Ads

Wany Hasrita Kemalangan Dalam Perjalanan, Bonet Kereta Sampai Terangkat

Wany Hasrita
Wany Hasrita

Baru-baru ini penyanyi wanita, Wany Hasrita berkongsi detik mencemaskan apabila terlibat dalam satu kemalangan kecil ketika dalam perjalanan menuju ke sesi pemeriksaan bunyi (soundcheck) bagi sebuah acara.

Wany Hasrita Kemalangan Dalam Perjalanan

Wany Hasrita Kemalangan Dalam Perjalanan, Bonet Kereta Sampai Terangkat

Bagaimanapun, Wany bersyukur kerana dirinya berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian tersebut.

“Saya okey, alhamdulillah, tiada kecederaan apa-apa.

Ads

“Kereta itu dari lorong laju. Kalau tak silap saya, mungkin jalan licin, jadi dia hentam bonet depan. Lepas itu, elok sahaja dia masuk lorong sana, sebelah kiri,” katanya.

Bonet Kereta Sampai Terangkat

Wany Hasrita Kemalangan Dalam Perjalanan, Bonet Kereta Sampai Terangkat

Ads

Meskipun berdepan insiden tersebut, pelantun lagu Menahan Rindu itu tetap meneruskan tugasan sebelum merancang ke balai polis bagi menguruskan perkara berkenaan.

“Saya okey, kereta masih boleh berjalan dan terus ke balai,” ujarnya.

Ads

Wany Hasrita Kemalangan Dalam Perjalanan, Bonet Kereta Sampai Terangkat

Anda mungkin berminat dengan

Dalam hantaran tersebut, Wany turut menunjukkan rakaman ‘dashcam’ (kamera papan pemuka) merakamkan detik kenderaannya dilanggar sebuah kereta jenis Honda dalam keadaan cuaca hujan.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Payudara

Awas, Kalau Payudara Seperti Kubis Bunga, Itu Petanda Kanser Tahap Akhir!

Kanser payudara sering dibincangkan di kalangan wanita, namun sebenarnya kaum lelaki juga boleh mendapat kanser payudara.