Wanita yang terjebak dengan suami orang, mengapa masih bertahan, sedangkan dia khianat dengan pasangannya. Kisah wanita yang terjebak dalam hubungan dengan suami orang lain bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam masyarakat kita.
Wanita Yang Terjebak Dengan Suami Orang, Mengapa Masih Bertahan, Sedangkan Dia Khianat Dengan Pasangannya
Fenomena ini sering kali membawa pelbagai implikasi emosi, sosial, dan moral. Hubungan dengan suami orang jarang membawa kepada masa depan yang stabil. Ramai wanita yang terlibat dalam situasi ini mendapati diri mereka ditinggalkan apabila suami orang memutuskan untuk kembali kepada isteri mereka atau mencari wanita lain.
Andai anda terjebak:
Kepada wanita-wanita, andai anda terjebak perasaan dengan pasangan orang lain dan dia seolah membuka harapan, berhenti sejenak dan berfikir apa yang akan terjadi.
1. Ini Salah
Jangan mengikut perasaan dan membenarkan atas nama cinta, sehingga anda merasa ini wajar terjadi sekalipun tahu bahwa ini salah. Sedari bahwa bagaimanapun, Anda sedang mencederakan sebuah hubungan. Sekalipun pasangan lelaki itu mungkin tidak begitu baik pada pasangannya, bukan alasan bagi anda untuk ‘menyelamatkannya’ dengan menjadi orang ketiga.
2. Nombor 2 Terbaik
Anda terbaik baginya dan anda berada di nombor 2. Anda tidak akan mudah menghubunginya kerana dia akan menutupi hubungan anda dengannya. Dia juga akan melebihkan isterinya dan dalam beberapa undangan, tentu saja dia akan membawa pasangan rasminya. Inikah yang anda inginkan dalam sebuah hubungan?
Mengapa anda masih bertahan dengan orang yang membohongi isteri atau pasangannya sendiri? Bukankah sama saja dia memanfaatkan anda dan perasaan anda? Mungkin, anda hanya tidak tahu siapa yang sedang anda menjalin hubungan terlarang ini, mungkin ada orang ketiga di luar sana.
4. Apakah Anda Menyukai Ini?
Tidak memiliki pengakuan, bukan yang di utamakan dan tidak tenang dalam hubungan anda. Inikah yang anda inginkan? Apakah anda menyukai situasi ini? Fikirkan, anda mungkin tidak akan suka bila ada orang lain yang merebut pasangan anda bukan? Begitu juga orang lain.
5. Lagi dan Lagi
Ads
Kalau dia boleh meninggalkan isterinya untuk anda, sangat mungkin dia juga akan meninggalkan anda untuk orang lain. Semudah itu. Percaya atau tidak, namun banyak yang percaya bahwa kifarah itu ada.
6. Anak
Khusus untuk lelaki mempunyai anak, anda tidak boleh mengabaikan bahawa ada ‘alasan hidup’ kedua di antara hubungan terlarang ini, Selain isteri, anak adalah yang paling rentan terkena libasan perpecahan keluarganya. Jangan sampai anda menjadi orang yang sampai hati menghancurkan kebahagian masa kecil seorang anak, kerana anda pun akan memiliki anak suatu hari nanti.
7. Unhappy Ending
Kita tidak tahu sekuat apa janji seseorang. Boleh jadi anda kalah dalam laga cinta ini dan Anda harus menelan pil pahit dengan mengundur tanpa memperoleh apa-apa. Sekalipun anda menang, anda berdiri di atas sakit hati orang lain. Bagaimanapun, keduanya bukanlah akhir yang membahagiakan.
Anda boleh mendapatkan yang baik tanpa mengambil milik orang lain. Fikirkan baik-baik dan semoga tujuh alasan di atas boleh membantu pertimbangan Anda.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kebiasaan ibu mendoakan anak-anak ketika di atas tikar sejadah. Ibu ini, Masayu Ahmad menukar pendekatan mendoakan anak-anaknya. Terus doakan depan-depan anak, sebaik anak selesai buat kerja rumah.
