pusat membeli belah.
Sepanjang 6 tahun perkahwinan, mereka memiliki dua orang cahaya mata.
Saya dan bekas suami masih lagi berhubung baik atas urusan anak-anak. Selama berpisah, saya selalu berjumpa dengan mentua untuk hantar dan ambil anak-anak.
.
“Sebelum ini, kami tidak pernah keluar bersama. Ada juga cakap rindu sebab lama tak jumpa. Mestilah rindu sebab rapat dan sering bertukar-tukar resipi masakan.
“Jadi, kami rancang keluar bersama. Tunaikan hajat dia untuk bawa cucubermain di plaground indoor dalam mall. Insya Allah lepas ini kami rancang untuk keluar bersama-sama sebulan sekali,” katanya lagi.
Apapun Yuen merasakan itu adalah rezeki dapat mentua macam mana.
.
“Kalau dapat yang tak berapa ok, kita buatlah sampai jadi baik. Kena belajar ambil hati, beralah dan bersabar. Orang tua ni, kalau kita tahu macam mana nak ambil hati, lama-lama ‘cair’ juga.
“Kenang jasa dan pengorbanan mereka juga. Anggap mereka seperti mak ayah kandung sendiri. Kita pun akan tua suatu hari nanti, mestilah nak dilayan menantu dengan baik,” katanya.
Mingguan Wanita : Alhamdulillah, rezeki dapat mentua yang baik. Moga hubungan berterusan.
Berkaca mata tengok video instagram yang penyanyi kumpulan Elite, Linda Rafar ini kongsikan. Mengalir air matanya ketika berdepan dengan seorang anak lelaki yang sedang diuji sakit kanser sehingga membuatkan anak ini buta.
Kerana momen sebegini mengingatkan dirinya dengan arwah anaknya Memen, atau nama sebenarnya Rezaimen Keifli yang meninggal dunia pada 5 Julai 2014.
Pemergian arwah Memen disebabkan ketumbuhan kronik dalam perut.
Tulisnya,
“I’m not strong. Ya Allah kuatkan la hambamu ini. Reason why Linda dah lama tak join any sharing, talk di pusat cancer, hospital, sekolah-sekolah, pusat kebajikan masyarakat, anak yatim dan sebagainya.. Linda tak kuat.”
Kisah pertemuan Linda dan anak lelaki yang diuji sakit kanser itu diaturkan memandangkan anak kecil itu adalah peminat cilik Linda Rafar.
Kongsi instagram @puteri_elite
“Pertemuan yang Allah aturkan harini pastinya amat bermakna buat adik ini kerana merupakan peminat cilik Linda Rafar. Namun pastinya meruntun jiwa kita dan juga Linda Rafar bila tahu keadaan adik istimewa ini yang sedang diuji dengan ujian besar.
“Detik ini juga mengingatkan Kak Linda ngan arwah Memen. Sama-sama kita doakan adik ini dan kakaknya terus kuat diberikan kesihatan yang baik dan diberi kesembuhan, semoga keluarga adik ini cekal, tabah dan terus berjuang. Amin”
Arwah ibu Linda dan arwah anak, Memen.
Kuasa Allah.. Terus Bagi Syurga Kat Memen
Sebelum ini, Linda turut berkongsi kerinduannya dengan arwah anaknya, Memen dan arwah ibunya. Luah Linda,
“Ni suara arwah memen, nak sangat jadi penyanyi.. tapi mama tak bagi suruh jadi tahfiz, kuasa Allah terus bagi syurga kat memen… Al-Fatihah Rezaimen Keifli bin Azlinda. Jaga mak kat sana ye.. insyaallah, pasti suatu hari nanti mama jumpa men n mak kat sana.”
Untuk rekod, arwah Memen adalah anak hasil perkahwinan Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...