Wanita warga emas hidup dalam timbunan sampah sarap, terpaksa diselamatkan dengan bantuan APM. Bagaikan ‘ditelan’ sampah sarap, begitulah keadaan rumah dua tingkat di Jalan Mano, Georgetown, Pulau Pinang yang dihuni seorang wanita warga emas berusia 86 tahun.
Tabiat wanita itu yang gemar mengumpul barangan lusuh dan kitar semula di rumahnya sejak beberapa tahun lalu menjadikan rumah yang dihuninya itu ‘tenggelam’ dengan timbunan sampah sarap.
PASUKAN PENYELAMAT ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) PULAU PINANG MELAKUKAN TUGAS KHAS MENGELUARKAN WANITA ITU DARI RUMAHNYA. TUGAS PENYELAMATAN DILAKUKAN SELEPAS APM MENERIMA PANGGILAN DARIPADA AHLI KELUARGA YANG MENDAKWA WANITA YANG DALAM KEADAAN TIDAK SIHAT ITU SUKAR DIKELUARKAN DARI RUMAHNYA BERIKUTAN TERDAPAT TIMBUNAN SAMPAH.
Pegawai APM Daerah Timur Laut Kapten (PA), Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata, mangsa didakwa tidak dapat berjalan dan sukar bergerak keluar daripada kediaman dua tingkat itu berikutan dipenuhi dengan barangan lusuh dan kitar semula yang dikumpulnya.
“Mangsa dikatakan mahu tinggal di pusat jagaan warga emas berhampiran namun berikutan keadaannya yang tidak sihat dan sukar keluar daripada timbunan sampah di dalam rumah, keluarga menghubungi APM bagi mendapatkan bantuan.
“Seramai empat anggota APM terbabit dalam tugas itu dengan menggunakan pengusung dan teknik ‘berekor’ bagi membawa mangsa keluar daripada rumah,” katanya.
Muhammad Aizat berkata, mangsa yang berjaya dibawa dikeluarkan turut diberi rawatan awal.
Katanya, wanita terbabit mempunyai sejarah penyakit kencing manis, hipertensi, gangguan pendengaran dan lemah badan.
“MANGSA TIDAK BERKAHWIN DAN TINGGAL BERSENDIRIAN DI RUMAH ITU SERTA DIPERCAYAI SUDAH LAMA MENGUMPUL BARANGAN TERPAKAI DAN LUSUH.
“Keluarganya mendakwa mangsa yang kerap terjatuh sering menelefon mereka pada tengah malam bagi meminta bantuan.
“Berikutan itu, keluarganya mahu menghantar mangsa ke pusat jagaan dengan persetujuan wanita berkenaan,” katanya.
Difahamkan, wanita itu bukan saja menyimpan barangan di dalam rumah, tetapi juga di halaman kediamannya.
Tinjauan di rumah itu mendapati longgokan sampah boleh dilihat daripada luar pagar kediaman yang turut menempatkan tiga kereta.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Tak Sengaja Terbuang BARANG KEMAS, Wanita Nekad Selongkar Timbunan Sampah!
Kanak-Kanak Perempuan 7 Tahun Ditemui Mati Dirogol & Dihumban Dalam Timbunan Sampah, Kejamnya!
Sudahlah Tidak Bayar Sewa Enam Bulan, Penyewa Dari Neraka Tinggalkan Lautan Sampah, Najis
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.