Rentetan selepas melihat sebuah video seorang ibu yang mendoakan anak depan-depan. Agar doa yang ibu tuturkan ketika depan-depan anak itu menjadi asbab untuk anak ingat dan kenang dalam hatinya.
Hadamkan perkongsian ibu anak tujuh ini.
Ibu Selalu Masak Campak-campak Siap
Kapsul masa.
“Ibu sokmo masak campak campak siap!”
Haaa anak anak perasan pun. Ibu sejenis pilih masakan campak campak dan selesai.
Sebab apa?
Tidak mahu berlama lamaan di dapur. Paling seronok adalah apabila di dapur anak anak lelaki semua ada bersama membantu.
Bahagian kerja dapur anak anak dilatih buat adalah urus dan selesaikan tugasan di singki.
Setiap hari abang bertiga itu mereka akan buat giliran.
Sekarang ini tanpa campur tangan ibu, uruslah kalian asalkan pagi ibu turun dapur boleh masak dengan bahagia kerana dapur kemas dan bersih.
Sediakan Menu Atas Permintaan
Hari ini Jumaat. Jadi menu atas permintaan.
Berpagi pagi arahan ibu.
Arif masak nasi, siang ikan dan rebus, goreng keropok. Sebab nak nasi kerabu.
Jadi, ibu hanya siapkan sambal, ulam dan tumis.
Aiman kemas bilik pakaian, cuci tandas, sapu laman. Permintaan hari ini mahu kek coklat.
Hakim. Ibu tak perlu bagi arahan semua selesai dengan baik.
Ibu Terus Doakan Depan-depan Anak
Semalam melintas satu video yang bagus kontennya.
Seorang emak minta tolong anak cuci kipas. Selepas selesai si anak meminta hadiah.
Emaknya terus mendoakan anak sebagai hadiah.
Ketika Hakim basuh pinggan mangkuk dan kemas dapur. Ibu berdiri mendoakan. Tiruvasi. Kadang kita berdoa untuk anak anak selepas solat. Jadi tukar doa depan depan.
Semoga apabila kita menutup mata. Tergiang giang doa seorang ibu. Kita tutup mata anak anak masih ingat bait bait doa yang kita lontarkan.
Doa seorang ibu diangkat ke langit dimakbul Tuhan yang maha penyayang.
Insya Allah.
Mingguan Wanita :Jom mulakan doa depan-depan anak agar mereka dengar dan jadi asbab lembut hati.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Rahsia mereka?
Apa yang mereka lakukan?
Ilmu-ilmu yang diamalkan?
Siapa yang susah senang bersama mereka?
Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Dalam melayani perangai anak-anak sedang membesar, kata kunci yang mak-ayah kena pegang adalah sabar. Sebab.. tak selamanya anak kecil kita akan menjadi kecil. Dia akan meniti alam remaja, dewasa dan akhirnya mendirikan rumah tangga.
Ingatan kecil daripada Puan NurulAa Mustofa ini cukup dekat di hati mak ayah. Yang mana, kadangkala tanpa sedar kita melayani anak-anak seolah-olah mereka itu bukan anak kecil kita.
Kata orang ‘kecik beso.. kecik beso’ je tengok budak-budak ini. Tapi rupanya mak ayah, kita kena sedarkan diri. Suatu hari nanti 16 perangai yang kita tak suka itu, rupanya akan kita kenang dan ingat malah rindukan.
Suatu Hari Nanti Anak Kita Takkan Buat..
