Wany Hasrita nafi sudah bergelar isteri. Ketika bersua wajah dengan penyanyi itu, pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah terkejut dan turut menafikan khabar angin tentang dirinya yang didakwa sudah bergelar isteri Sabtu lalu.
Penyanyi yang bakal tampil dengan single baharu bersama Datuk Jamal Abdillah tidak lama lagi itu juga memberitahu jika benar dirinya mahu berkahwin sudah tentu tidak akan sembunyikan berita gembira tersebut.
Ditebak soalan panas itu, Wani yang ditemui pada majlis Berbuka Puasa Bersama Armani Entertainment di Hotel Hilton, Kuala Lumpur memberitahu dirinya akan berkongsi dulu berita kemudian baru berkahwin.
“Mana dengar cerita ni?
“Saya belum berkahwin, belum masanya lagi.
“Hari Sabtu lepas saya sibuk di RTM kerana terlibat dalam program Borak Dulu Baru Buka sebagai pengacara.
“Setiap orang mempunyai perancangan untuk berkahwin, begitu juga dengan saya. Bagaimanapun bukanlah dalam masa terdekat ini.
“Bila segalanya sudah ada ketetapan dan tiba masanya, saya akan berkongsi kepada semua.
“Jangan risau, saya akan kongsi dulu, baru kahwin,” jawab Wany.
Meneruskan perbualan, Wany yang berusia 30 tahun menyatakan dia tidak mahu membuang masa dan mahu terus membawa perhubungan yang terjalin kepada perkahwinan.
“Kita berkawan niatnya memang nak menuju kepada perkahwinan.
“Dalam usia 30 tahun ini, fasa main-main memang sudah berlalu. Sekarang kena betulkan niat untuk berkahwin.
“Saya juga lega apabila impian untuk bertemu jodoh dengan seseorang yang bukan dalam industri hiburan bakal menjadi kenyataan,” sambung Wany yang tidak menolak kemungkinan bakal berkahwin pada tahun ini.
Wany yang enggan berkongsi lebih lanjut tentang perancangan perkahwinannya meminta biarlah perkara itu disimpan bersama keluarga.
“Perkara ini masih baru dan saya pun tak boleh nak cakap lebih-lebih bagi menghormati semua pihak.
“Soal merisik bertunang dan sebagainya itu biarlah saya simpan sendiri bersama keluarga.
“Namun soal nikah kahwin nanti, saya pasti akan beritahu pada semua,” kongsi Wany.
Wany juga akui dirinya tidak mengimpikan majlis perkahwinan yang besar-besaran memadailah segalanya secara sederhana.
“Saya tidak mengimpikan majlis mega, tapi cukuplah sebuah majlis sederhana yang dihadiri keluarga terdekat.
“Walaupun sudah masuk ke peralihan ke fasa endemik, saya rasa kita masih perlu menjaga diri dengan pematuhan SOP.
“Lagi pun kalau untuk majlis pernikahan, saya suka suasana yang ‘intimate’, namun akan jemput pihak media bersama,” akhiri Wany.
Menarik Lagi : Keputusan Negatif, Wany Hasrita Jalani Kuarantin, Calitan Kedua & Sentiasa Berjaga-Jaga
Cantik Cara Wany Hasrita, Kongsi Tip Penjagaan Wajah & Kesihatan Badan
Menerusi ruangan komen salah satu hantaran sebuah foto menerusi akaun Instagram Wany, ramai warganet yang memuji kecantikan Wany dan tidak kurang juga yang mengusik agar dijemput jika bernikah kelak.
Mingguan Wanita : Kami doakan semoga dipermudahkan segala urusan Wany. Jangan lupa jemput ya!
Sumber Foto : Instagram Wany Hasrita
Nak pilih kasut kenalah pilih yang selesa tu bukannya yang cantik saja.
Kena bijak pilih baju ikut saiz badan.
Senang nya nak ambil hati isteri rupanya…
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita