Wanita Yang Tak Bekerja Pun Boleh Bersedekah, Mudahnya Cara Untuk Hapuskan Dosa Kalau Betul Ikhlas

Share

Agak-agak macam mana wanita yang tak bekerja boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Ini realiti ya, apabila seorang wanita yang tak keluar bekerja mendengar tentang keutamaan bersedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: “Bagaimana, sedang aku tak punya duit?” Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka.”

Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan macam mana caranya?

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta’ala begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah bersedekah.

Jangan susah hati sebab kalau betul nak bersedekah kita ada seribu satu cara yang kita boleh buat…

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma’ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dll anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Kongsi makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Pernah tak rumah ‘diziarahi’ binatang yang tak diundang? Haa… berilah makan pada kucing yang entah siapa-siapa itu makan. Bagi burung atau binatang lain makan pun dikira sedekah.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, ya itu pun masih dikategorikan sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

Kaedah Penting:
Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun.

Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu).

Mereka yang paling utama… yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

Perlu diingatkan bahawa;
“Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api”.

Published by
Nadia