1. Anak kita dah tak lagi memanjat badan kita.
2. Anak kita dah tak lagi minta kita buatkan susu.
3. Anak kita dah tak lagi minta kita suapkan makanan.
4. Anak kita dah tak lagi berlari-lari keriangan bila nampak kita balik dari kerja.
5. Anak kita dah tak lagi percaya magic yang kita buat.
6. Anak kita dah tak lagi nak dipeluk masa tidur.
7. Anak kita dah tak minta kita dokong lagi.
8. Anak kita dah tak lagi minta kita bacakan buku cerita.
9. Anak kita dah tak lagi minta kita menyanyi lagu kegemarannya.
10. Anak kita dah tak lagi minta kita mandikan mereka.
11. Anak kita dah tak lagi tarik-tarik tangan kita.
12. Anak kita dah tak lagi tarik-tarik tudung kita.
13. Anak kita dah tak lagi ikut ‘punggung’ kita kemana saja kita pergi.
14. Anak kita dah tak lagi tanya kita soalan yang sama bertalu-talu.
15. Anak kita dah tak lagi kacau kita solat, panjat badan, masuk dalam telekung, duduk atas kepala masa sujud.
16. Anak kita dah tak lagi cucuk mata kita bila dia dah bangun dulu dari kita. .
Sebab Itu Mak Ayah
Hargailah mereka, setiap detik yang ada. Sabarlah ibu dan ayah, kami tak selamanya begini. Sampai satu hari nanti, ibu dan ayah harus lepaskan kami juga.
Sumber/Foto : Facebook NurulAa Mustofa
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Perasan tak, kalau mak-mak mula rasa stres atau moody, cara untuk dia melepaskan perasan itu adalah dengan marah-marah, ekspresi muka pun dah nampak lain. Cakap dengan tak nak lebih kurang sahaja. Kadang-kadang kesian melihat anak-anak yang tidak tahu apa-apa.
Bukan sahaja anak yang menjadi mangsa, rasanya satu keluarga terasa dengan keadaan itu. Moody ini tidak boleh dibuat main-main terutamanya kalau mak-mak dalam pantang. Boleh jadi meroyan nanti.
Bukan itu sahaja, kalau mak-mak mula tunjukkan emosi tak stabil ini, secara tak langung boleh berjangkit dengan anak-anak. Jangan main-main. Boleh huru hara rumah nanti.
Perkongsian daripada Noor Afidah Abu Bakar, pakar kaunseling keluarga turut menjelaskan perkara ini.
Anak Meragam
Selalunya waktu kita tidak ada ‘mood’ ataupun stres masa itu jugalah anak kecil kita akan mula meragam dan banyak songehnya.
Pernahkah anda mengalaminya?
Tahukah anda kenapa berlaku demikian?
Beberapa kajian (Goleman 1991, Hatfield et.al 2014) mendapati bahawa bukan virus (seperti Covid-19) sahaja yang boleh berjangkit, ‘mood’ dan emosi juga boleh berjangkit sesama manusia.
Malah ‘virus’ mood ini mengambil masa beberapa milisaat sahaja untuk berjangkit dari seorang individu kepada individu yang lain.
Ia berlaku apabila seorang individu secara TIDAK SEDAR meniru mimik muka atau ekspresi wajah individu lain yang ‘tidak ada mood’ atau stres.
Apabila kita merasa ‘down’ atau stres, ekspresi wajah kita tidak dapat disembunyikan. Anak yang melihat ekspresi wajah kita secara tidak sedar akan menirunya, maka berjangkitlah virus ‘mood’ kita kepada anak.
Begitu juga apabila kita tenang dan gembira, virus itu juga mudah berjangkit kepada anak.
Mungkin kuarantin diri seketika ketika kita tidak ada ‘mood’ atau stres dapat mengawal jangkitan virus ‘mood’ tersebut.
MW: Memang betul, kalau mood tak stabil, mulalah muka nampak kelat. Buat kerja rumah pun dalam keterpaksaan. Kadang-kadang anak boleh perasan dengan tengok wajah kita.
Niat bersantai di Lumut bertukar tragedi, anak cedera akibat fiber glass di tempat awam. Keselamatan di tempat awam sering kali dikaitkan dengan aspek kebersihan,...